"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Friday, December 28, 2012

Farewell December 2012

Amboii tak sangka ada orang yang rindu saya dah lama tak update blog. Walaupun hanya 3 orang tapi saya adalah sangat terharu *lap airmata*

Aku ada je benda nak cerita kat blog, tapi somehow rasa macam takde mood nak menulis. Most of the time aku dah tulis halfway, lepas tu tiba2 stuck.. Nak sambung dah tak boleh. Writers-block kot? HAH writers-block la sangat, padahal pemalas semata2. Puii.


Ok mari saya ceritakan serba sedikit pengalaman saya sepanjang bulan Disember ini. First weekend of December tu (2hb) pertama kalinya aku mencatat sejarah dalam kehidupan ini bila aku menjejakkan kaki di Kluang, Johor. Terima kasih kepada teman se-degree yang buat kenduri kahwin maka akhirnya sampai jugak aku ke Kluang. Excited punya pasal balik rumah terus gigih tulis dalam diary gituhh. Walaupun basically aku ialah orang Johor, tapi aku tak pernah sampai ke daerah lain selain Batu Pahat. Tu pun sebab ikut family, maka merasa lah sampai ke BP Mall. Tujuan asal ke situ aku pun tak ingat. Nampak tak kedehakaan seorang warga Johor disitu? 


Sepanjang bulan ni I'm in my worst condition. Siap MC 2kali. Paling teruk ialah last week. I've been having headache since Friday night siap rasa loya bagai. I couldn't even get up sebab bila aku bangun je tak lama lepas tu kepala dengan mata aku mula rasa sakit menyucuk2. Bila pegi baring balik baru rasa ok sikit.

The worst was on Saturday morning. Aku dapat pakej combo sakit kepala + sakit rahim. Hahh orang perempuan je yang boleh faham penderitaan aku saat itu sobs.. I wanted to sleep it off (sebab aku benci makan ubat so sanggup tahan sakit maka jalan terbaik untuk tahan sakit ialah tidurzzzzz) tapi aku kena tunggu orang hantar tv la pulak. Dahlah mula2 kata nak datang pagi, so dalam tak larat tu aku gagahkan jugak bangun awal. Then BIL called cakap orang tv datang before 12. Baiklah, tunggu je lah. Ehh tup2 kata datang before 2pm pulak. Oh aku dah mula menyirap berapi2. Silap lah kau cari pasal dengan orang perempuan yang hormon tengah tak stabil. Last2 dekat pukul 3 baru sampai. Semangat berkobar nak maki orang tadi hilang begitu sahaja sebab by that time aku dah tak kuasa to even open my mouth. I just wanted them out of the house supaya aku boleh membongkang dengan aman.


Selain itu juga aku adalah sedikit busy menguruskan hal adoption kucing. At the moment FINALLY dah ada orang yang confirm nak adopt Bandit & Ewok together. Harap2 pilihan ini adalah tepat and both the girls finally can settle down with a good family.


Pada cuti umum Krismas pula, akhirnya saya keluar berlibur melihat dunia bersama seorang teman lama. Itu pun pegi Pavillion je, teman dia beli barang kat Victoria Secret. Sebagai manusia papa kedana sudah tentulah aku jadi tukang angkat barang. Dan sebagai balasan aku telah pow dia Baskin Robbins triple scoop sekali muahahahaa. 


Kesimpulannya, walaupun bulan ini dipenuhi dengan public holiday, saya tiada aktiviti lain selain jatuh sakit, nursing myself, kemas rumah dan melayan kucing2 tercinta. Ya, saya memang individu yang membosankan.


Btw, Merry Christmas to the Christians, and Happy New Year to all. Harap2 takde orang tuduh aku murtad sebab wish Christmas New Year bagai. 


See u next year uolsss!! *cium cium*

Wednesday, December 5, 2012

Professionalism

That is a posting on a so-called "professional" group. Click on pictures for larger view.


 
 
 


Nampak tak berapa ekor yang benar2 cuba membantu? The person was really looking for advises pastu kau post comment2 bodoh pulak. Trying to be funny? Tak kena tempat bro. Plus its not funny at all.

Oh ada jugak jenis yang tak reti membaca, bagi solution yang dah terang2 orang bagitau tak berkesan. Kalau dia ni tau nak membaca betul2, mesti dia dah noticed benda tu. Tapi takkkkkk, nak jugak bagi cadangan walaupun tak tau apa2. Just for the sake of "at least aku bagi cadangan". Nak tunjuk pandai sangat? Orang mcm ni kalau shopping online mesti yang jenis "how much?" padahal dah terang2 tulis harga barang kat situ. Annoying. 

Kalau post ni aku punya, komen2 "haha" "hehe" "hihi" "ish2" tu semua memang selamat aku delete pastu block. Ni golongan yang kalau datang majlis just datang nak makan. Sumbat selagi boleh, dah kenyang senak perut baru balik. Salam tuan majlis pun tak. Kau takyah datang majlis pun takpe, kalau datang pun buat menyemak je.

Professionals la sangat. Puii.

nRelate All Blog Sections