"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Monday, December 29, 2014

Last one.

Since I don't have much to do at work today (sebab hujan dan juga malas), I spent the entire morning reading my whole 2014's posts.
Wow, sungguh depressing entry-entry ku untuk tahun ini rupanya haha.

Tapi memang agak depressing lah tahun ni.
Imagine you have to work with someone who doesn't have any idea that you are working independently, that your position is not under any specific person (except for the pay master), that you are to work with everyone, not for anyone. 

Actually I think he does understand my position but he choose to ignore it sebab he is a plain egoist kepala besar perasan bagus with a temper of a 2 year old yang rasa only he alone can get this site moving and nobody is above him except for the paymaster. Or anyone that can give him money and kiss his ass for that matter. 


Honestly, my 2014 in general takdelah teruk sangat. It was not that good tapi tak lah teruk. Cuma I guess I am seriously affected by my work. To be honest aku adalah stress menghampiri tahap menyampah dengan team aku sekarang. Sebab aku tak boleh nak buat kerja aku properly. Dahla kena mengadap manusia psycho tu kat site hari-hari. 

Kalau ikut hati memang dah lama nak berhenti, but I don't have the privilege, given my current condition. So bertabah je lah sepanjang tahun ni. Nasib baik project ni setahun je, kalau tak memang depresi melampau lah aku sekarang. Ni pun dah ala-ala depress ni, asyik ponteng and tak semangat nak pergi kerja langsung. And it makes me super exhausted and sick (literally) fighting with myself.


Sekianlah luahan perasaan ala merempan kali terakhir untuk tahun ini. 

Friday, December 12, 2014

Malasnya.

Oh my rindunya nak menulis kat sini. Tapi tak tau kenapa macam tak ada benda dan tak ada masa nak share. Ok tipu. Sejujurnya aku kerasukan hantu malas dengan sangat kronik sekarang ni. Semua benda pun malas nak buat. Kerja pun dah malas nak pergi. Last month tah berapa hari tah aku ponteng, mampos gaji tak berkat.

Maybe I should take a proper long vacation and go travel a bit. Tapi masalahnya siapa pulak nak tolong aku tengok kan kucing-kucing. Dahla sekarang ni aku jauh dari semua orang. 
Tapi boleh ke aku ni nak pergi vacation pun? Sebab sekarang ni nak keluar rumah pun malas gila. Ponteng kerja tapi duduk rumah je, gomol kucing and baca buku.

Its almost middle December already. Tiba-tiba je dah nak habis setahun. Aku memang tak sabar nak tunggu tahun ni habis sebab aku dah tak sabar nak tunggu project aku ni siap so that aku boleh tinggalkan tempat ni (dan mungkin juga kerja sekarang). Aku dah malas nak hadap project dan team sekarang, psychologically exhausting and annoying gila babi.

Oklah aku dah malas nak menulis lagi. Bye.

Friday, November 7, 2014

Kerja tapak binaan

Minggu ni dah 2-3 hari hujan lebat setiap petang kat sini. Harini pulak mendung je dari pagi, plus hujan on off.

Sebagai pekerja construction site cuaca macam ni memang tak best buat aku, sebab; 
1. Condition site jadi teruk, as in jadi lebih berisiko.
2. Kerja kat site jadi tak lancar.
3. Masalah kebersihan dan kesihatan.

Ni pun aku dah mula rasa bad mood sebab kerja aku dah delay. Dah la section aku ni selalu di-anak tiri-kan, so bila kerja lain tak lancar sebab cuaca macam ni, maka kerja section aku akan bertambah delay sebab priority adalah untuk kerja lain. Giliran untuk settlekan kerja section aku tunggu lasttttt nanti. Benci.

At times I do wish for the authority to datang buat surprise visit, biarlah aku kena hentam tapi padan muka site management aku sebab abaikan kerja section aku. Biar dia rasa semua kerja kena gantung seminggu dua sebab nak kena completekan section aku dulu muahahahaha.

Sekian luahan perasaan sekali sekala saya untuk kali ni. Bye.

Friday, October 24, 2014

Najis

Dah masuk dua minggu aku mengalami masalah penyahtinjaan.
Berak tak consistent, its either aku tak berak for few days or asyik terberak-berak.
Berselang seli. Aku takde pulak tukar style makan, aku makan macam biasa je.
Kadang-kadang menyakitkan hati jugak sebab lepas dah syok makan I will either sakit perut tiba-tiba diarrhea or sakit macam nak mati tapi tak berak-berak pun.
And takde pulak tanda-tanda keracunan makanan.
Patut kah aku pergi jumpa doktor?

Amboii seronok betul aku dah lama tak update tetiba buat entry pasal berak pulak hehe.


* * * *
My friends keep asking for my opinion pasal event I Want To Touch A Dog tu.
Dorang cakap sebab aku bela kucing, sebab aku penggila haiwan.
Wtf lahh korang ni -..-"

I do have my own opinion tapi aku belum rasa nak share with the public, especially on fb.
Sebab manusia2 kat fb ni dia punya emo lain macam.
Plus yang bertanya tu pun they asked with expectation, they knew that I would say I supported the event and they are ready to fire me back with tonnes of hukum and dalil and ceramah ulama whatnot.
They won't even listen to my reasoning, to what I have to say.
So spesis orang yang tak mendengar ni memang aku takkan layan.
Because they will never listen and they will never learn.


Thursday, September 25, 2014

Kisah Sedih Seorang Cinderella

Semalam aku di landa kemalasan yang amat. Rasa mengantuk nak tidur je. Pagi bangun dah sakit badan and bersin-bersin, my body's way of telling me yang dia dah mula penat.

Actually weekend haritu aku dah malas nak pegi KL, rasa nak duduk rumah je diam-diam bergomol dengan kucing. Tapi kakak aku pulak beriya suruh aku datang sana, sebab kena attend wedding hari ahad malam sebab dia cakap pengantin perempuan insist aku datang. 

Tujuan pengantin perempuan ialah untuk menunjuk kat aku bahawa lelaki yang dulu dia beriya nak kenalkan kat aku dah rasmi menjadi milik dia so Kak Adi please main jauh2. Haaa controversial sangat statement.

Eh tapi ini memang kisah benar. Actually the guy tu memang mengurat the girl, tapi the girl tu konon-konon taknak. Lepas tu nak pass the guy kat aku. Tapi tak sempat nak pass the girl dah terjatuh cinta head over heels dengan the boy. Siap message aku berserta gambar mesra mereka berdua boleh? Wtf betul perangai minah ni -..-

But I honestly think they make a perfect couple. Kakak doakan yang baik-baik untuk kamu berdua ok *

Wedding tu punya pasal aku sampai rumah dekat pukul 2 pagi. Pastu kena kemas jugak serba sikit sebab abang aku balik tapi rumah tengah super bersepah sebab konon aku nak buat spring cleaning tapi lepas seminggu dapat spring je cleanig tah kemana huahua. End up aku tidur pukul 330am TT___TT

Malam kelmarin pulak lepas keje terus drive balik KL, sebab abang aku tertinggal phone dia weekend haritu plus mak aku menggelupur nak nak jugak jumpa anak kesayangan (abang aku) sebelum dia balik kampung. Kerja abang aku sekarang requires him to be sent overseas, dan dah berapa bulan ni he was assigned to Jakarta. Last dia balik ialah cuti raya haritu, so konon rindu sangat lah ni. Ikut hati aku malas nak join, tapi sebelum kena sumpah jadi batu baiklah aku datang mengadap jugak mak kau hehe.

Pastu sampai rumah pukul 1 pagi, pastu cleaned up after the cats pastu tido sambil nangis kepenatan fefeling Cinderella...

Begitulah kisah sedih seorang Cinderella. The end.

Sedih kan?
* kena lempang bertalu-talu*

Thursday, September 11, 2014

Himpunan cerita pendek.

Hello.
Tiba-tiba teringat yang aku ada blog. Tu pasal baru nak update muahaha.

Cerita 1:
Since hari pertama raya sampailah 31 Ogos haritu I've been trying to gain some weight. Makan banyak gila dan kerap. Butttt still takde perubahan. Yang berubah cuma sistem penyahtinjaan aku, kalau tak cirit-birit aku akan sembelit. Hergh. 

So I decided to stop and will never try to gain weight ever agaim. Biarlah aku kurus sementara boleh ni. Mana lah tau kalau aku kawin then beranak pinak nanti terus badan aku mengembang ala raksasa kannn.. haa masa tu menggelabah nak kurus pulak. So lets enjoy this kurus-ness while it lasts. Tu pun kalau aku kahwin lah, kalau takde rezeki nak kahwin maka rezeki lah aku maintain kurus sampai tua huehehe.


Cerita 2:
I cut my hair short, on 3rd June to be exact. Takde apa sebab, saja gatal tiba-tiba rasa nak rambut pendek. I visited my friend at her saloon lepas tu terus "Weh aku nak potong rambut lah, pendek macam ni tau." Haa memang tiba-tiba sangat. Pastu merasa rambut senget-benget sebab tukang guting dengan pelanggan both berjoget-joget layan lagu masa tengah gunting rambut. 
Elok sangat perangai -___-"

Lepas tu masa raya tu pulak tiba-tiba rasa macam I wanted to trim my hair a bit, so pegi lah saloon favourite aku tu. Si Albert ni boleh pulak salah faham request aku so dia pegi potong lagi pendek. Menyesal. Merasa kepala bulat macam bawang.

Tapi yang lebih menyesalkan ialah leceh rambut dah pendek ni hari-hari nak kena sikat pulak. Benci tau tak. Rambut aku ni naturally wavy so kalau dah pendek macam ni then tak kena sikat memang huru-hara sangat rupa ku. Kalau kat site kang orang salah sangka pekerja buruh kasar pulak.

Sebagai penyelesaian aku dinasihatkan untuk buat relaxing walaupun aku tak berapa rela. Sebab aku tak suka rambut lurus. Relaxing ni ialah rawatan untuk bagi rambut lurus mengurai secara relax, jangan nak menggelabah sangat straight macam pembaris. Proses dia sama macam rebonding, cuma takde sesi mengiron rambut je. So hasilnya rambut akan jadi lurus macam rambut manusia, bukan macam penyapu. 


Cerita 3:
I miss sweating out macam gila walking and running on the treadmill for hours. Actually early this year aku ada join membership kat satu gym kat sini, tapi aku mampu menggila pergi hari-hari selama 2 bulan je, lepas tu dah takde masa dah. Lagipun aku dah tak nak pegi gym tu, bangang nak mampus menyakitkan hati aku. Takpe yang itu aku akan meroyan di lain entry. Kalau rajin. Heh.


Ok bai.

Thursday, July 17, 2014

Sekali lagi

After a long time I had another series of sewel dream.


Aku mimpi si Bisu kahwin tapi tak jemput aku. Aku tau pun dari orang lain. Pastu aku pegi la kenduri dia pun dia buat tak peduli je kat aku, happy sangat dengan wife dia. Sedih gila siot hati pedih bagai dihiris.. Haa habis sentap la aku ni. Berani betul kahwin tak bagitau aku. Bila aku message si Bisu dia gelakkan aku siap tanya wife dia cantik ke tak. Puii. 


Lepas tu aku mimpi aku pulak yang kahwin. Dengan Patrice Evra. Yes Evra the footballer. Jangan tanya aku macam mana aku boleh mimpi dia, aku sendiri pun confuse dengan otak aku ni. 
We met at the hospital, both of us were treated there tak tau sakit apa. Warded dalam satu ward yang sama, katil sebelah-menyebelah. Boleh? Dia la yang mengurat aku. Lepas tu dia masuk Islam pastu kitaorang pun busy uruskan macam-macam for our wedding. Macam haroooom punya mimpi.


Then ada sekali aku mimpi I was dating a guy I would never ever ever date in real life. I was also wearing an outfit I would never wear, we went makan to places I would never go to, and we hang out with people I would never even be friends with. Memang serba serbi bukan aku lah.
I had an awesome life but I was not enjoying it. Like something was missing. Memang tak enjoy la kan, everything of my life was not about me. Boyfriend pun tah lelaki metrosexual manatah aku sapu buat boyfriend. I mean I couldn't even understand his sms (dalam mimpi tu lah) macam mana aku boleh dating dengan dia aku pun tak paham. Last-last aku terjaga dengan keadaan berdebar-debar berpeluh nak memahamkan sms dia punya pasal. 

Kita clash ok!! *baling handphone*

Thursday, June 12, 2014

PROMO DAN JUALAN AMAL EPHYRA

Ini adalah promo merangkap jualan amal Ephyra oleh Nur Aisy Shoppe. 

Untuk pembelian bermula 1 Rejab - 30 Ramadhan (1 Mei 2014 - 27 Julai 2014), RM2 dari pembelian sekotak Ephyra premium/trial akan didermakan kepada rumah anak yatim/tahfiz.

Premium pack (30 sachet)
1 kotak = RM180
2 kotak = RM340
3 kotak = RM480

Trial pack (10 sachet) = RM68


Nur Aisy Shoppe ni ialah online business by Nasrina Honey, salah sorang ex-housemate kesayangan masa degree dulu. Nas ni ialah seorang budak baik yang gila belajar dan suka makan. Paling tak tahan suka tiba-tiba menggelabah. Nak test menggelabah, bangun lambat menggelabah, lapar pun menggelabah. Haha comel gila awak ni Nas. Tak sangka dah jadi mak sekarang.

Nas juga ialah pengguna Ephyra. Masa belajar dulu memang Nas ada masalah jerawat. Bukan jerawat kecik tu, tapi jerawat besar seketul-seketul. Kulit muka dia pun tak berapa smooth akibat jerawat durjana itu. Tapi haritu jumpa dia setelah sekian lama terpisah kemain glowing muka dia. Tak tau lah glowing sebab Ephyra atau sebab dia dah makin bahagia sekarang tapi yang pasti memang glowing berseri-seri. Jerawat pun dah kurang banyak, parut jerawat pun dah makin pudar.

Btw Nur Aisy Shoppe ada juga jual benda lain macam Camishaper, Pelikat Pants for kids by Afdlin Shauki, princess dress for kids, tahapa2 lagi lah. Tapi yang yang paling best ialah sambal ketuk.

Aku tak penah try lagi sambal ketuk dia, tapi kalau ikut pengalaman 2 tahun jadi housemate Nasrina ni memang tak diragukan lagi sambal ni mesti sedap. Family dia masak memang sedap ok. Kakak si Nas ni pun ada business catering sendiri. Nas pulak walaupun malas tapi kalau dia masak memang sedap. Hehe.

Untuk maklumat lanjut sila ke Facebook: Nur Aisy Shoppe atau boleh WhatsApp Nas terus di 0193613164

Wednesday, May 28, 2014

The Adventures of aweksakuragi #5: Escape Room (Rush Hours)

Date : 27 April 2014
Time : 1:00pm
Venue : Rush Hours, Setapak


Since aku pergi escape room haritu, aku dah macam terkemaruk pulak nak pergi lagi. Haha. Kali ni aku paksa geng The Norfolks untuk join. Marilah sekali sekala guna otak sikit, kalau tak geng ni memanjang karaoke macam takde aktiviti lain nak buat.

Hajat hati nak pergi Escape Room @e-Curve, sebab katanya itu adalah escape room tergempak, tapi tak mendapat sambutan sebab ada ahli geng yang pandai cari deal kat Groupon. In the end semua setuju nak pergi Rush Hour sebab murah dan dekat je dengan rumah masing-masing.

Btw, escape room ni ialah game dimana anda akan diletakkan dalam bilik berkunci then you have to find the clues and solves the puzzle to escape the room within given time. Normally setiap bilik adalah bertema; pembunuhan, berhantu, pirates, fairy tales, ikut sukahati tuan punya bisnes lah nak buat tema apa. The time limit pulak biasanya 45minit. Game ini adalah game berkumpulan of 2-8 persons, it requires some brain and teamwork, dan sesuai untuk mereka yang suka solve puzzles and riddles selain suka fefeling berangan jadi Detektif Conan.

Rush Hours punya time limit ialah 50 minutes, and there were 6 of us. We chose the Morgue Room, sebab masing-masing berlagak nak pilih level paling mencabar. Padahal masing-masing bongok tak dapat settlekan clues pun. Yes kami memang annoying like that hewhew.

Overall aku bagi 2 bintang je.

First, briefing and explanation dari staff adalah FAIL. For information, prior to starting the game normally the staff will give a short brief on the rules & regulations and about the game; the room, the objective/mission, apa nak kena buat etc. Staff diaorang ni explain game pun tak jelas. Mula-mula bagitau kitaorang kena unlock 1 pintu, turned out kena unlock 2 pintu. Tu aku dah tanya balik untuk confirmation tu. Escaping point pun tak diberitahu dengan jelas. Dahla masa booking pun ada masalah sikit. Letih hakak. 
Maybe it was just a miscommunication sebab budak tu pun macam tak fasih english, bahasa melayu pun berterabur. Apa pun harap pihak Rush Hours boleh train your staff properly and step up your service lah ye. 

Then tak tau lah sama ada konsep dorang memang complicated  or because of the level of the room we choose (5/5) tapi aku rasa clues adalah berterabur. Dahla briefing tak lengkap, so kami memang clueless nak buat apa seterusnya kat dalam tu. Atau mungkin sebab kitaorg yang bongok tak cukup bijak untuk the game ngehehe. 
Anyway it was different from my previous experience which was more organized as it was clear that we need to escape the first room, then the second/final room.

Oh did I mentioned we lost the game?


Abang baju hitam kat hujung tu memang suka over, tetap fefeling winner.
Harap maafkan dia.


Nonetheless, I would still recommend you guys to try this place. It was not THAT bad and maybe you'll get better experience than me. Plus the staffs were actually nice and helpful. Sila lah try ok.


Lepas habis game kami semua pun pergi buat aktiviti wajib: lunch dan karaoke. Herggh.


Tuesday, March 25, 2014

Tongue twister

(Me chatting with my site agent)

SA: Tadi Iwan cakap dia tunang lepas johor
Me: Eh apesal pulak? Bukan tunang dia orang dekat2 sini je ke?
SA: Ya lah itu orang Dengkil kot.
Me: Then kenapa nak tunang kat Johor pulak?
SA: No I mean lepas itu sembahyang johor ah?
Me: Ohhhhh lepas Zuhurrr..


Boleh nangis tau kadang2 borak dengan dia nih TT__TT

Monday, March 10, 2014

The Adventures of aweksakuragi #4: Escape Dungeon

Date: 9 March 2014
Time: 2:00pm
Venue: Escape Dungeon, Subang

Haa nampak tak tajuk dah tukar, dah takde dah Si Bisu macam previous adventures (#1, #2, #3). Sebab Si Bisu saya memang sibuk dengan study dan saya pula pura-pura sibuk dengan kerja so memang kami dah lama tak jumpa. Rindu plis.

Kali ni pergi dengan geng-geng ofis lama. Kami dah lama tak beraktiviti sebab mostly dorang sibuk dan susah nak kumpulkan semua geng. So kali ni since perlukan maximum of 6 participants je, maka lantak korang lah yang konon-konon sibuk sangat tu.


So apakah itu Escape Dungeon?


The LIVE Room-Escape Game 

Inspired by a popular mobile game started in Japan, Live Escape Game has taken the world by storm ever since it was made true to life. The LIVE Escape Game break through the limitations of conventional online games where within a specified time, a group of players must uncover clues hidden in the scenes and single out ways step by step, room by room to escape. Sure enough, we are big fans of Live Escape Game that is why nothing but the best could satiate our desire to Escape. Escape Dungeons are not only designed to race against time and gather clues to crack all sorts of codes in corresponding designed rooms, but also emphasize a lot on the story lines, so that you can travel through time and space to truly immerse yourself in these thrilling adventures. We know you like playing online, you’re probably quite good at it but are you game enough for LIVE Escape Games? Welcome to the Escape Dungeon.
How to Play Escape Games?

A group of 4 to 6 players will be locked up in our specially designed dungeons where you will treasure every minute and seconds to work closely with your team mates by gathering clues, cracking codes and solving mysterious puzzles in order to escape the dungeon before the time runs out. 
Who Can Play Escape Games?

Escape Dungeon is a new age entertainment experience suitable for all ages that are guaranteed to delight your senses. It is a mind blowing virtual reality adventure which is not only fun, exciting and addictive, on top of all also educational and life enriching experience. Whether it’s a group outing, team-building activities, school trip, or family day, we welcome you day and night to escape our adventurous dungeons.
source: www.escapedungeon.com 

Basically they will lock you up in a themed room, you have to find and decode the clues to escape in 45 minutes. 


Aku adalah kena maki sebab lambat haha. Actually I was on time, tapi almaklumlah SS15 tu adalah sesak macam celaka especially on weekends,  pastu ada a few jalan kena tutup due to MRT construction so tak pasal-pasal aku kena berpusing-pusing. Masa tu I was already 20 minutes late, aku dah give up dah pun siap suruh dorang carry on je. Then magically ada parking kosong muncul depan mata so I parked my car like a bawseee, pastu berlari laju-laju across the whole block ke destinasi. Literally laju-laju ok, macam kena kejar penjahat. Semua orang siap tengok apahal minah ni kena kejar ke dia yang kejar orang. Nasib baik dorang belum cancel appointment kami kalau tak sia-sia je pelarian aku huhu. Terima kasih ye Escape Dungeon.

I will not disclose the details of the game as I don't want to spoil the thrill and suspense or whatnot. All I have to say is we had a good time. Cuma it would be much better if they could add more rooms and prepare a better set up. Kalau boleh buat kat bungalow buruk ke, abandoned building ke lagi best. Kitaorang pun xpayah lah bertaruh nyawa semata-mata nak cari parking. Anyway secara keseluruhannya Nora bagi 3 bintang!! 

Dengan riaknya saya ingin maklumkan bahawa saya berjaya meng-unlock both doors muahahahahahaaa. Tak sia-sia aku obses tengok Running Man, it really helped me to differentiate the useful clues from the useless ones. See adik-adik sekelian, nak obses pun kena lah bijak ok. Akak pun suka tengok variety shows Korea, dengar lagu Korea tapi ambil pengajaran yang baik sahaja. Jangan dok kpop sana kpop sini tapi bengap. Kesian tau akak tengok. 




The Ganazzz team jyeahh!!


Friday, March 7, 2014

Masa silam

Earlier I read some of my old entries, sebab nak cari few info sikit yang aku pernah post dulu. Nak nangis baca posts sendiri, memang banyak mengarut. Tu pun ada jugak yang gigih membaca dan melayan siap komen2 semua. Ailefyuolss lah *cium cium*

One thing I noticed the past few years aku banyak jugak mimpi benda mengarut lagi bangang, contohnya seperti mimpi dating ni, and me being a different person. Tapi yang paling bangang hands down of course lah yang mimpi jadi janda ni. Loser gila kisah kejandaan aku =___="


Nowadays I rarely had any dreams. Takde langsung kot. Bila aku tidur pun aku tak tau. Tau-tau je dah pagi, pastu dok guling berjam-jam berperang dengan perasaan malas nak pergi kerja haha. Elok betul perangai.

I know that currently I am going through the same ol' shit. And I'm trying hard to control it. I really miss that time of my life when all that matters to me is my work. That time when I was held responsible for few works and small projects. I miss that ya-ampun-apehal-semua-pun-aku-yang-nak-kena-hadap-niiii-rasa-nak-nangis feelings. True, I used to lost myself in between the workload and the responsibility. But true enough, if given the chance to have that hecticness again, I know I will be able to balance everything as I will never let myself loose again.


Maybe dah boleh start cari keje kosong dah ni kot.....

Tuesday, February 18, 2014

Randomly random

You can only imagine what internet could do to your life. 
I still could not imagine I meet one of a close friend from the internet. It all started when I enquired on her room advert then tiba-tiba jadi kawan baik. How random is that. Padahal aku tak jadi sewa bilik dia pun. 
We become so close that she willingly offered me to stay with her for free when I was jobless and practically homeless after coming back from Australia. She simply told me I could pay her later. She even shared her personal stories and turned to me for help. She trusts me that much aku pun tak paham kenapa huhu. 
I dont think I would do that if I were her (except for her) simply because I don't trust people. I just dont. I'm selfish like that.
Yet I still managed to befriend with her, a total stranger I knew from the internet. Wow I must love to live my life dangerously. Heh.


It has been three months (SERIOUSLY baru tiga bulan?? Rasa macam dah lama gila plis -__-") since I moved here, but I never really finished unpacking.
Most of my barang still berlonggok dalam this unused room, untouched. Aku memang main campak-campak je barang dalam bilik tu. Most of my baju either still dalam plastic crates, dalam bakul or dalam pastic bag, just as I brought them in. Baju yang biasa pakai je lah yang bersangkut outside storage. 
Actually I had the thoughts of buying a proper almari or chest drawer for my clothes but then everytime it will make me think of how troublesome it will be when I move out from this town later. And that is not until end of this year. Haaa nampak sangat aku memang tak boleh nak settle down kat sini. Or maybe it is because I know this is all just temporary. Either way, I know I cannot stand this ghost town. 
Again, that could only just me being mengada-ngada.


I think I should talk to a counselor. But the problem is, I don't trust people. So macam mana lah I will ever be able to just go talk to a counselor and tell my story?


Sigh.

Friday, February 7, 2014

Semangat

Seminggu before raya cina aritu aku finally demam, setelah berminggu battling dengan hidung sendiri yang tak habis-habis selsema. Merasa lah demam few days, siap sakit tekak and selsema, sekali pakej dengan hilang selera makan selama 2 minggu. Bak kata sorang pakcik ni, makin tiang letrik lah jadinya badan aku ni. Puii.

Aku pegi klinik, dapat MC sehari. Hari yang lain-lain tu aku ponteng sukati aku je. Malas kot nak pegi klinik balik just to get another MC. Doktor ni pun satu, dah tau aku demam teruk bagi je lah MC 3-4 hari siap-siap. 2 hari untuk demam surut and sehari untuk rest and recover. Nasib baik site agent aku ok, boleh bawak kautim. Bertambah seronok la aku ponteng hewhew. 

Harini baru fully resume kerja. Tu pun pagi tadi tiba-tiba muntah-muntah. Ingatkan cuti lama ni boleh la datang semangat balik, tapi nampaknya makin menghilang pulak.Tah hapa-hapa lah aku ni. 



"Aku bercakap dengan rakan-rakan sekapal, aku dapat sedikit semangat baru. Aku baca banyak sumber, aku dapat semangat lagi. Aku dekatkan diri dengan Pencipta, dapat lagi semangat baru. Tapi semangat aku mudah hilang bila aku keseorangan. Mencari dan mencari dan sekali lagi aku terfikir, susahnya nak istiqamah ni." - Ladynoe, 3.2.14


Wednesday, January 15, 2014

2014

Amboii dah tahun 2014 dah ke? Tiba-tiba je dah pertengahan January. But for some reason aku rasa masa macam berlalu agak perlahan untuk aku for the past few months. 

Its my 5th months on my new job, but I still couldnt feel/find the hype. Mungkin dah lama sangat tak buat kerja ni, atau mungkin its nothing like I used to do or nothing like I expected it to be. I did plan my work, but somwhow takde semangat nak execute it. Ok fine aku lah yang malas kot.

I had a rather good 2013, with a lot of unexpected and unplanned events. I also discovered few sides of me that I never knew existed. Sungguh terkejut dengan diri sendiri, nasib baik I could handle it well. Apapun saya tetap mengharapkan for a better future. Hah ayat cliché sungguh.

Tahun ni macam biasa takde azam tahun baru apakejadah semua tu. Its not like I am going to stick to it anyway. Almaklumlah, ai is labelled melayu so sifat procrastination dan malas tu kena ada sikit hokhok. New year punya entry pun baru sekarang nak buat khennn..

Ok dah nak pegi makan ni. Babai.

nRelate All Blog Sections