"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Monday, April 29, 2013

Walaupun tiada siapa yang peduli


Hai semua yang sedang membaca. Rindu saya tak? Saya rindu juga dengan anda semua (walaupun tiada siapa yang peduli).

Saya ada banyak benda nak cerita kat sini (walaupun tiada siapa yang peduli) tapi saya sangat occupied sekarang ni (walaupun tiada siapa yang peduli). Saya letih sangat dan kadang-kadang rasa sangat mahu menangis (walaupun tiada siapa yang peduli). Tapi sebab saya dah dewasa so saya kena lah bertabah dan banyak bersabar (walaupun tiada siapa yang peduli). So kalau saya rasa nak nangis atau rasa nak mengamuk marah (walaupun tiada siapa yang peduli) saya cepat-cepat ingat Tuhan dan cuba bertenang dengan berlagak gembira dan berkelakuan macam monyet.

Most of the time saya rasa macam nak drop everything, bungkus kain baju kucing2 lepas tu lari jauh dari semua orang (walaupun tiada siapa yang peduli). Tapi saya tak boleh lah buat macam tu (walaupun tiada siapa yang peduli), saya bukan budak kecik nak buat sesuka hati macam takde tanggungjawab. Budak kecik pun ada tanggungjawab kot.. tanggungjawab nak pegi sekolah, tanggungjawab bermanja dengan keluarga, tanggungjawab bermain, eh banyak lagi lah. Susah jugak jadi budak2 ni rupanya.

Saya frust jugak kadang2 dengan persekitaran saya ni (walaupun tiada siapa yang peduli), too judgmental and prejudice. I dont need people to understand me, I just need some respect (walaupun tiada siapa yang peduli). Kita tak perlu susah payah nak faham kenapa orang menangis, kita cuma perlu beri dia ruang untuk menangis. Kalau tak berenti or asyik nak menagis mengongoi2 then mungkin kita boleh lempang muka dia. Kau dah kenapa melalak2 macam gila ni kaannn..

Okay lah, I think I should go to bed now. Tomorrow I'm going to do an activity listed in my bucket list. Tomorrow is also my last day at work. I'm quitting my job to pursue something I believe to provide me better future. Wish me luck, walaupun tiada siapa yang peduli.

3 comments:

~adeQ~ said...

Dear, i care!!!

Adi Solikin said...

*peluk peluk*

Puan Jiha said...

adi...ko boleh buat lagu 'walaupun tiada siapa yang peduli' hehehe

take care di tempat org....give me one koala hehehe

nRelate All Blog Sections