"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Friday, December 13, 2013

Today was a hot day.

Today I was doing some paperwork when suddenly the air condition inside the site office made a loud cracking sound, macam ada 2 ekor beruang tengah bercakaran dalam tu. Macam ada Ultraman tengah lawan dengan raksaksa lepas tu langgar sana sini and smashing everything. 

Aircond tu dah lama rosak actually, dah 2 bulan kot. Dia kejap-kejap sejuk, kejap tak sejuk langsung. Dahlah harini panas baqhangg. Scorching hot I felt like melting. Kan lately hujan memanjang, so bila tiba-tiba panas jadi tak biasa pulak. Hehe. 

So anyway, the sound was so loud it was really scary so I turned it off. I was afraid its going to explode or something. Dahlah we dont have any fire extinguisher around. Mampuih.

Then  I opened the cover and take a look mana tau kalau betul ada beruang atau Ultraman dalam tu. Tapi tak nampak pulak apa-apa yang pelik so I put the cover back on then turned it on again. The aircond was working fine and no more cracking sound. Cuma tak sejuk je lah. 

I told my site agent about it. His response was "U heard loud noise coming from aircond but you still open it to check?? Crazy ah u?! Not afraid meh? Maybe got wire shot or something happen there. Dangerous woo."

Okaaayyyyy.



p/s: I'm a fan of Boey and just finished reading his "When I Was A Kid 2", hence the "Today I.." story. Go read his books and online comics. You'll understand. 

Saturday, November 23, 2013

Instant noodle ala gourmet

The ingredients

1. Instant noodle perisa kari
2. Seaweed
3. Fish fillet strips
4. Sotong kering bergula untuk dimakan while waiting for the noodle to cook.


Cara penyediaan


Step 1: Masak mi segera anda seperti biasa

Step 2: Tuang mi yang dah dimasak ke dalam mangkuk.

Step 3: Potong fish fillet strips pendek-pendek dan letak di atas mi segera. Satu peket je dah cukup, tak perlu banyak2. But kalau nak lebih pun boleh.


Step 4: Gunting seaweed to smaller portions and letak atas mi juga. 1 big sheet should be enough for a serving. Tapi kalau nak letak banyak pun suka hati kau lah labuu.


Step 5: WAJIB mix well before eat, baru rasa dia sebati lagi menyelerakan.


Tips:
Since the fish fillet strips tu ada rasa manis, and seaweed yang aku pakai tu adalah perasa spicy dan ada glazing yang rasa pedas manis so the gravy tu dah jadi manis sikit. Maka aku pun tambah la kicap lemak manis sikit to balance the sweetness.


Resipi ini adalah terinspirasi dari rasa malas dan ketidakpandaian saya memasak proper food. So kalau korang try buat pastu rasa tak sedap sila jangan maki saya. Manusia tak pandai masak lagi pemalas macam saya ni memang buta rasa sikit, bedal je apa yang ada. Harap maklum.

Monday, October 7, 2013

Sekejap je dah Oktober

Hello.


Berupdatenya blog ini kerana saya tengah berperang dengan rasukan hantu mengantuk di saat ini. Hoh mengantuk gila takleh blah baqhangggg. Site pulak adalah super panas now dah sakit kepala pulak. Nangis.

Aku memang tengah keletihan yang amat. Recently baru recovered dari demam since Ahad minggu lepas. Demam sungguh-sungguh yang memaksa aku ponteng kerja 2 hari. Ye ponteng sebab saya adalah malas jumpa doktor sebab saya benci makan ubat. And then I had to deal with my menstrual and period pain pulak. Memang rasa nak tidur je, tak nak buat apa dah. Dahla Sabtu pun kerja full day, tak membantu proses pemulihan langsung.

Menstruation is not simple ok, it can be so painful. Apart from the cramps, it can also mess up your bowel system causing either diarrhoea, constipation, bloating or all 3 combined. Yes you can be constipated and diarrhoeic at the same time. Or at least that's how it feels like. Tu tak campur lagi dengan lenguh pinggang lah, breast sakit lah, badan lenguh lah, headache lah, nausea lahh.. mana laahhh perempuan tak emo lebih kalau tengah period. It is soo not benda main2 ok. So kaum lelaki please respect sikit, jangan suka2 sangat nak buat lawak datang bulan yang tak kelakar tu. Annoying tahu tak?!! Eh tak pasal2 aku terrr emo pulak huhu. Maaflah ye, tengah period la katakan.


Oklah aku nak pergi denda workers yang tak pakai helmet and boots. Babai.

Tuesday, September 3, 2013

Shitty August 2013.

Yes, my August month this year was shitty. Not nice at all. Well actually couple of good things did happened lah, but overall it has been a tiring and annoying month.

First of, I didnt enjoy my raya. Whatever. Then 2 minggu lepas kereta aku kena pecah. 


Aku rasa penyebab utama ialah beg yang aku tertinggal dalam kereta. It was an ordinary canvas bag, bag aku pakai pegi kelas zaman degree dulu. Now I used it to carry my work documents.

Seriously aku lupa pasal beg tu. Biasa memang aku bawa turun, tapi tah kenapa that day aku boleh lupa. And I only noticed the bag went missing right after dah settle buat report polis semua.


Sebagai panduan dari pengalaman sendiri, berikut adalah perkara yang harus anda lakukan bila kereta anda kena pecah:
  • Take your time to assess your entire car, but try not to touch anything. Cuba perhati dan fikir baik-baik apa yang dah hilang. Ini supaya senang waktu buat laporan polis dan juga waktu repair cermin nanti. Why? I'll tell you in a bit.
  • Sediakan a copy of geran kereta dan insurance note untuk claim insurance later. Aku memang simpan insurance note aku dalam kereta, in case of any accident senang nak refer. Geran kereta je simpan properly kat rumah. Check with your insurance company if your insurance covered the windshield. Kalau ada, boleh la proceed ke balai. Kalau tak, pegi je kedai repair cermin terus.
  • Sementara itu, take a lot of pictures from different angles untuk kenangan dan untuk diupload ke FB atau any social network.
  • Lepas tu baru bawa kereta ke balai polis berdekatan untuk buat laporan. Based on my personal experience tak payah la kelam kabut nak bawak kereta pegi balai cepat-cepat sebab polis bukan buat investigation pun. Ingat dorang ada masa nak layan setakat kes pecah kereta raykat marhaen ni. Mereka just ambil statement dan produce report je. Takde makna lah dorang nak amik fingerprints kejadah bagai tu, tu semua hanya wujud dalam tv je. Report tu pun hanya sebagai dokumen rasmi untuk claim insuramce dan koleksi peribadi of the shitty events in my life.
  • Lepas tu bawak la kereta pegi install cermin baru. Ok masa nak tukar cermin ni, the workers akan kemas sikit kereta, so they can remove the glass pieces before they can do the installation safely. Sebaiknya masa tu tengok-tengok lah apa yang dorang kemas, better kalau kau sendiri kemas barang-barang kau supaya kau tau in case ada apa-apa hilang. Sebab tu jugak lah awal-awal tadi aku beritahu to carefully assess your car.

My insurance do cover the windshield tapi aku tak claim lah sebab the cost is still bearable. Plus insurans aku still valid sampai year end, so aku nak save dulu the amount tu untuk cermin depan and belakang sebab both cermin ni adalah mahal compared to sides windows. 

Lepas semua dah settle tu baru aku perasan a few other things in my car went missing. Aku tak sure lah bila hilang tu, sebab aku tak betul-betul check. Masa tu aku cuma fikir shit aku ada meeting ni hoiii masa ni lahhh benda macam ni nak jadi *carut carut*. Haha. 

Masa dorang kemas kereta pulak aku sibuk dok jawab phone calls sambil mengunyah. Kebulur ok, the day before tu dah la aku tak makan pastu pagi sampai tengahari pulak duduk kat balai. So aku memang tak tau bila barang-barang aku tu hilang. Aku dah malas nak fikir, so redha je lah.


Kejadian yang betul-betul tahi di bulan August 2013 ini ialah bila phone aku jatuh dalam lubang jamban. Jamban cangkung, so memang terus straight masuk septic tank. Tahi betul.

Tuesday, August 13, 2013

Aidilfitri 2013

Raya tahun ni makin hectic untuk mak dan aku. Sebab nenek belah bapak aku sekarang tinggal dengan my parents, so semua cucu cicit saudara mara belah bapak datang beraya rumah parents aku. Adik beradik bapak aku ada 13 orang, kalau satu family je dengan anak beranak cucu cicit semua dah berapa ramai, so imagine kalau 5 family datang serentak. Sampai jem dalam rumah, seriously. 

Aku pulak tak cuti lama sebab aku baru je start bekerja kembali. So ada rasa sedikit bersalah sebab tak dapat tolong mak to properly kemas rumah and put away all the pinggan mangkuk and stuff. Nasib baik maid kakak aku yang sedikit annoying tapi super rajin tu ada to help her. Kalau tak pengsan kot mak aku nak mengemas sorang-sorang.

Dengan ini ingin saya menyeru kepada anda semua, kalau nak beraya ramai-ramai tu takyah lah konvoi sampai 10 kereta sekali. Memanglah seronok pegi beraya ramai-ramai, tapi fikirlah sikit tuan rumah yang nak kena menerima kunjungan korang tu. Dahlah ramai nak mampos, pastu belum lagi dengan perangai anak masing-masing yang baka monyet tu. Paling parah mak bapak pun sama je monyetnya. Ringannnnn je mulut aku ni nak melaser. Tapi mak aku dah pesan awal-awal, "sabar ye yang, kita sama-sama sabar ok" sambil senyum. Mak yang sama baran macam aku ni dah cakap macam tu, so aku nak cakap apa lagi kan. Diam je lahh.

Raya dah tak meriah untuk aku, sebab tak ada apa nak dirayakan melainkan rasa sakit hati tengok mak aku nak kena layan tetamu. Pastu ada pulak bangsat menyemak kat umah mak aku. Ikut hati nak je aku patah balik ke KL. Macam sial.

Aku harap satu hari nanti, tiap kali raya je aku dapat bawak parents aku pergi holiday jauh-jauh. Tak payah la nak kecoh tak dapat berkumpul sebab raya ke hapa, kalau kau ikhlas boleh je kot melawat mak aku time tak raya pun. Kalau nak mintak maaf pun tak perlu tunggu raya bagai, kalau ikhlas bila-bila masa pun boleh mintak maaf.


The only gambar raya untuk tahun ni. 

Hasil jobless 2 bulan dok memerap dalam rumah, merasa lah kulit cerah sikit. Sempatlah iols fefeling chantek di hari raya, sebelum bertukar jadi minah indon pasni sebab kena kerja kat site. 

Selamat hari raya semua!! ^__^.

Thursday, August 1, 2013

A walk to remember

Wow its August already.

Amboi nampaknya semakin lama semakin kurang aku menulis kat sini. Tak, aku takdelah busy pun sebenarnya, but somehow rasa macam fully occupied. Occupied buat apa aku pun tak tau. Tau-tau je eh its almost tomorrow already? Mana peginya my today? Mana manaaaaaa??!!! 

Last Thursday ialah first time aku berbuka makan diluar sepanjang ramadhan kali ni. Terima kasih kepada yang membelanja :)

Since the boys ajak makan kat Paradigm Mall, which is less than 5mins away je from where I'm staying at the moment, I told them I'll come after my Maghrib prayer. Senang lah sikit aku nak sambung berjimba lepas makan kalau dah solat siap-siap khenn.

So lepas Maghrib tu aku pun terus la gerak. Sampai bawah tiba-tiba rasa  nak jalan kaki je ke mall. Terkenang life kat Fremantle aritu. Kat sana nak ke mana-mana pun memang berjalan kaki je, selagi within walking distance. Kalau tak berapa nak walking distance pun kadang-kadang aku redah jugak on foot huahaha. 

It seemed like most of the people there memang prefer untuk berjalan atau naik public transportation. Lebih praktikal dan tak payah semak kepala fikir mana nak park kereta bagai. Their traffic and public trasnportation system sangatlah organized dan reliable. Tak perlu nak kelam kabut kejar bus takut takde next trip ke, bus lambat ke. Asalkan kau on time sebab bus pun jalan on time. Ala takpun susah-susah sangat kau jalan kaki je, laluan pejalan kaki yang selesa dan selamat ada di mana-mana. Gituhh.. Bahagia sungguh kehidupan aku berjalan kaki sepanjang 5 minggu itu.

I never thought I'd say this, but honestly aku rindukan kehidupan yang tenang dan teratur itu. Those simple 5 weeks of my life.

Tapak wajib lawat tak kira masa setiap hari

I miss you. Crazy.

Thursday, July 4, 2013

The adventures of aweksakuragi & Si Bisu #3: Sunway Lagoon Extreme Park

Date: 30 April 2013
Time: Tengahari buta. 
Venue: Sunway Lagoon Extreme Park.


Actually adventure kali ini Si Bisu tak ikut sebab dia ada class. Kali ni saya ditemani oleh Encik Apek.


Sepatutnya activity bungee ni masuk dalam itinerary hari birthday, tapi sebab birthday tahun ni aku takde kat Malaysia, so aku gigih lah nak buat jugak bungee ni sebelum berangkat ke Australia. Kira yang ni pun program impromptu jugak lah hehe.


Kepada semua yang dok bertanya "kenapa tak buat bungee kat Aussie je, kan lagi best?" KAU INGAT BUNGEE KAT SANA TU 10 HENGGET??!! Paling murah aku jumpa ialah AUD100, tu pun kat Melbourne kalau tak silap. Dari Perth nak ke Melbourne tu pun kena naik flight berapa jam tah, mana pulak aku nak cari duit beli flight ticket hoii. Lainlah kalau korang nak sponsor, bungee 10 kali pun aku sanggup.





Masa ni tak rasa apa-apa lagi. The moment I stood at the platform's edge before making the jump tu baru sedar diri homaigodd apa kau buat ni Adiiiiiii kau dah gila ke hoii!!! Nangis. 



Yang menjerit masa aku terjun tu bukan aku, itu ialah jeritan amoi2 yang tengok aku terjun. Aku jerit lepas dah terjun.


G-Force X.
Kena bayar RM20 kalau tak silap utk dapatkan video ni.


Lepas dah buat bungee and G-Force, bila naik rides lain dah tak rasa apa-apa dah. Orang lain beriya terjerit macam nak gila during the Pirate Ship ride that made 360" loop, aku dengan si Apek buat muka sardin looking at each other and enjoying the upside down view. Tak pasti pulak sebab fear sense masa tu dah went numb, atau tak abis teruja lagi buat bungee earlier sampai dah tak boleh rasa apa dah huahuaa -___-"

Ni lah Pirate Ship ride yang kami naik dengan takde perasaan tu.



Oh lepas dah buat bungee tu nanti akan dapat Certificate of Insanity.



Entrance fees was RM90, and the Combo Rides package (Bungee + G-Force X) was RM95. Harga ni hanya untuk pemegang MyKad dan pembelian tiket di kaunter. 


Pesan penting dari saya, bawak lah sepasang persalinan lengkap. Sebab walaupun korang masuk untuk Extreme Park sahaja, korang still kena bayar the entrance fees tu and you'll get to play any rides at all parks, including the Wet Park. Macam aku haritu konon-konon pergi nak buat bungee je, lepas tu rasa menyesal sikit tak bawak baju salin sebab semua rides kat Wet Park aku xdapat main. Dahla tengah panas buta, syok pulak tengok orang berendam. Rugi wohh bayar entrance fees 90hengget.


Overall it was a great experience. I dont mind doing it again. In fact, aku memang nak buat lagi sekali before end of this year. Ada sesiapa nak join?

Tuesday, June 25, 2013

Ehemm.

Hello again people.

Wow rasa dah lama gila tak menulis kat sini, tak tau nak mula macam mana haha. 

Saya sudah hampir 3 minggu kembali ke tanahair, and somehow rasa macam masih belum settle down lagi. Rasa macam mimpi pulak ada kat sini sekarang. I'm suppose to be busy looking for job tapi sekarang ini sungguh tak motivated nak buat apa2 pun. Dalam kepala macam penuh dengan all kind of thoughts but I couldn't figure out what I was thinking. My fren said maybe I'm having one of those post-relocation syndrome. Suka hati kau je kan nak buat terms sendiri pfft.

So anyway, I know I only stayed at Fremantle for 5 weeks, but I do have a lot to share. I learnt a lot not only about other people but about my people as well. Nasihat hakak to uols, to those yang ada peluang untuk merantau atau menetap di negara lain even just for several weeks, please jangan lepaskan peluang. It can be eyes-opening and life changing experience, walaupun sekejap. But you really have to open your eyes and your mind lah, kalau tak sia2 je lah.

Sementara itu, saya akan kongsikan cerita2 basi from my previous months. Hehe.

Kbai nak pegi cari makanan untuk berbuka. 

Wednesday, May 15, 2013

Hey mate!

Aku kat Western Australia sekarang ni, at Fremantle city. Its my second week here, and I will be back in early June. The weather is quite cold, almaklumlah tengah autumn. And they say the winter is coming now. Mostly the temperature is between 22°C to 9°C, but the day before they said the temperature went down to 7°C at around 7am, which I think was ridiculous sebab memanglah it was extra chilling, but I dont think 7°C would feel like that. It should be colder kot? Ecewah aku ni komen macam familiar sangat dengan cuaca sejuk. Poyo gila.


So anyway, its really beautiful here and I like this place a lot. What I love the most is how clean this place is. Aku tak nampak langsung sampah ok, kecuali dalam tong sampah. Stray animals pun takde. Burung banyak lah, as we are located by the sea. Bila Malaysia nak jadi bersih macam ni? Ok tak payah lah jawab. 


at Mends Street Jetty, South Perth.
Di sebabkan takde stray cats kat sini, maka marilah melepas rindu pada stray birds. Kelakar ok burung-burung ni, rasa nak tangkap pastu penyet kuat kuat.


I miss my cats :'(

Monday, April 29, 2013

Walaupun tiada siapa yang peduli


Hai semua yang sedang membaca. Rindu saya tak? Saya rindu juga dengan anda semua (walaupun tiada siapa yang peduli).

Saya ada banyak benda nak cerita kat sini (walaupun tiada siapa yang peduli) tapi saya sangat occupied sekarang ni (walaupun tiada siapa yang peduli). Saya letih sangat dan kadang-kadang rasa sangat mahu menangis (walaupun tiada siapa yang peduli). Tapi sebab saya dah dewasa so saya kena lah bertabah dan banyak bersabar (walaupun tiada siapa yang peduli). So kalau saya rasa nak nangis atau rasa nak mengamuk marah (walaupun tiada siapa yang peduli) saya cepat-cepat ingat Tuhan dan cuba bertenang dengan berlagak gembira dan berkelakuan macam monyet.

Most of the time saya rasa macam nak drop everything, bungkus kain baju kucing2 lepas tu lari jauh dari semua orang (walaupun tiada siapa yang peduli). Tapi saya tak boleh lah buat macam tu (walaupun tiada siapa yang peduli), saya bukan budak kecik nak buat sesuka hati macam takde tanggungjawab. Budak kecik pun ada tanggungjawab kot.. tanggungjawab nak pegi sekolah, tanggungjawab bermanja dengan keluarga, tanggungjawab bermain, eh banyak lagi lah. Susah jugak jadi budak2 ni rupanya.

Saya frust jugak kadang2 dengan persekitaran saya ni (walaupun tiada siapa yang peduli), too judgmental and prejudice. I dont need people to understand me, I just need some respect (walaupun tiada siapa yang peduli). Kita tak perlu susah payah nak faham kenapa orang menangis, kita cuma perlu beri dia ruang untuk menangis. Kalau tak berenti or asyik nak menagis mengongoi2 then mungkin kita boleh lempang muka dia. Kau dah kenapa melalak2 macam gila ni kaannn..

Okay lah, I think I should go to bed now. Tomorrow I'm going to do an activity listed in my bucket list. Tomorrow is also my last day at work. I'm quitting my job to pursue something I believe to provide me better future. Wish me luck, walaupun tiada siapa yang peduli.

Friday, April 19, 2013

Hello hello!!

I've been busy moving out to new place and sorting out few things at the moment. Insyallah in about two weeks time, saya akan meng-explore dunia baru di tempat baru weehuu!! Ok tipu takde weehuu sangat pun, so far aku masih takde rasa apa2 pun. Orang lain yang excited lebih. Mungkin sebab aku terlalu occupied menguruskan banyak benda, padahal mostly takde kena mengena dengan aku pun. Cinderella memang macam ni, baik hati sangat tak nak berkira dengan orang. Padahal kau terbogel2 mengerjakan semua benda sorang2.


Anyway talking about moving out, antara perkara biasa yang akan timbul ialah isu nak membuang perkakasan/ perabot lama yang dah rosak atau tak diperlukan lagi. Betul tak? So we have this sofa set merangkap scratching post kucing2 yang dah separa berkecai untuk dibuang. The regular lori sampah of course lah takkan kutip sofa tu kan. Plus aku pun dah tak tau macam mana nak uruskan sofa tu, weols busy noks.

Demi tidak mensia-siakan status saya sebagai student environmental technology yang belajar pasal solid waste management di semester dua, I called up the Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam to ask how to dispose the bulk waste. Dipendekkan cerita, esoknya ada lori datang angkut sofa tu and few other bulky stuff dengan kos serendah rm100. Settle. Takyah pecah kepala fikir mana nak cari lori, siapa nak tolong mengangkut barang, mana nak campak sampah. Mesti pensyarah saya bangga dengan bekas pelajar dia ni hikhik.

So kepada anda semua diluar sana, kalau ada masalah yang sama sila hubungi mereka and ask for their assistance. Please jangan senang lenang lepas tangan tinggal semua benda yang tak diperlukan macam tu je. Having a pengutip sampah tak bermaksud kau boleh suka2 longgok sampah tepi jalan expecting them to pick up everything ye. 


Satu lagi masalah sewaktu berpindah rumah, secara tiba2 baju kau akan jadi segunung tak tau mana datang. Selama ni setiap hari stress takde baju nak pakai, tapi masa kemas2 nak pindah tu kau akan rasa macam  apahal dah 8 bakul baju aku pack tapi still banyak yang belum pack nih?!! Pastu bila pindah barang ke rumah baru, 2 car trips adalah untuk angkut baju2 sahaja. Nangis.

Monday, April 1, 2013

April Fool 2013

So today aku telah di April-Fool-prank-kan oleh traffic di MRR2.

1 jam setengah stuck in crawling traffic, dari Batu Caves sampai la ke Kepong sampai nak masuk Sungai Buloh dah, jem macam hapa. Just before I took the exit to LDP elokkkkk je jalan clear. Tak tau pasal apa yang jem beria tadi. Dahlah kereta aku manual. Rasa nak tercabut lutut iols.


Mengimbau kenangan April Fool (cewahh!!), of course aku pernah prank orang dan kena prank juga. But nothing serious lah. Dan hampir semua prank aku adalah tidak disengajakan. The biggest prank I did (juga tak berapa nak sengaja buat hehe) was during my first year in asrama. 

Masa tu form 4. Since aku sekolah teknik, so pelajar junior adalah budak-budak form 4 dan pelajar senior adalah budak-budak form 5. Biasalah kalau junior kat asrama ni macam-macam lah benda kau kena buat masa mula masuk asrama. One of the thing ialah menceriakan dorm masing-masing. Semua orang kena tampal biodata ringkas kat depan pintu loker. Kena letak nama panggilan, tarikh lahir and tempat asal kot, dah tak ingat. Sebab aku ialah AJK keceriaan dorm maka aku kena buat untuk semua, nak bagi seragam. 

So masa tengah buat sambil menyumpah dalam hati sebab rasa macam wtf sangat kena buat benda merepek ni, tiba-tiba terlintas idea bongok nak letak birthday aku 1 April sebab aku memang lahir 1 haribulan. Lepas dah siap tu aku tampal elok-elok tanpa memikirkan akibatnya kelak. Yelah asrama dulu-dulu mana sama macam sekarang, senior semua garang tau. Especially sekolah teknik, ngam-ngam ada satu level junior and satu level senior. Kalau kau bukan junior favorite atau kau buat perangai maka bersedialah untuk menjadi target mark. 

So anyway, surprisingly everybody fell for that. Kakak-kakak senior yang datang dorm semua macam eiii birthday dia 1 April laa!! Aku senyum je la tahan gelak keh keh..

Tiba 1 April semua orang excitedly wish aku "Happy birthday April Fool girl!!" Aku senyum, said "thank you tapi birthday saya 1 June, bukan 1 April. April Fool!!" Nasib baik kakak-kakak senior semua menerima prank aku dengan hati terbuka, kalau tak sesia kena mark untuk jadi mangsa ragging hoho.

So esoknya aku tukar birthdate aku kat pintu loker tu and manja-manja mintak maaf kat semua. And bila tiba birthday yang sebenar semua orang pun remembered to wish sebab dorang ingat birthday aku gara-gara prank tak sengaja saya itu. 


Sekian kisah April Fool saya untuk tahun ini. Semoga berjumpa di April Fool tahun depan.  Ni betul-betul tau, bukan prank. Kalau prank pun semuanya adalah tidak disengajakan.


Babai *peluk peluk*

Sunday, March 31, 2013

The Extra Piece

Everything graphics, neons, spikes & studs,
Top to bottom, head to toe,
The extra piece that everybody needs.



Instagram: theextrapiece

Monday, March 25, 2013

The Adventures of aweksakuragi and Si Bisu #2: SkyTrex Adventure Park

Date: 24 February 2013
Time: Tak sure, tapi pagi lah.
Venue: SkyTrex Adventure Park, Taman Botani, Shah Alam.

Sesi adventure kali ini ditaja oleh Encik Azlan of SkyTrex. Hehe. Tengskius banyak2 we loff yuh!!

About the park
SKYTREX Adventure provides an organized outdoor ‘eco-recreational cum educational’ activity which will take the participants from tree to tree via series of aerial obstacles suspended at 3 meters to 22 meters in the air. 
The first of its kind in Malaysia, SKYTREX Adventure is a place where you can enjoy jungle trekking from a height never reached before – via the canopy! Test your agility, challenge your fear, walk, crawl, glide and swing through our different challenges in the sky, in total safety while appreciating the wonders of the Malaysian Tropical Rain Forest. 
SKYTREX Adventure was built by giving a particular attention to these 4 elements: 
RECREATIONAL, SAFETY, EDUCATIONAL, ENVIRONMENT.

I mentioned about this place to Si Bisu and surprisingly he knew about it. Lepas tu macam biasalah, tak pasal2 dia yang excited lebih nak pergi. Wth sungguh perangai dia ni kadang2.

Since this was another plan terancang yang impromptu, maka pagi tu kitaorg gerak ikut suka. Tak budget pun nak gerak pukul berapa, nak sampai pukul berapa, duration to complete the circuits tu semua. Breakfast pun tak. Amik kau lepas tu masing2 menggelupur kelaparan. Yeah we are adventurous like that T_T


Si Bisu macam nak tercekik bila aku bagitau aku nak buat Extreme Challenge punya circuit, sebab dia gayat. Dia ingat nak buat Big Thrill je. I chose to go extreme sebab aku rasa macam tak best kot buat line-zipping/flying fox tapi kaki kau boleh cecah tanah. Lagi tinggi lagi best kan. Lagipun 22m height tu pada aku macam ok kot, tak tinggi sangat tak rendah sangat. Plus you'll be zipping between trees so takdelah se-nerve-wrecking zipping kat kawasan lapang.


source
Line-zipping tempat macam ni boleh mendatangkan pengsan plis.


Lepas register and isi form, kami kena tunggu participants lain yang walk-in jugak macam kitaorg. Btw kalau korang nak walk-in adalah dinasihatkan untuk call dulu to check, sebab kadang2 they receive big groups. Tau je lah kalau dah ramai2 ni memang macam2 kerenah, so adalah besar kemungkinan untuk korang menunggu lama just to get started.




Orang lain beriya pakai baju sukan lengkap, yang aku pulak macam bimbo sesat dengan jeans, maroon singlet & colorful stripes shirt. Kasut pulak aku belasah pakai boots. Terasa sedikit dipandang serong oleh semua orang haritu. Instructor pun peratiiii je aku waktu briefing haha. Sorry lah uols, I memang tak pakai seluar trek. Dari dulu dok keluar masuk hutan jungle trekking camping bagai memang I pakai jeans sahaja. Lebih selesa dan selamat untuk saya.


The highest point (rasanya lah)


Putting your life on the line, literally. Heh :p


Kami memang tak amik banyak gambar. Tak kuasa lagi malas. Kalau nak tengok lagi banyak gambar sila google ye, jangan jadi pemalas macam saya.


Overall, it was really fun. Cuma lama2 tu aku dah mula rasa boring. Like, hoh zipping lagi? Bila nak habis nihh.. But at the 2nd last point tu aku nervous sikit sebab kena swing from rope to rope. Selama ni aku rasa tangan aku tak kuat, sebab tu tak pasal2 dikuasai rasa takut. Padahal kalau terlepas pegang bukan jatuh terhempas pun, pulley kau attached kat safety line kot. Lagipun ada macam tube decks for you to land on. Bongok tak perangai? -___-". Tapi demi menjaga imej macho aku gagahkan jugak, cuma lepas tu aku gave up. Bukan sebab takut tapi sebab tangan dah sakit.


Oh it is advisable to wear gloves ye. Sebab you'll need to held on to the ropes & cables and whatnot, and with your sweaty palm there is a high chance for your palm to melecet or sakit. You can bring your own (but they need to check it first, to see whether sesuai or not for their activities) or buy from them for RM3 only (but dont expect anything fancy lah ye).


And also wear the shoes with firm non-slip sole. Sebab aku rasa the tube decks adalah sedikit slippery and it also will help a lot while walking on the cable lines.



Of course lah, wajib ambil gambar kaki. Hewhew.

Friday, March 8, 2013

Cerita bergambar


Because a comfy pants is comfy.
Ni seluar tidur untuk lelaki sebenarnya, but since its really best gila and best gila maka persetankan jantina tu semua. Yang penting best gila. Best gila sampai pergi saloon pun penuh yakin menggayakan seluar tidur ni. Nasib baik saloon kat kampung, kalau kat KL memang sesia kena keji.



Bukti peminat setia Running Man. Turun naik tangga setiap hari, konon excercise.
Ofis aku kat tingkat 3 je TAPI kalau dah dari basement parking B2, kena lalui level B1, G, P, 1, 2 then baru boleh sampai tingkat 3, tak ke jadi 6 tingkat tu? Semput hoi.



Bukan peha aku yang kecik, kucing ni yang besar.
My brother named him Rock Rocky, but I called him Pakcik because he is tua already. He has been around for about 8-9 years, which means in cats year he is approximately 50 year old. Tua already. But he is very healthy and active despite of having bad hind legs. Gigih menyeret his 6kg body to use the litter box. Sayang Pakcik manja ni <3



Si Kembar yang dah lama tak jumpa :)
Masa ni tengah dok melayan Si Bisu yang bengang sebab water fountain show yang ditunggu2 adalah membosankan, dah tak best macam dulu. Sambil tu kami dok mengeji orang yang lalu lalang dok terpijak water puddle depan kitaorang. Like helloo kau tak nampak ke air tu? Bodoh gila. Lepas tu elok handphone aku menjunam jatuh dalam puddle tu. Lagi bodoh plis T__T



Setelah bertahun lama akhirnya tertunai jua janji2 manis utk berfondue bersama Pika.
Syok woh berfondue sambil gosip2 macam dah kawan lama gila, padahal baru first time jumpa. Si Bisu pun confuse tengok kitaorang hehe..



Anak sungai yang tiba2 muncul di kebun sebelah rumah. 
Ni kejadian bulan lepas, masa tengah musim hujan setiap hari tu. Bagaimanapun syukur ke hadrat Illahi tahun ni musim hujan berlalu begitu sahaja dan kampung saya pun selamat dari banjir. Alhamdulillah *tadah tangan sambil betulkan selendang*



Dress-up ala bimbo pergi buat extreme activities. Kau ada?
Yang ni lain kali lah cerita.



Bulat air kerana pembentung, bulat kucing kerana meneran nak berak.
Minah ni memang tak suka buang air kat pasir, xtau lah kenapa. Kalau aku tak sediakan bekas nanti dia buang air atas lantai. Satu keje pulak aku nak cuci lantai hari2. Masalah jiwa betul la dia nih.



I wanted to use this old passport picture for some training application, malangnya neckline bajuku itu kelihatan seperti mencecah jauh nunnnn dihujung cleavage. Padahal tak pun. So terpaksa la amik gambar baru. As expected it turned out buruk. Stress acik -__-"



Adik saya sudah selamat menjadi isteri orang :') 
Walaupun dah biasa berjauhan, knowing that your only little sister is now married and living with someone else memberikan perasaan yang somehow sungguh aneh. Tiba2 I keep having the urge to contact her and wonder what she's doing all the time. Padahal selama ni tinggal sekali dok mengadap almost everyday xde kau kisah pun. Kadang2 lupa ada adik heh :p



When is my turn?



Tengah tunggu putera raja la ni, manatah dah letih aku berbuai tak muncul2.
Mungkin aku patut berkemban macam Merah ni, baru dia nak datang. Eh.



Laju laju, buaiku lajuuuuuuuu...

Friday, March 1, 2013

The Adventures of aweksakuragi and Si Bisu

Date: 9th February 2013 (Saturday)
Time: 5am in the pagi buta
Venue: Broga Hill yawww!!


Ini adalah plan terancang yang sungguh impromptu. 

Actually kami dua2 blur tak sure lokasi Broga tu kat mana sebenarnya. Yang Google bagitau, Broga Hill tu dekat Semenyih sana. Pastu kata Si Bisu kat GPS dia xde pulak. Tapi sebab dia dah menggelupur excited terlebih nak pergi jugak taknak tunggu hari lain dah, so kami ambil keputusan untuk redah je. Adventurous habis dah konon ni. Hoh.

I didnt sleep that night, lepas tu terus sambung pulak beraktiviti outdoor sebelum subuh. Memang ciri2 remaja aktif sangat. Padahal dah mamai gila masa tu. Si Bisu pulak tak offer langsung nak drive, sebab kata dia padan muka siapa suruh bersukaria tak reti nak tidur. FINE. Walaupun sebenarnya sebab I am a better driver than him *libas rambut* 

Maka dengan muka serebeh mata mengantuk, setelah berpuluh kali baca Fatihah & Qursi dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada GPS yang tak updated maka dengan konfiden kami pun memulakan perjalanan. 

Drive punya drive punya drive tetiba.. eh tu signboard Broga Hill belah kiri tu weh belok wehh wahhh dah sampai ke macam mana ni wehh nak parking mana ni gelap hoii I tak nampak jalan la eii ramainya orang eh kita betul ke dah sampai Broga ni hah macam tak percaya je eiii kite nervous la awak betul ke nak hiking ni eiiiiiiiii terujanya tapi kite tiba2 nervous pulak ni kann samalahh nervous nervous nervousss eh wak cepat wak kita ikut orang depan tu!!

Ye begitulah gediknya kami -___-"


Sunrise sipi2.


Ambik gambar kaki then post kat Instagram. 
Hipster sangat awak ni pfftt.



Belacan berwajah manusia. 



So basically Broga Hill ni ada 4-5 peak macam tu. And the hiking route adalah agak senang untuk dilalui, no extreme hiking action required. Cuma bila about to reach the first peak tu ada macam curam sikit lah. Those yang berstamina sampah macam kami ni akan mengambil masa sikit untuk mendaki, manakala para pendaki Everest rasanya boleh berlari2 anak dengan tenang menuju ke puncak. 

It took us about 50minutes to reach the first peak. Banyak berhenti jugak sebab orang ramai, lepas tu ada kecoh sikit budak jatuh kat slope, plus it was still dark so everybody was being extra careful. 

UNFORTUNATELY, the view was not really that breathtaking sebab semak gila. Orang ramai bersepah2 dah rasa macam hari sukan kat padang sekolah. We climbed up to 2nd peak je. Dengan bising, sampah merata, bau rokok sepanjang jalan, plus manusia2 menggedik memang takde mood la nak sambung pendakian. Lagipun aku keletihan tak tidur and Si Bisu pulak sok sek selsema. Moh la kita balik ye..

Kepada yang belum pernah menjejakkan kaki ke Broga, saya nasihatkan xpayah la beriya sangat pergi pagi2 buta dengan harapan nak menyaksikan sunrise. Most of the time tak nampak pun. Boleh je pergi panjat petang2 sikit, less people and more view & serenity to enjoy.


Around 830 am kami bergerak balik KL then terus pegi breakfast. 


Konon exercise berpeluh bagai nak rak pastu breakfast pun makan macam nak rak.
Sungguh kamu berada dikalangan mereka yang dalam kerugian. 

Tuesday, February 19, 2013

Abang Metroku sayang


Last night we hang out and had a talk. Macam biasalah kalau kami borak memang bertemakan perkara lagha semata mata. Banyak mengarut dari berbual. And as usual jugak kami akan sentiasa trash-talking each other just for the fun of it.

But last night tah kenapa, tengah syok merapu tu tiba tiba aku boleh pulak hangin kat dia. Hangin like betul betul marah sampai aku rasa nak terbalikkan meja. For real. Kesian Abg Metro, dia terkejut kot. Aku rasa mula mula tu dia ingat aku main main kot, tapi once dia sedar aku betul betul hangin terus dia say sorry. I quickly calmed down pastu terus tukar topik, sambung merapu macam takde apa jadi hehe.

Its not that aku tak pernah marah dia pun, but it was all work-related. Aku sebagai his superior of the same level waktu tu, kami memang biasa argue a lot waktu kerja. Masa tu pun memang salah satu job scope aku untuk hamun budak2 aku, maka merasalah Abg Metro kadang kadang pun kena hamun sekali. But it was all about work, so lepas habis kerja maka habislah juga segala hamunan ku dan kami semua meneruskan hidup seperti biasa. Esoknya baru aku sambung menghamun orang balik. Oh rindunya dengan keseronokan kerja waktu itu..

Anyway sebelum gerak balik tu I apologized to him. Aku pun tak faham sebenarnya kenapa aku sentap tak memasal. Dan setelah memuhasabah diri sepanjang perjalanan balik, aku rasa faktor keletihan dan kelaparan telah membuat emosi aku tak terkawal. Tak pasal pasal orang yang tak bersalah menjadi mangsa. 

Kejadian semalam membuatkan aku sedar yang I am actually really comfortable with him, sebab I can easily control my emotion and calm myself down around him. Aku rasa he handled the situation well dan yang paling penting, he respects my feeling. He didnt flip walaupun dia tak paham kenapa aku nak naik marah. Understanding taw Abg Metro ni, nie yang itew ayang angat kat diew niewww...

HOWEVER! Ha nampak emphasizing disitu? However, our feelings remain. Its all friendly and tak ada sebarang perasaan berbunga antara kami yang menuju ke arah percintaan. Please no benci lama lama jadi cinta gaduh jadi jodoh kejadah bagai. Lagipun weols tak taste dengan each other hoccay.

Abg Metro sekarang besfwen kitew taw. Sapa kacau dia kitew pukul nanti. Kitew nie gawang taw *muka bengis*

Friday, February 15, 2013

Hello hello

Saya dah lama tak post entry kat sini sebab I'm back writing on papers. 


Since zaman sekolah dulu aku dah mula menulis jurnal, merepek and doodling macam2 benda dalam note book buatan sendiri. Lately ni tabiat tu kembali balik. Mungkin sebab year end aritu dapat banyak note books free. Lagipun kite pun baru beli pensil baru yaww, so semangat la konon nak menulis manually. Hehe.

Kitew ade pensil tekan-tekan baru ^___^

Ni adalah stationery wajib. Aku prefer to write using pencil, tak tau kenapa. Masa  ni dah bukak the packaging tapi since belum nak guna lagi and pencil case aku pulak tertinggal kat office, maka kena la stapler balik or else monyet berupa kucing yang 7ekor tu semua akan kerjakan pensil baru kitew niew.


Sempena CNY ni, office saya tutup sampai hari Khamis (semalam), kerja satu hari ni (Jumaat) then esok sambung balik cuti weekend. Tujuan kena datang kerja hari ni instead of cuti the whole week adalah kerana management saya yang berpercayaan karut pada feng shui. Keji plis nak kena datang kerja satu hari je. Hari Jumaat pulak tu. Tapi sebagai kuli kenalah turutkan sahaja arahan paymaster tanpa banyak soal, selagi tak melanggar hukum hakam Islam gittew.


I had the most tiring holiday. I started going out again since forever. Ini semua adalah jasa seorang teman gigih ajak aku keluar hari2 lepas tu tak tau nak pegi mana. Annoying hoii. But I had one of the greatest week of my life. Thanks awak :)


Kisah aktiviti waktu cuti akan dikongsi di lain entry. Nak kena refer kat note book, sebab semua dah conteng kat situ hehe.

Pagi-pagi boss meround satu office handing out angpow. Comel tau boss ni.


HAPPY CHINESE NEW YEAR!! *walaupun takde chinese yang baca blog ni*


nRelate All Blog Sections