"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Friday, August 31, 2012

Help Shape Malaysia's Animal Welfare Bill



Help Shape Malaysia's Animal Welfare Bill!

Fill in the survey by Department of Veterinary Services now and get your opinions heard. Let's push for tighter animal welfare regulations and curb animal abuse.

The survey closes end of August 2012. Please complete it and share with your friends ASAP.

Join Survey Now:

Thursday, August 23, 2012

5th Raya


Amboii sekejap je dah raya ke-5.

Semalam aku dah start kerja. Lepas tu kena kutuk dengan colleagues sebab staff melayu yang lain masih bercuti raya sakan, yang aku ni dah menggelupur masuk office. Macam lah ada kerja nak dibuat pun.. Siap offer nak teman aku beraya, kesian katanya aku macam takde family nak beraya lama2. Jilaka u apek.

Raya tahun ni adalah simple, takde apa yang luar biasa berlaku. Aku takde baju baru pun. Sebab takde bugdet dan malas nak shopping. Kalau pegi shopping pun boleh bawak mengamuk nak mencari baju kurung murah yang could fit me nicely. Yang fit semua mahal nak mati. Aku belum mampu lagi nak habiskan 3-4ratus beli baju kurung untuk dipakai setahun sekali. Maka pergi open house raya ni tahun ni aku redah je pakai baju kasual.

Mak aku still masak dengan banyaknya untuk menjamu tetamu yang ramai. Tapi aku rasa bilangan tetamu tahun ni kurang sikit kot dari tahun lepas.. eh ke sama je? Tah la aku pun tak perasan. But aku rasa tahun ni semua orang beraya dengan tenang, cuti seminggu la katakan. So tak payah la kelam kabut nak beraya, ada 7hari untuk habiskan melawat saudara-mara.

Tengah malam hari raya kedua tu kitaorang buat small birthday celebration for our August babies. Since semua dah pakai baju tidur maka tema sambutan adalah ala2 pyjama party. Mak selamba pow kezen aku, suruh belanja pizza haha. Terima kasihlah untuk kezen tersayang. Tak sia2 aku bantai bela kau kecik2 dulu. 

Walaubagaimanapun raya tahun ini adalah lebih bermakna untuk saya kerana saya dapat beraya dengan muka yang senonoh bersih berseri tanpa serangan jerawat muahahahaa..

Oklah sambung cerita lain kali, weols nak sambung buat kerja. Boss weols ni buat perangai annoying gila babi pulak lately, menyampah weolss. 

Monday, August 13, 2012

Nasib yang baik.

Pagi ni aku pergi kerja dengan takde cash LANGSUNG. Sumpah takde. Nasib baik lah hasil mengorek taburan syiling dalam kereta dapat cukup2 untuk bayar toll pergi kerja.

Kalau hilang 5sen ni memang boleh bawak meraung.


Semalam aku ternampak seekor lipan hitam jenguk kepala keluar dari celah2 lubang lantai kat toilet. First thing that came to my mind was what if lipan tu keluar time kucing2 aku tengah kena kurung dalam toilet tu? Berderau darah aku sumpah rasa nak pitam.

Normally kalau any of my cats acting up buat perangai degil tak dengar kata, maka punishment selepas dijerit ialah dikurung dalam toilet for around sejam dua macam tu. Pernah la sekali aku kurung dorang the whole night sebab aku tengah bad mood gila2 and mas tu lah dorang decide nak buat perangai. Demi mengelak amukan puaka dari aku, so aku kurung dorang dari aku tidur sampai aku bangun nak pergi kerja. Whole night tu takdela sampai 10jam pun, more like 4jam je. Memang tu lah masa tidur aku on weekdays. Weekend? Tak payah la tau hehe..

Bayangkan kalau lipan tu keluar time dorang ada dalam toilet tu. Lalat terbang pun dorang terlompat2 kejar inikan pulak lipan yang tergedik2 tu. Confirm dorang pergi cuit.. hoii tak sanggup aku nak bayangkan. Nasib baik sangat lah aku nampak lipan tu. 

Insaf kejap aku, tak jadi nak garang2 sangat. Sebelum sesal tak sudah di kemudian hari, maka aku ambil keputusan tukar tempat hukuman. Tapi buntu jugak tak tau nak kurung kat mana sebab semua tempat kurungan pun nampak menyeronokkan untuk dorang, so macam mana nak mendatangkan keinsafan kan? 



Yang sekor ni kes berkecuali. Ini Cik Eton, makcik jaga toilet rumah aku. Asal nak masuk toilet je mesti ada muka ni tengah lepak baekkk dalam toilet, skodeng lipas.



Friday, August 10, 2012

The girl who cried wolf.


Mak: Hoii makan lah! Awak ni tak lapar ke?

Aku: Ala belum lapar la mak..

Mak: Kenyang makan apa? Mak tak nampak awak makan apa pun..

Aku: Orang putus cinta mana ada mood nak makan. I tengah frust ni tau, takde selera..

Mak: Ah kau tu setahun berapa kali tah nak putus cinta tah. Makan!


* * * * *


Well I shouldnt have used that excuse one too many times, kan dah tak laku dah. Terpaksalah jadi kreatif sikit fikir alasan lain pulak nampaknya..


* * * * *


Aku: Ok fine sebenarnya saya tengah happy bercinta sekarang. Orang bercinta ni makan tak kenyang, mandi tak basah.. tengah bahagialah katakan.

Mak: MAKAN!!



Pftt.


nRelate All Blog Sections