"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Monday, April 29, 2013

Walaupun tiada siapa yang peduli


Hai semua yang sedang membaca. Rindu saya tak? Saya rindu juga dengan anda semua (walaupun tiada siapa yang peduli).

Saya ada banyak benda nak cerita kat sini (walaupun tiada siapa yang peduli) tapi saya sangat occupied sekarang ni (walaupun tiada siapa yang peduli). Saya letih sangat dan kadang-kadang rasa sangat mahu menangis (walaupun tiada siapa yang peduli). Tapi sebab saya dah dewasa so saya kena lah bertabah dan banyak bersabar (walaupun tiada siapa yang peduli). So kalau saya rasa nak nangis atau rasa nak mengamuk marah (walaupun tiada siapa yang peduli) saya cepat-cepat ingat Tuhan dan cuba bertenang dengan berlagak gembira dan berkelakuan macam monyet.

Most of the time saya rasa macam nak drop everything, bungkus kain baju kucing2 lepas tu lari jauh dari semua orang (walaupun tiada siapa yang peduli). Tapi saya tak boleh lah buat macam tu (walaupun tiada siapa yang peduli), saya bukan budak kecik nak buat sesuka hati macam takde tanggungjawab. Budak kecik pun ada tanggungjawab kot.. tanggungjawab nak pegi sekolah, tanggungjawab bermanja dengan keluarga, tanggungjawab bermain, eh banyak lagi lah. Susah jugak jadi budak2 ni rupanya.

Saya frust jugak kadang2 dengan persekitaran saya ni (walaupun tiada siapa yang peduli), too judgmental and prejudice. I dont need people to understand me, I just need some respect (walaupun tiada siapa yang peduli). Kita tak perlu susah payah nak faham kenapa orang menangis, kita cuma perlu beri dia ruang untuk menangis. Kalau tak berenti or asyik nak menagis mengongoi2 then mungkin kita boleh lempang muka dia. Kau dah kenapa melalak2 macam gila ni kaannn..

Okay lah, I think I should go to bed now. Tomorrow I'm going to do an activity listed in my bucket list. Tomorrow is also my last day at work. I'm quitting my job to pursue something I believe to provide me better future. Wish me luck, walaupun tiada siapa yang peduli.

Friday, April 19, 2013

Hello hello!!

I've been busy moving out to new place and sorting out few things at the moment. Insyallah in about two weeks time, saya akan meng-explore dunia baru di tempat baru weehuu!! Ok tipu takde weehuu sangat pun, so far aku masih takde rasa apa2 pun. Orang lain yang excited lebih. Mungkin sebab aku terlalu occupied menguruskan banyak benda, padahal mostly takde kena mengena dengan aku pun. Cinderella memang macam ni, baik hati sangat tak nak berkira dengan orang. Padahal kau terbogel2 mengerjakan semua benda sorang2.


Anyway talking about moving out, antara perkara biasa yang akan timbul ialah isu nak membuang perkakasan/ perabot lama yang dah rosak atau tak diperlukan lagi. Betul tak? So we have this sofa set merangkap scratching post kucing2 yang dah separa berkecai untuk dibuang. The regular lori sampah of course lah takkan kutip sofa tu kan. Plus aku pun dah tak tau macam mana nak uruskan sofa tu, weols busy noks.

Demi tidak mensia-siakan status saya sebagai student environmental technology yang belajar pasal solid waste management di semester dua, I called up the Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam to ask how to dispose the bulk waste. Dipendekkan cerita, esoknya ada lori datang angkut sofa tu and few other bulky stuff dengan kos serendah rm100. Settle. Takyah pecah kepala fikir mana nak cari lori, siapa nak tolong mengangkut barang, mana nak campak sampah. Mesti pensyarah saya bangga dengan bekas pelajar dia ni hikhik.

So kepada anda semua diluar sana, kalau ada masalah yang sama sila hubungi mereka and ask for their assistance. Please jangan senang lenang lepas tangan tinggal semua benda yang tak diperlukan macam tu je. Having a pengutip sampah tak bermaksud kau boleh suka2 longgok sampah tepi jalan expecting them to pick up everything ye. 


Satu lagi masalah sewaktu berpindah rumah, secara tiba2 baju kau akan jadi segunung tak tau mana datang. Selama ni setiap hari stress takde baju nak pakai, tapi masa kemas2 nak pindah tu kau akan rasa macam  apahal dah 8 bakul baju aku pack tapi still banyak yang belum pack nih?!! Pastu bila pindah barang ke rumah baru, 2 car trips adalah untuk angkut baju2 sahaja. Nangis.

Monday, April 1, 2013

April Fool 2013

So today aku telah di April-Fool-prank-kan oleh traffic di MRR2.

1 jam setengah stuck in crawling traffic, dari Batu Caves sampai la ke Kepong sampai nak masuk Sungai Buloh dah, jem macam hapa. Just before I took the exit to LDP elokkkkk je jalan clear. Tak tau pasal apa yang jem beria tadi. Dahlah kereta aku manual. Rasa nak tercabut lutut iols.


Mengimbau kenangan April Fool (cewahh!!), of course aku pernah prank orang dan kena prank juga. But nothing serious lah. Dan hampir semua prank aku adalah tidak disengajakan. The biggest prank I did (juga tak berapa nak sengaja buat hehe) was during my first year in asrama. 

Masa tu form 4. Since aku sekolah teknik, so pelajar junior adalah budak-budak form 4 dan pelajar senior adalah budak-budak form 5. Biasalah kalau junior kat asrama ni macam-macam lah benda kau kena buat masa mula masuk asrama. One of the thing ialah menceriakan dorm masing-masing. Semua orang kena tampal biodata ringkas kat depan pintu loker. Kena letak nama panggilan, tarikh lahir and tempat asal kot, dah tak ingat. Sebab aku ialah AJK keceriaan dorm maka aku kena buat untuk semua, nak bagi seragam. 

So masa tengah buat sambil menyumpah dalam hati sebab rasa macam wtf sangat kena buat benda merepek ni, tiba-tiba terlintas idea bongok nak letak birthday aku 1 April sebab aku memang lahir 1 haribulan. Lepas dah siap tu aku tampal elok-elok tanpa memikirkan akibatnya kelak. Yelah asrama dulu-dulu mana sama macam sekarang, senior semua garang tau. Especially sekolah teknik, ngam-ngam ada satu level junior and satu level senior. Kalau kau bukan junior favorite atau kau buat perangai maka bersedialah untuk menjadi target mark. 

So anyway, surprisingly everybody fell for that. Kakak-kakak senior yang datang dorm semua macam eiii birthday dia 1 April laa!! Aku senyum je la tahan gelak keh keh..

Tiba 1 April semua orang excitedly wish aku "Happy birthday April Fool girl!!" Aku senyum, said "thank you tapi birthday saya 1 June, bukan 1 April. April Fool!!" Nasib baik kakak-kakak senior semua menerima prank aku dengan hati terbuka, kalau tak sesia kena mark untuk jadi mangsa ragging hoho.

So esoknya aku tukar birthdate aku kat pintu loker tu and manja-manja mintak maaf kat semua. And bila tiba birthday yang sebenar semua orang pun remembered to wish sebab dorang ingat birthday aku gara-gara prank tak sengaja saya itu. 


Sekian kisah April Fool saya untuk tahun ini. Semoga berjumpa di April Fool tahun depan.  Ni betul-betul tau, bukan prank. Kalau prank pun semuanya adalah tidak disengajakan.


Babai *peluk peluk*

nRelate All Blog Sections