"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Monday, September 3, 2012

Untuk pertama kalinya, seumur hidupku...

Tu diaaa tajuk taknak kalah, dah macam tajuk drama Rosyam Nor.

Anyway, untuk pertama kali seumur hidup aku mengerti apa itu sakit gigi. Sumpah sakit hoii!! Sakit lagi annoying. Faham lah aku sekarang kenapa orang sakit gigi tu ada yang sampai tak boleh nak bergerak langsung. Ada jugak yang menangis guling2 tahan sakit.

Sekarang ni aku rasa macam kena senggugut teruk, tapi sakit kat gigi bukan rahim. Haa boleh bayangkan tak macam mana sakit tu?

Aku tak faham betul, kenapa ramai lelaki orang yang sanggup tahan sakit gigi ni semata2 takut nak jumpa dentist. Apa yang takut sangat tah. Lepas tu kalau kau tahan sakit diam2 sorang takpe gak, ini tak. Merempan sampai menyusahkan orang nak melayan sakit kau tu. 

Tak cakap banyak la, memang esok aku ponteng kerja pegi dentist. Sila la cabut je geraham saya ni doktor oii!!!

No comments:

nRelate All Blog Sections