"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Friday, June 22, 2012

Self reflection

Imagine this: Kau pergi satu majlis/tempat, tiba2 ada orang tegur kau "Excuse me, you Peah Gojes kan? Hai Peah!! Saya baca blog awak tau!!" So kau pun macam "Oh ye ke? Thank you baca, I merapu je blog tu pun ada orang nak baca huhuu.. Thank you!! :) Eh you ada blog jugak ke?" Lepas tu korang borak2 excitedly walaupun malu2.

Then that person introduced you to her friend. "This is my friend, Bedah Gebu" You smiled widely saying "Hi Bedah" sambil hulur tangan nak salam. Si Bedah pulak just senyum senget, barely shake your hand and quickly look away. Apa perasaan anda? Mesti kau rasa macam ek eleh berlagak gila minah ni.. Kawan kau elok je yang kau nak menyombong tak memasal ni kenapa? Ingat cantik sangat? Baju dahla tak matching dengan bag.. serta berbagai cemuhan yang terlintas dalam hati dan kepala korang masa tu. 

Pernah tak terlintas dalam hati atau fikiraan korang yang Bedah buat perangai berlagak dengan kau sebab actually kau yang mula buat perangai berlagak dulu? Bedah pun sebenarnya baca blog kau, komen entry kau, follow kau kat twitter. Tapi kau tak pernah reply sepatah pun, padahal kau yang beriya buat statement "email/tweet for any inquiry". Pastu bila orang email/tweet sampai mampus kau tak layan. Tak terfikir kan? Mesti kita terus label orang tu poyo padahal kita tak sedar kita yang poyo.

Sebab tu kita jangan senang2 nak jugde orang. Take time to take a look at yourself, think about what you have done before simply judging others. Memang kita rasa yang kita tak buat salah apa pun, tapi sila ingat tak semestinya semua yang kita fikir or rasa tu betul. Kita takkan boleh puaskan hati semua orang, tapi tak salah kan kalau nilai diri sendiri betul2 dulu, before quickly judging others.

Kalau ada benda buruk jadi kat kita, jangan asyik fikir the whole world is going against us. Jangan asyik nak blame semua benda, blame semua orang, atau blame Tuhan. Tuhan bukan kejam saja2 nak buat umat-Nya sengsara. Mungkin perkara buruk tu sebagai peringatan untuk kita sebab kita dah mula lalai, mungkin sebagai hukuman sebab kita buat jahat. Mungkin juga sebagai ujian sebab Tuhan nak bagi kita ganjaran. 


Aku tengah memujuk diri sebenarnya ni. Rasa nak give-up bila semua benda tak menjadi, benda negatif datang bertimpa2, benda yang menguji kesabaran dan kewarasan aku lagilah jangan cakap. Tapi padan lah muka aku pun sebab aku memang banyak buat salah. Maka memang redha je la terima hukuman. Rasain.


Eh aku guna contoh je tau pasal cerita blogger tu. Aku tak pernah mengalami lagi kejadian macam tu, ataupun jumpa blogger yang macam tu. Aku takde point out sesiapa specifically tapi kalau terkena batang hidung tu nasib kau lah. Huahua.

Amboii baru tadi macam nak taubat lepas tu terus berkelakuan cabul. Memang nak kena panah petir.


Sekian tazkirah Jumaat dari Ostajah Pilihan. Semoga saudara saudari semua mendapat keberkatan dari-Nya. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuhhhhhhhhh...... *betulkan selendang*

2 comments:

Lady WaiLiN said...

woiiiiii nama aku siottt

Adi Solikin said...

Alamak kantoi.. *nyorok*
Jgn sentap ye syg, sumpah cerita ini xde kena mengena dgn kau. Kau bukanlah bedah gebu yg dimaksudkan.

nRelate All Blog Sections