"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Tuesday, August 13, 2013

Aidilfitri 2013

Raya tahun ni makin hectic untuk mak dan aku. Sebab nenek belah bapak aku sekarang tinggal dengan my parents, so semua cucu cicit saudara mara belah bapak datang beraya rumah parents aku. Adik beradik bapak aku ada 13 orang, kalau satu family je dengan anak beranak cucu cicit semua dah berapa ramai, so imagine kalau 5 family datang serentak. Sampai jem dalam rumah, seriously. 

Aku pulak tak cuti lama sebab aku baru je start bekerja kembali. So ada rasa sedikit bersalah sebab tak dapat tolong mak to properly kemas rumah and put away all the pinggan mangkuk and stuff. Nasib baik maid kakak aku yang sedikit annoying tapi super rajin tu ada to help her. Kalau tak pengsan kot mak aku nak mengemas sorang-sorang.

Dengan ini ingin saya menyeru kepada anda semua, kalau nak beraya ramai-ramai tu takyah lah konvoi sampai 10 kereta sekali. Memanglah seronok pegi beraya ramai-ramai, tapi fikirlah sikit tuan rumah yang nak kena menerima kunjungan korang tu. Dahlah ramai nak mampos, pastu belum lagi dengan perangai anak masing-masing yang baka monyet tu. Paling parah mak bapak pun sama je monyetnya. Ringannnnn je mulut aku ni nak melaser. Tapi mak aku dah pesan awal-awal, "sabar ye yang, kita sama-sama sabar ok" sambil senyum. Mak yang sama baran macam aku ni dah cakap macam tu, so aku nak cakap apa lagi kan. Diam je lahh.

Raya dah tak meriah untuk aku, sebab tak ada apa nak dirayakan melainkan rasa sakit hati tengok mak aku nak kena layan tetamu. Pastu ada pulak bangsat menyemak kat umah mak aku. Ikut hati nak je aku patah balik ke KL. Macam sial.

Aku harap satu hari nanti, tiap kali raya je aku dapat bawak parents aku pergi holiday jauh-jauh. Tak payah la nak kecoh tak dapat berkumpul sebab raya ke hapa, kalau kau ikhlas boleh je kot melawat mak aku time tak raya pun. Kalau nak mintak maaf pun tak perlu tunggu raya bagai, kalau ikhlas bila-bila masa pun boleh mintak maaf.


The only gambar raya untuk tahun ni. 

Hasil jobless 2 bulan dok memerap dalam rumah, merasa lah kulit cerah sikit. Sempatlah iols fefeling chantek di hari raya, sebelum bertukar jadi minah indon pasni sebab kena kerja kat site. 

Selamat hari raya semua!! ^__^.

Thursday, August 1, 2013

A walk to remember

Wow its August already.

Amboi nampaknya semakin lama semakin kurang aku menulis kat sini. Tak, aku takdelah busy pun sebenarnya, but somehow rasa macam fully occupied. Occupied buat apa aku pun tak tau. Tau-tau je eh its almost tomorrow already? Mana peginya my today? Mana manaaaaaa??!!! 

Last Thursday ialah first time aku berbuka makan diluar sepanjang ramadhan kali ni. Terima kasih kepada yang membelanja :)

Since the boys ajak makan kat Paradigm Mall, which is less than 5mins away je from where I'm staying at the moment, I told them I'll come after my Maghrib prayer. Senang lah sikit aku nak sambung berjimba lepas makan kalau dah solat siap-siap khenn.

So lepas Maghrib tu aku pun terus la gerak. Sampai bawah tiba-tiba rasa  nak jalan kaki je ke mall. Terkenang life kat Fremantle aritu. Kat sana nak ke mana-mana pun memang berjalan kaki je, selagi within walking distance. Kalau tak berapa nak walking distance pun kadang-kadang aku redah jugak on foot huahaha. 

It seemed like most of the people there memang prefer untuk berjalan atau naik public transportation. Lebih praktikal dan tak payah semak kepala fikir mana nak park kereta bagai. Their traffic and public trasnportation system sangatlah organized dan reliable. Tak perlu nak kelam kabut kejar bus takut takde next trip ke, bus lambat ke. Asalkan kau on time sebab bus pun jalan on time. Ala takpun susah-susah sangat kau jalan kaki je, laluan pejalan kaki yang selesa dan selamat ada di mana-mana. Gituhh.. Bahagia sungguh kehidupan aku berjalan kaki sepanjang 5 minggu itu.

I never thought I'd say this, but honestly aku rindukan kehidupan yang tenang dan teratur itu. Those simple 5 weeks of my life.

Tapak wajib lawat tak kira masa setiap hari

I miss you. Crazy.

nRelate All Blog Sections