"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Monday, October 15, 2012

Permainan syaitan.

So I went out on a date with ML. Aku pun pelik macam mana aku boleh keluar dating dengan ML ni, siap jalan2 pegi shopping mall bagai. Sebab ML ni memang terkenal dengan perangai cold dia. Semua orang cakap dia sombong & tak friendly. Tapi aku rasa dia ni ok je, rancak je aku borak dengan dia selalu. Sampai kadang2 aku tak larat nak dengar dia bercerita. Mungkin sebab tu kot aku dating dengan dia? Kalau bukan sebab tu mesti sebab dia cute. Ekhem.

So anyway tengah jalan2 tu tiba2 boleh pulak terserempak dengan our friends. Aku pun jalan cepat2 jauhkan diri dari ML, konon macam tengah jalan sorang2. Padahal dorang dah nampak kot aku dengan ML. Si ML pulak macam biasalah, maintain muka cool tegur dorang macam takde apa2 jadi. Haha. Bila dorang dah blah kami pun sambung la dating balik. 

Setelah puas berjalan2 memadu kasih si ML ni nak belikan aku dessert ke drinks tah, so dia pun beratur la dekat kaunter. Aku pun join lah sekali, mana boleh bazirkan setiap saat bersama ehehew. Tengah beratur tu tiba2 this guy depan kami ni menoleh and tegur ML excitedly. Kecoh la kat situ sekejap jumpa member lama. ML pun introduce la aku kat mamat tu. Laaa Edry Abdul Halim rupanya.. Iye Edry KRU tu. Norman pun ada sekali. Yusry je takde, dia dating dengan Lisa kot. Lepas tu Edry tolong orderkan untuk aku, siap bayarkan lagi. Thanks la banyak ye Edry, menyusahkan you je.

Date kami berakhir bila aku terjaga sebab kucing2 aku bising kejut aku guna kaki, memekak nak mintak makan. 


Sekian kisah mimpi saya yang macam jilaka dihujung minggu. Sekarang ni faham tak kenapa orang cakap "Mimpi itu mainan syaitan"?

Tuesday, October 9, 2012

Paintball V2

Sabtu lepas pergi main paintball bersama2 teman sepejabat & bekas teman sepejabat & 2orang teman baru bukan sepejabat. Lokasi pilihan kali ini ialah di Dusun Ali King, Kg Sg Pusu, Gombak. Walaupun dorang buat kerja gila pergi booked slot pukul 12TENGAHARIBUTA, tapi saya tak kisah sangat sebab lokasi adalah dekat gila dengan rumah saya. 5minit lepas pukul 12 baru aku keluar rumah pandu perlahan2 muahahaha..

Paintball park Dusun Ali King ni adalah far better than the previous place we went. Easier to locate, easily accessible , lebih luas & lebih well managed. Separuh nyawa meredah forest field dorang oii.. dengan hilly terrain siap ada small creek bagai. Dah feeling2 komunis dah, tinggal celoreng muka sikit pastu pakai uniform bintang tiga.

Cuma yang aku tak puas hati tu orang lain beriya lebam biru hitam kena bullet, yang aku ni cuma bintat merah je. Esoknya dah hilang pun. Pfttt tak berbaloi sungguh sakit kena tembak. 

Disebabkan gigih sangat berpanas main paintball tengahari buta tak ingat dunia, maka sepanjang weekend merasalah sakit seluruh badan sekali pakej nak-demam-tak-demam. Annoying.

Friday, October 5, 2012

Venting out.

Antara soalan paling bodoh pernah aku dengar ialah "Eh Adi kau tak jeles ke tengok orang lain dah kahwin, happy dgn pasangan & anak2?" Jawapannya TAK. Sumpah aku tak jeles. Bukan ke kita kena doakan kebaikan & kebahagiaan orang? Apatah lagi kawan2. So kalau kawan2 happy I should be happy also lah for them kan. Motif nak jeles?? Kot ye nak perli aku pun sila kreatif sikit tanya soalan yang bernas, bagi diri tu nampak bijak sikit. Ini tak, nampak nau kau ni bangang lagi busuk hati. Sila usaha lagi.



Minggu ni adalah minggu yang sungguh tidak memberangsangkan. Masa berlalu sangat lambat, nak buat semua benda pun takde mood. Semalam aku dengan Amoi menggelupur kebosanan takde selera nak buat kerja. Si Amoi tu siap nak EL halfday sebab takde mood yang melampau, boleh? Nasib baik lah lepas lunch aku kena keluar pegi Putrajaya, so takdelah rasa nak mati kebosanan sangat. TAPI AKU SAKIT JIWA PULAK DENGAN JALAN KAT PUTRAJAYA TU YANG DENGAN SIGNBOARD MACAM CELAKA PASTU JALAN PUN BURUK NI KE RUPA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PATUTLAH PUN BANYAK BENDA MENGARUT YANG KORANG BUAT.



Pagi2 tadi bangun tidur tengok ada notification masuk kat phone. Ada perempuan meroyan malam2 buta komen gambar aku. Ikut hati nak je aku hamun cukup2 but I decided adalah lebih baik untuk berdiam diri. Actually kes ni adalah kes orang lain, aku cuma terlibat secara tak sengaja. So lebih baik biar dia je yang settlekan. I know the whole story, walaupun datang dari satu pihak sahaja but since he's a good friend of mine so tentulah aku percaya his words. Lagipun aku faham sangat perangai mamat ni, so memang tak pelik lah dia boleb terlibat dengan kes macam ni.

Honestly I dont mind that much bila tak pasal2 aku jadi mangsa jugak. Cuma aku harapkan this friend of mine to be man enough to tell the truth and stand up for himself. Sementara belum terlewat ni, bawak2lah berterus terang ye cik abang, Jangan sampai dah terlajak perahu nanti memang takde makna saya nak tolong awak dah. Tak kuasa aku nak menarik perahu yang terlajak itu.

Untuk perempuan itu, tolonglah have some pride and shame. Tolonglahh sangat PLEASE. Jangan jadi psycho sangat meroyan macam gila and jangan buat aku annoyed. Please? 

nRelate All Blog Sections