"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Friday, July 27, 2012

The hauting of cicaks


Semalam pagi macam biasa drive sendirian pergi kerja. Somewhere dekat area Kepong, aku perasan ada objek warna coklat dekat celahan tingkap kereta. Bila aku tengok, anak cicak rupanya. Kesian pulak aku tengok dia menggelabah menahan deruan angin. Sapa lah suruh kau melepak kat tingkap tu. Dahlah ekor pun dah takde, comel je. Nak tergelak pun ada jugak.

Masa dah sampai toll tu aku perasan cicak tu dah turun ke pintu, menghampiri dashboard. So aku biar je lah. Lepas bayar toll aku tutup tingkap rapat dan buka aircond. Masa menghampiri PJ Trade Centre tu, tengah elok layan corner tiba2 anak cicak tu MELOMPAT ATAS TANGAN AKU LALU MASUK DALAM LENGAN BAJU. Gila hoii dahla tengah laju, nasib baik aku tak terperanjat. Kalau tidak mungkin sekarang aku tengah bersiaran dari wad ICU huhu. 

Dengan kesesakan LDP waktu pagi tu, memang tak dapat la aku nak berhenti tepi jalan keluarkan cicak tu. So takde pilihan lain terpaksalah bersabar sampai kat office. Nasib baik jugak cicak tu tak teruskan misi explorasi, elok dia duduk diam kat lengan je. Kalau tak pitamss..

Sampai je basement carpark tak tengok kiri kanan terus aku buka baju buang cicak tu. Siapa yang ternampak aku buka baju tu kira rezeki lah haha. Heppp weols x bogel hokeh, weols pakai kemeja so buka sebelah je lah. Off shoulder gittew.


Pagi ni sekali lagi aku dapati aku ditemani seekor anak cicak ke tempat kerja. Elok je duduk kat celah pintu tengok aku drive. Kena sumpahan cicak ke hapa aku nih -____-"


Mungkin anak cicak itu adalah anak raja kacak yang disumpah, dan beliau memerlukan ciuman dari seorang gadis cantik yang baik hati untuk pulih. Sebab tu dia datang jumpa aku.. 

Meh shiyom ai sikit mehh..


Nangis.

3 comments:

~adeQ~ said...

eeee...geli...ko boleh tahan dia naik atas tangan??? hebat lah ko!

Adi Solikin said...

kau jgn xtau dulu masa kita form 2 aku kan sekolah agama pagi, so waktu rehat siap main baling2 cicak dgn budak2 lelaki tu, pastu kena marah ustazah. haha.

Aujinz said...

hahahahha... walopon aku tak geli dengan cicak, tapi kalau dia dah merayap kat badan, berdiri gak bulu roma..

kah kah kah

nRelate All Blog Sections