"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Thursday, September 6, 2012

Merdeka weekend

Malam merdeka tahun ini diraikan bersama adik perempuan dirumah menonton 1957: Hati Malaya. Lepas tu kami berdua terharu sampai bergenang airmata masa scene orang ramai derma emas dan duit untuk Tunku Abdul Rahman berangkat ke London. Gila patriotik dua beradik ni.. 

Esoknya dengan tak cukup tidur aku menggelupur drive ke Seremban pergi open house. Setelah hampir 2minggu raya berlalu finally aku dapat peluang beraya untuk pertama kali tahun ni. Kesian kan aku? Kalau ikutkan hati memang malas nak pergi but since orang dah beriya ajak aku, maka aku ikutkan lah. Lagipun dah lama tak jumpa kawan2 sekolah.

Disebabkan aku tak beli baju baru tahun ni, maka marilah berfikiran kritis dengan menggunakan all the available resources untuk mengelak dikeji berpakaian outdated. As a result of simple mixing & matching of a blouse dan kain maka terhasil a whole new modern kurung look.


Nampak tak top aku tu bercorak gedik, sebab sebenarnya ia adalah blouse. Kau mampo baju raya gedik corak love bagai?? *libas rambut*


Geng chantekss yang kekurangan 2 anggota


Pasangan bahagia dipagi raya sangat


Kawan lama + kawan baru


My dear good friend since form 4. 
14 years of friendship and counting. Nampak tak betapa aku dah tua? *nangis*


Lepas tu semua kena menghadiri sesi karaoke raya. Gigih masing2 dengan baju kurung + baju melayu lengkap bersamping bagai buat rombongan pergi pusat karaoke T___T .

Walaupun rasa rimas dengan baju tapi enjoy lah jugak, best wohh boleh karaoke nyanyi lagu raya tanpa rasa awkward. Siap poyo salam2 raya macam dalam video music raya tu.


Somehow the weekend almost felt like a holiday. I finally had the time to relax a bit and just enjoying my time & companies. It really feels good hanging out with old school friends and meeting new people. Walaupun ada sedikit sentap sebab kau beriya ajak aku sleepover tapi kau menggila hadap phone layan orang lain. Puiiiii sangat.

Dah lama tak duduk malas2 sambil baca buku macam ni :)



Dan inilah hasil gomol2 melepas rindu bersama kucing2 tersayang setelah ditinggalkan semalaman:


Tu baru kat lengan, belum yang kat kaki badan semua.

Ni baru betul rindu mencakar2.

3 comments:

Lady WaiLiN said...

isabelle said...

ko setel down je la dn kekaseh lama ko tu dik. jgn diharap lg kpd abg metro ittew.hahaha

Adi Solikin said...

Amboih, kekaseh lama katanya..
Abang metro is still around hokay, jgn memain

nRelate All Blog Sections