"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Thursday, September 25, 2014

Kisah Sedih Seorang Cinderella

Semalam aku di landa kemalasan yang amat. Rasa mengantuk nak tidur je. Pagi bangun dah sakit badan and bersin-bersin, my body's way of telling me yang dia dah mula penat.

Actually weekend haritu aku dah malas nak pegi KL, rasa nak duduk rumah je diam-diam bergomol dengan kucing. Tapi kakak aku pulak beriya suruh aku datang sana, sebab kena attend wedding hari ahad malam sebab dia cakap pengantin perempuan insist aku datang. 

Tujuan pengantin perempuan ialah untuk menunjuk kat aku bahawa lelaki yang dulu dia beriya nak kenalkan kat aku dah rasmi menjadi milik dia so Kak Adi please main jauh2. Haaa controversial sangat statement.

Eh tapi ini memang kisah benar. Actually the guy tu memang mengurat the girl, tapi the girl tu konon-konon taknak. Lepas tu nak pass the guy kat aku. Tapi tak sempat nak pass the girl dah terjatuh cinta head over heels dengan the boy. Siap message aku berserta gambar mesra mereka berdua boleh? Wtf betul perangai minah ni -..-

But I honestly think they make a perfect couple. Kakak doakan yang baik-baik untuk kamu berdua ok *

Wedding tu punya pasal aku sampai rumah dekat pukul 2 pagi. Pastu kena kemas jugak serba sikit sebab abang aku balik tapi rumah tengah super bersepah sebab konon aku nak buat spring cleaning tapi lepas seminggu dapat spring je cleanig tah kemana huahua. End up aku tidur pukul 330am TT___TT

Malam kelmarin pulak lepas keje terus drive balik KL, sebab abang aku tertinggal phone dia weekend haritu plus mak aku menggelupur nak nak jugak jumpa anak kesayangan (abang aku) sebelum dia balik kampung. Kerja abang aku sekarang requires him to be sent overseas, dan dah berapa bulan ni he was assigned to Jakarta. Last dia balik ialah cuti raya haritu, so konon rindu sangat lah ni. Ikut hati aku malas nak join, tapi sebelum kena sumpah jadi batu baiklah aku datang mengadap jugak mak kau hehe.

Pastu sampai rumah pukul 1 pagi, pastu cleaned up after the cats pastu tido sambil nangis kepenatan fefeling Cinderella...

Begitulah kisah sedih seorang Cinderella. The end.

Sedih kan?
* kena lempang bertalu-talu*

Thursday, September 11, 2014

Himpunan cerita pendek.

Hello.
Tiba-tiba teringat yang aku ada blog. Tu pasal baru nak update muahaha.

Cerita 1:
Since hari pertama raya sampailah 31 Ogos haritu I've been trying to gain some weight. Makan banyak gila dan kerap. Butttt still takde perubahan. Yang berubah cuma sistem penyahtinjaan aku, kalau tak cirit-birit aku akan sembelit. Hergh. 

So I decided to stop and will never try to gain weight ever agaim. Biarlah aku kurus sementara boleh ni. Mana lah tau kalau aku kawin then beranak pinak nanti terus badan aku mengembang ala raksasa kannn.. haa masa tu menggelabah nak kurus pulak. So lets enjoy this kurus-ness while it lasts. Tu pun kalau aku kahwin lah, kalau takde rezeki nak kahwin maka rezeki lah aku maintain kurus sampai tua huehehe.


Cerita 2:
I cut my hair short, on 3rd June to be exact. Takde apa sebab, saja gatal tiba-tiba rasa nak rambut pendek. I visited my friend at her saloon lepas tu terus "Weh aku nak potong rambut lah, pendek macam ni tau." Haa memang tiba-tiba sangat. Pastu merasa rambut senget-benget sebab tukang guting dengan pelanggan both berjoget-joget layan lagu masa tengah gunting rambut. 
Elok sangat perangai -___-"

Lepas tu masa raya tu pulak tiba-tiba rasa macam I wanted to trim my hair a bit, so pegi lah saloon favourite aku tu. Si Albert ni boleh pulak salah faham request aku so dia pegi potong lagi pendek. Menyesal. Merasa kepala bulat macam bawang.

Tapi yang lebih menyesalkan ialah leceh rambut dah pendek ni hari-hari nak kena sikat pulak. Benci tau tak. Rambut aku ni naturally wavy so kalau dah pendek macam ni then tak kena sikat memang huru-hara sangat rupa ku. Kalau kat site kang orang salah sangka pekerja buruh kasar pulak.

Sebagai penyelesaian aku dinasihatkan untuk buat relaxing walaupun aku tak berapa rela. Sebab aku tak suka rambut lurus. Relaxing ni ialah rawatan untuk bagi rambut lurus mengurai secara relax, jangan nak menggelabah sangat straight macam pembaris. Proses dia sama macam rebonding, cuma takde sesi mengiron rambut je. So hasilnya rambut akan jadi lurus macam rambut manusia, bukan macam penyapu. 


Cerita 3:
I miss sweating out macam gila walking and running on the treadmill for hours. Actually early this year aku ada join membership kat satu gym kat sini, tapi aku mampu menggila pergi hari-hari selama 2 bulan je, lepas tu dah takde masa dah. Lagipun aku dah tak nak pegi gym tu, bangang nak mampus menyakitkan hati aku. Takpe yang itu aku akan meroyan di lain entry. Kalau rajin. Heh.


Ok bai.

nRelate All Blog Sections