"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Monday, October 15, 2012

Permainan syaitan.

So I went out on a date with ML. Aku pun pelik macam mana aku boleh keluar dating dengan ML ni, siap jalan2 pegi shopping mall bagai. Sebab ML ni memang terkenal dengan perangai cold dia. Semua orang cakap dia sombong & tak friendly. Tapi aku rasa dia ni ok je, rancak je aku borak dengan dia selalu. Sampai kadang2 aku tak larat nak dengar dia bercerita. Mungkin sebab tu kot aku dating dengan dia? Kalau bukan sebab tu mesti sebab dia cute. Ekhem.

So anyway tengah jalan2 tu tiba2 boleh pulak terserempak dengan our friends. Aku pun jalan cepat2 jauhkan diri dari ML, konon macam tengah jalan sorang2. Padahal dorang dah nampak kot aku dengan ML. Si ML pulak macam biasalah, maintain muka cool tegur dorang macam takde apa2 jadi. Haha. Bila dorang dah blah kami pun sambung la dating balik. 

Setelah puas berjalan2 memadu kasih si ML ni nak belikan aku dessert ke drinks tah, so dia pun beratur la dekat kaunter. Aku pun join lah sekali, mana boleh bazirkan setiap saat bersama ehehew. Tengah beratur tu tiba2 this guy depan kami ni menoleh and tegur ML excitedly. Kecoh la kat situ sekejap jumpa member lama. ML pun introduce la aku kat mamat tu. Laaa Edry Abdul Halim rupanya.. Iye Edry KRU tu. Norman pun ada sekali. Yusry je takde, dia dating dengan Lisa kot. Lepas tu Edry tolong orderkan untuk aku, siap bayarkan lagi. Thanks la banyak ye Edry, menyusahkan you je.

Date kami berakhir bila aku terjaga sebab kucing2 aku bising kejut aku guna kaki, memekak nak mintak makan. 


Sekian kisah mimpi saya yang macam jilaka dihujung minggu. Sekarang ni faham tak kenapa orang cakap "Mimpi itu mainan syaitan"?

5 comments:

Mizzy said...

baru nk jeles. hahahahaha

Aujinz said...

bahahahhaha... first baca tang nama Edry tue dah kagum dah...

sampai tang terjaga sebab kucing tue, terus terajang pc... berguling guling pc tue kena terajang...

Adi Solikin said...

Hahahaha ada jugak orang percaya. Sabar je lah..

Pika said...

baru nak mcm "awww sweetnyeeeee"

sekali....

Adi Solikin said...

Pika, I ni lagi frust okeh. Terus bad mood sepanjang weekend haha

nRelate All Blog Sections