"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Friday, June 29, 2012

The tale of an orange carrot called Sunshine


Blazer: Un-masqued
Oversized singlet: ChicYamada 
Tube: Pasar malam


Now I remember why I have not wear this blazer for quite a while. Blazer ni sumpah panas. Sebab tu jugalah aku tak pergi lunch harini. Aku rela mati kelaparan dari mati kepanasan. Tapi lepas lunch hour kena jugak keluar, I had to pick up my niece at LRT station then hantar pergi hospital. Dahtu siap missed simpang sebab syok sangat berbual, merasa kena u-turn jauh tak hengat. Maka 15-minutes-trip telah jadi 50-minutes-trip. Nampak tak berapa lama aku berpanas kat situ? Pastu siap psycho sorang2 rasa badan dah bau ketibu sebab panas berpeluh2 tadi. Hoihh nangis.. 

So pengajarannya ialah, walaupun anda berkulit gelap seperti saya, you still can pull of bright-coloured outfit. Cuma elakkan terdedah pada cahaya matahari. Sebab kalau dah terlebih berjemur tu, kulit akan jadi makin gelap siap berlemuih bagai. Tambah pulak dengan baju terang benderang, memang Kenya sangat rupa. Akulah si Kenya yang berbau ketibu itu T____T"


Happy weekend uolss!!! ^____^.

Wednesday, June 27, 2012

Rindu.

I went to KLCC (convention center) earlier today to check out an exhibition. As usual, aku akan park kerete kat Suria KLCC then jalan kaki sikit pergi convention center. 

Dah lama gila tak pergi Suria KLCC, I didnt recognize the place anymore. Padahal dulu almost everyday muka aku je bersepah kat situ. Kalau dulu I could easily tell which shop at what level, sekarang kat Concourse level pun ada potensi untuk sesat. Kedai tersergam depan muka pun boleh tak perasan. And I used to know the parking lot like the back of my hand. Sekarang ni kalau tak jumpa pintu yang aku guna untuk masuk tadi, jawabnya memang takkan jumpa dah kereta aku park kat mana.

Rindunya dengan Suria KLCC.. *sigh*

Friday, June 22, 2012

Self reflection

Imagine this: Kau pergi satu majlis/tempat, tiba2 ada orang tegur kau "Excuse me, you Peah Gojes kan? Hai Peah!! Saya baca blog awak tau!!" So kau pun macam "Oh ye ke? Thank you baca, I merapu je blog tu pun ada orang nak baca huhuu.. Thank you!! :) Eh you ada blog jugak ke?" Lepas tu korang borak2 excitedly walaupun malu2.

Then that person introduced you to her friend. "This is my friend, Bedah Gebu" You smiled widely saying "Hi Bedah" sambil hulur tangan nak salam. Si Bedah pulak just senyum senget, barely shake your hand and quickly look away. Apa perasaan anda? Mesti kau rasa macam ek eleh berlagak gila minah ni.. Kawan kau elok je yang kau nak menyombong tak memasal ni kenapa? Ingat cantik sangat? Baju dahla tak matching dengan bag.. serta berbagai cemuhan yang terlintas dalam hati dan kepala korang masa tu. 

Pernah tak terlintas dalam hati atau fikiraan korang yang Bedah buat perangai berlagak dengan kau sebab actually kau yang mula buat perangai berlagak dulu? Bedah pun sebenarnya baca blog kau, komen entry kau, follow kau kat twitter. Tapi kau tak pernah reply sepatah pun, padahal kau yang beriya buat statement "email/tweet for any inquiry". Pastu bila orang email/tweet sampai mampus kau tak layan. Tak terfikir kan? Mesti kita terus label orang tu poyo padahal kita tak sedar kita yang poyo.

Sebab tu kita jangan senang2 nak jugde orang. Take time to take a look at yourself, think about what you have done before simply judging others. Memang kita rasa yang kita tak buat salah apa pun, tapi sila ingat tak semestinya semua yang kita fikir or rasa tu betul. Kita takkan boleh puaskan hati semua orang, tapi tak salah kan kalau nilai diri sendiri betul2 dulu, before quickly judging others.

Kalau ada benda buruk jadi kat kita, jangan asyik fikir the whole world is going against us. Jangan asyik nak blame semua benda, blame semua orang, atau blame Tuhan. Tuhan bukan kejam saja2 nak buat umat-Nya sengsara. Mungkin perkara buruk tu sebagai peringatan untuk kita sebab kita dah mula lalai, mungkin sebagai hukuman sebab kita buat jahat. Mungkin juga sebagai ujian sebab Tuhan nak bagi kita ganjaran. 


Aku tengah memujuk diri sebenarnya ni. Rasa nak give-up bila semua benda tak menjadi, benda negatif datang bertimpa2, benda yang menguji kesabaran dan kewarasan aku lagilah jangan cakap. Tapi padan lah muka aku pun sebab aku memang banyak buat salah. Maka memang redha je la terima hukuman. Rasain.


Eh aku guna contoh je tau pasal cerita blogger tu. Aku tak pernah mengalami lagi kejadian macam tu, ataupun jumpa blogger yang macam tu. Aku takde point out sesiapa specifically tapi kalau terkena batang hidung tu nasib kau lah. Huahua.

Amboii baru tadi macam nak taubat lepas tu terus berkelakuan cabul. Memang nak kena panah petir.


Sekian tazkirah Jumaat dari Ostajah Pilihan. Semoga saudara saudari semua mendapat keberkatan dari-Nya. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuhhhhhhhhh...... *betulkan selendang*

Tuesday, June 12, 2012

Adi Solikin, si janda depress.

I had the most weird, depressing dream last night. Aku mimpi I went to pejabat agama/mahkamah syariah or something like that to get divorce. I didn't want to tapi suami aku bersungguh2 nampaknya. We separated because of a stupid misunderstanding and ended up bercerai sebab nobody cleared the salah faham bodoh tu. Tapi yang aku tak faham tu, we both knew it was a misunderstanding je but we did nothing about it. Sedih gila wehh.

So I thought ok lah, memang kami takde jodoh gamaknya. Pasrah.. I decided to tell the hakim I don't want anything from him, sesen pun taknak even nafkah bulan2 pun tak nak.  I just want our kid. Gittew.. patah hati sangat lah kekonon. Lepas tu aku sedar yang kami takde anak pun sebenarnya. Kesian tak? Loser sangat aku jadi janda kannn. Rasa nak lempang je muka sendiri kuat2 mimpi benda merepek. 

I woke up feeling really sad and depress, so I texted Mr. Hubby and mengadu to him. He read my message but didn't reply. Aku mula la rasa berapi but then I remembered that he's a married man now. Ok bestfriend kau sekarang dah ada isteri, of course you are no longer his priority. Kau merempan text dia pagi2 memanglah dia tak layan dah. Bertambah depressi okeh.. -___-"


Note: Mr. Hubby tu BUKAN hubby/husband aku. He was my bestfriend. I called him Hubby and he called me Hunny. It was our personal joke. Oh yes, he WAS my bestfriend. Sekarang dia bukan bestfriend saya lagi. Kemain kau sebelum kahwin cakap I will forever be your Hunny, and you will make your wife understand of our friendship. Now aku text pun taknak reply. Fine Mael FINE.

nRelate All Blog Sections