"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Tuesday, August 13, 2013

Aidilfitri 2013

Raya tahun ni makin hectic untuk mak dan aku. Sebab nenek belah bapak aku sekarang tinggal dengan my parents, so semua cucu cicit saudara mara belah bapak datang beraya rumah parents aku. Adik beradik bapak aku ada 13 orang, kalau satu family je dengan anak beranak cucu cicit semua dah berapa ramai, so imagine kalau 5 family datang serentak. Sampai jem dalam rumah, seriously. 

Aku pulak tak cuti lama sebab aku baru je start bekerja kembali. So ada rasa sedikit bersalah sebab tak dapat tolong mak to properly kemas rumah and put away all the pinggan mangkuk and stuff. Nasib baik maid kakak aku yang sedikit annoying tapi super rajin tu ada to help her. Kalau tak pengsan kot mak aku nak mengemas sorang-sorang.

Dengan ini ingin saya menyeru kepada anda semua, kalau nak beraya ramai-ramai tu takyah lah konvoi sampai 10 kereta sekali. Memanglah seronok pegi beraya ramai-ramai, tapi fikirlah sikit tuan rumah yang nak kena menerima kunjungan korang tu. Dahlah ramai nak mampos, pastu belum lagi dengan perangai anak masing-masing yang baka monyet tu. Paling parah mak bapak pun sama je monyetnya. Ringannnnn je mulut aku ni nak melaser. Tapi mak aku dah pesan awal-awal, "sabar ye yang, kita sama-sama sabar ok" sambil senyum. Mak yang sama baran macam aku ni dah cakap macam tu, so aku nak cakap apa lagi kan. Diam je lahh.

Raya dah tak meriah untuk aku, sebab tak ada apa nak dirayakan melainkan rasa sakit hati tengok mak aku nak kena layan tetamu. Pastu ada pulak bangsat menyemak kat umah mak aku. Ikut hati nak je aku patah balik ke KL. Macam sial.

Aku harap satu hari nanti, tiap kali raya je aku dapat bawak parents aku pergi holiday jauh-jauh. Tak payah la nak kecoh tak dapat berkumpul sebab raya ke hapa, kalau kau ikhlas boleh je kot melawat mak aku time tak raya pun. Kalau nak mintak maaf pun tak perlu tunggu raya bagai, kalau ikhlas bila-bila masa pun boleh mintak maaf.


The only gambar raya untuk tahun ni. 

Hasil jobless 2 bulan dok memerap dalam rumah, merasa lah kulit cerah sikit. Sempatlah iols fefeling chantek di hari raya, sebelum bertukar jadi minah indon pasni sebab kena kerja kat site. 

Selamat hari raya semua!! ^__^.

No comments:

nRelate All Blog Sections