"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Sunday, March 31, 2013

The Extra Piece

Everything graphics, neons, spikes & studs,
Top to bottom, head to toe,
The extra piece that everybody needs.



Instagram: theextrapiece

Monday, March 25, 2013

The Adventures of aweksakuragi and Si Bisu #2: SkyTrex Adventure Park

Date: 24 February 2013
Time: Tak sure, tapi pagi lah.
Venue: SkyTrex Adventure Park, Taman Botani, Shah Alam.

Sesi adventure kali ini ditaja oleh Encik Azlan of SkyTrex. Hehe. Tengskius banyak2 we loff yuh!!

About the park
SKYTREX Adventure provides an organized outdoor ‘eco-recreational cum educational’ activity which will take the participants from tree to tree via series of aerial obstacles suspended at 3 meters to 22 meters in the air. 
The first of its kind in Malaysia, SKYTREX Adventure is a place where you can enjoy jungle trekking from a height never reached before – via the canopy! Test your agility, challenge your fear, walk, crawl, glide and swing through our different challenges in the sky, in total safety while appreciating the wonders of the Malaysian Tropical Rain Forest. 
SKYTREX Adventure was built by giving a particular attention to these 4 elements: 
RECREATIONAL, SAFETY, EDUCATIONAL, ENVIRONMENT.

I mentioned about this place to Si Bisu and surprisingly he knew about it. Lepas tu macam biasalah, tak pasal2 dia yang excited lebih nak pergi. Wth sungguh perangai dia ni kadang2.

Since this was another plan terancang yang impromptu, maka pagi tu kitaorg gerak ikut suka. Tak budget pun nak gerak pukul berapa, nak sampai pukul berapa, duration to complete the circuits tu semua. Breakfast pun tak. Amik kau lepas tu masing2 menggelupur kelaparan. Yeah we are adventurous like that T_T


Si Bisu macam nak tercekik bila aku bagitau aku nak buat Extreme Challenge punya circuit, sebab dia gayat. Dia ingat nak buat Big Thrill je. I chose to go extreme sebab aku rasa macam tak best kot buat line-zipping/flying fox tapi kaki kau boleh cecah tanah. Lagi tinggi lagi best kan. Lagipun 22m height tu pada aku macam ok kot, tak tinggi sangat tak rendah sangat. Plus you'll be zipping between trees so takdelah se-nerve-wrecking zipping kat kawasan lapang.


source
Line-zipping tempat macam ni boleh mendatangkan pengsan plis.


Lepas register and isi form, kami kena tunggu participants lain yang walk-in jugak macam kitaorg. Btw kalau korang nak walk-in adalah dinasihatkan untuk call dulu to check, sebab kadang2 they receive big groups. Tau je lah kalau dah ramai2 ni memang macam2 kerenah, so adalah besar kemungkinan untuk korang menunggu lama just to get started.




Orang lain beriya pakai baju sukan lengkap, yang aku pulak macam bimbo sesat dengan jeans, maroon singlet & colorful stripes shirt. Kasut pulak aku belasah pakai boots. Terasa sedikit dipandang serong oleh semua orang haritu. Instructor pun peratiiii je aku waktu briefing haha. Sorry lah uols, I memang tak pakai seluar trek. Dari dulu dok keluar masuk hutan jungle trekking camping bagai memang I pakai jeans sahaja. Lebih selesa dan selamat untuk saya.


The highest point (rasanya lah)


Putting your life on the line, literally. Heh :p


Kami memang tak amik banyak gambar. Tak kuasa lagi malas. Kalau nak tengok lagi banyak gambar sila google ye, jangan jadi pemalas macam saya.


Overall, it was really fun. Cuma lama2 tu aku dah mula rasa boring. Like, hoh zipping lagi? Bila nak habis nihh.. But at the 2nd last point tu aku nervous sikit sebab kena swing from rope to rope. Selama ni aku rasa tangan aku tak kuat, sebab tu tak pasal2 dikuasai rasa takut. Padahal kalau terlepas pegang bukan jatuh terhempas pun, pulley kau attached kat safety line kot. Lagipun ada macam tube decks for you to land on. Bongok tak perangai? -___-". Tapi demi menjaga imej macho aku gagahkan jugak, cuma lepas tu aku gave up. Bukan sebab takut tapi sebab tangan dah sakit.


Oh it is advisable to wear gloves ye. Sebab you'll need to held on to the ropes & cables and whatnot, and with your sweaty palm there is a high chance for your palm to melecet or sakit. You can bring your own (but they need to check it first, to see whether sesuai or not for their activities) or buy from them for RM3 only (but dont expect anything fancy lah ye).


And also wear the shoes with firm non-slip sole. Sebab aku rasa the tube decks adalah sedikit slippery and it also will help a lot while walking on the cable lines.



Of course lah, wajib ambil gambar kaki. Hewhew.

Friday, March 8, 2013

Cerita bergambar


Because a comfy pants is comfy.
Ni seluar tidur untuk lelaki sebenarnya, but since its really best gila and best gila maka persetankan jantina tu semua. Yang penting best gila. Best gila sampai pergi saloon pun penuh yakin menggayakan seluar tidur ni. Nasib baik saloon kat kampung, kalau kat KL memang sesia kena keji.



Bukti peminat setia Running Man. Turun naik tangga setiap hari, konon excercise.
Ofis aku kat tingkat 3 je TAPI kalau dah dari basement parking B2, kena lalui level B1, G, P, 1, 2 then baru boleh sampai tingkat 3, tak ke jadi 6 tingkat tu? Semput hoi.



Bukan peha aku yang kecik, kucing ni yang besar.
My brother named him Rock Rocky, but I called him Pakcik because he is tua already. He has been around for about 8-9 years, which means in cats year he is approximately 50 year old. Tua already. But he is very healthy and active despite of having bad hind legs. Gigih menyeret his 6kg body to use the litter box. Sayang Pakcik manja ni <3



Si Kembar yang dah lama tak jumpa :)
Masa ni tengah dok melayan Si Bisu yang bengang sebab water fountain show yang ditunggu2 adalah membosankan, dah tak best macam dulu. Sambil tu kami dok mengeji orang yang lalu lalang dok terpijak water puddle depan kitaorang. Like helloo kau tak nampak ke air tu? Bodoh gila. Lepas tu elok handphone aku menjunam jatuh dalam puddle tu. Lagi bodoh plis T__T



Setelah bertahun lama akhirnya tertunai jua janji2 manis utk berfondue bersama Pika.
Syok woh berfondue sambil gosip2 macam dah kawan lama gila, padahal baru first time jumpa. Si Bisu pun confuse tengok kitaorang hehe..



Anak sungai yang tiba2 muncul di kebun sebelah rumah. 
Ni kejadian bulan lepas, masa tengah musim hujan setiap hari tu. Bagaimanapun syukur ke hadrat Illahi tahun ni musim hujan berlalu begitu sahaja dan kampung saya pun selamat dari banjir. Alhamdulillah *tadah tangan sambil betulkan selendang*



Dress-up ala bimbo pergi buat extreme activities. Kau ada?
Yang ni lain kali lah cerita.



Bulat air kerana pembentung, bulat kucing kerana meneran nak berak.
Minah ni memang tak suka buang air kat pasir, xtau lah kenapa. Kalau aku tak sediakan bekas nanti dia buang air atas lantai. Satu keje pulak aku nak cuci lantai hari2. Masalah jiwa betul la dia nih.



I wanted to use this old passport picture for some training application, malangnya neckline bajuku itu kelihatan seperti mencecah jauh nunnnn dihujung cleavage. Padahal tak pun. So terpaksa la amik gambar baru. As expected it turned out buruk. Stress acik -__-"



Adik saya sudah selamat menjadi isteri orang :') 
Walaupun dah biasa berjauhan, knowing that your only little sister is now married and living with someone else memberikan perasaan yang somehow sungguh aneh. Tiba2 I keep having the urge to contact her and wonder what she's doing all the time. Padahal selama ni tinggal sekali dok mengadap almost everyday xde kau kisah pun. Kadang2 lupa ada adik heh :p



When is my turn?



Tengah tunggu putera raja la ni, manatah dah letih aku berbuai tak muncul2.
Mungkin aku patut berkemban macam Merah ni, baru dia nak datang. Eh.



Laju laju, buaiku lajuuuuuuuu...

Friday, March 1, 2013

The Adventures of aweksakuragi and Si Bisu

Date: 9th February 2013 (Saturday)
Time: 5am in the pagi buta
Venue: Broga Hill yawww!!


Ini adalah plan terancang yang sungguh impromptu. 

Actually kami dua2 blur tak sure lokasi Broga tu kat mana sebenarnya. Yang Google bagitau, Broga Hill tu dekat Semenyih sana. Pastu kata Si Bisu kat GPS dia xde pulak. Tapi sebab dia dah menggelupur excited terlebih nak pergi jugak taknak tunggu hari lain dah, so kami ambil keputusan untuk redah je. Adventurous habis dah konon ni. Hoh.

I didnt sleep that night, lepas tu terus sambung pulak beraktiviti outdoor sebelum subuh. Memang ciri2 remaja aktif sangat. Padahal dah mamai gila masa tu. Si Bisu pulak tak offer langsung nak drive, sebab kata dia padan muka siapa suruh bersukaria tak reti nak tidur. FINE. Walaupun sebenarnya sebab I am a better driver than him *libas rambut* 

Maka dengan muka serebeh mata mengantuk, setelah berpuluh kali baca Fatihah & Qursi dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada GPS yang tak updated maka dengan konfiden kami pun memulakan perjalanan. 

Drive punya drive punya drive tetiba.. eh tu signboard Broga Hill belah kiri tu weh belok wehh wahhh dah sampai ke macam mana ni wehh nak parking mana ni gelap hoii I tak nampak jalan la eii ramainya orang eh kita betul ke dah sampai Broga ni hah macam tak percaya je eiii kite nervous la awak betul ke nak hiking ni eiiiiiiiii terujanya tapi kite tiba2 nervous pulak ni kann samalahh nervous nervous nervousss eh wak cepat wak kita ikut orang depan tu!!

Ye begitulah gediknya kami -___-"


Sunrise sipi2.


Ambik gambar kaki then post kat Instagram. 
Hipster sangat awak ni pfftt.



Belacan berwajah manusia. 



So basically Broga Hill ni ada 4-5 peak macam tu. And the hiking route adalah agak senang untuk dilalui, no extreme hiking action required. Cuma bila about to reach the first peak tu ada macam curam sikit lah. Those yang berstamina sampah macam kami ni akan mengambil masa sikit untuk mendaki, manakala para pendaki Everest rasanya boleh berlari2 anak dengan tenang menuju ke puncak. 

It took us about 50minutes to reach the first peak. Banyak berhenti jugak sebab orang ramai, lepas tu ada kecoh sikit budak jatuh kat slope, plus it was still dark so everybody was being extra careful. 

UNFORTUNATELY, the view was not really that breathtaking sebab semak gila. Orang ramai bersepah2 dah rasa macam hari sukan kat padang sekolah. We climbed up to 2nd peak je. Dengan bising, sampah merata, bau rokok sepanjang jalan, plus manusia2 menggedik memang takde mood la nak sambung pendakian. Lagipun aku keletihan tak tidur and Si Bisu pulak sok sek selsema. Moh la kita balik ye..

Kepada yang belum pernah menjejakkan kaki ke Broga, saya nasihatkan xpayah la beriya sangat pergi pagi2 buta dengan harapan nak menyaksikan sunrise. Most of the time tak nampak pun. Boleh je pergi panjat petang2 sikit, less people and more view & serenity to enjoy.


Around 830 am kami bergerak balik KL then terus pegi breakfast. 


Konon exercise berpeluh bagai nak rak pastu breakfast pun makan macam nak rak.
Sungguh kamu berada dikalangan mereka yang dalam kerugian. 

nRelate All Blog Sections