"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Thursday, August 23, 2012

5th Raya


Amboii sekejap je dah raya ke-5.

Semalam aku dah start kerja. Lepas tu kena kutuk dengan colleagues sebab staff melayu yang lain masih bercuti raya sakan, yang aku ni dah menggelupur masuk office. Macam lah ada kerja nak dibuat pun.. Siap offer nak teman aku beraya, kesian katanya aku macam takde family nak beraya lama2. Jilaka u apek.

Raya tahun ni adalah simple, takde apa yang luar biasa berlaku. Aku takde baju baru pun. Sebab takde bugdet dan malas nak shopping. Kalau pegi shopping pun boleh bawak mengamuk nak mencari baju kurung murah yang could fit me nicely. Yang fit semua mahal nak mati. Aku belum mampu lagi nak habiskan 3-4ratus beli baju kurung untuk dipakai setahun sekali. Maka pergi open house raya ni tahun ni aku redah je pakai baju kasual.

Mak aku still masak dengan banyaknya untuk menjamu tetamu yang ramai. Tapi aku rasa bilangan tetamu tahun ni kurang sikit kot dari tahun lepas.. eh ke sama je? Tah la aku pun tak perasan. But aku rasa tahun ni semua orang beraya dengan tenang, cuti seminggu la katakan. So tak payah la kelam kabut nak beraya, ada 7hari untuk habiskan melawat saudara-mara.

Tengah malam hari raya kedua tu kitaorang buat small birthday celebration for our August babies. Since semua dah pakai baju tidur maka tema sambutan adalah ala2 pyjama party. Mak selamba pow kezen aku, suruh belanja pizza haha. Terima kasihlah untuk kezen tersayang. Tak sia2 aku bantai bela kau kecik2 dulu. 

Walaubagaimanapun raya tahun ini adalah lebih bermakna untuk saya kerana saya dapat beraya dengan muka yang senonoh bersih berseri tanpa serangan jerawat muahahahaa..

Oklah sambung cerita lain kali, weols nak sambung buat kerja. Boss weols ni buat perangai annoying gila babi pulak lately, menyampah weolss. 

2 comments:

isabelle said...

mesti naik pangkat nanti kau, dik.
mklm la rajin keje.hehehe

Adi Solikin said...

rajin la sangat.. padahal lakonan je semua tu kehkehkeh

nRelate All Blog Sections