"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Wednesday, February 1, 2012

Nak tido plis

Aku nak buat kerja sebenarnya tapi aku ngantuk + letih gila sumpah rasa nak pengsan. Dari semalam lagi, tapi tak pengsan2 pun. Badan pun dah sakit2. Kalau pengsan mesti best, boleh dapat MC then balik tidur...



I wanted to write something else sebenarnya but I found it to be too depressing and it makes me more upset. Lagipun dah sekian lama tak update blog bila update tiba2 nak merempan apahal pulak kan. So lupakan saja. 



Haritu masa Chinese New Year company aku cuti seminggu. Wahh bestnya kau cuti seminggu.. tak yah excited sgt, tak best pun. Aku tak ke mana, duduk rumah je sambil membela nasib kucing2 abang aku. Ingatkan cuti seminggu tu dapatlah settlekan banyak benda, tapi semua hanya tinggal angan2 sahaja. Kedai semua tutup sebab mostly kedai2 tu kan Chinese punya, so dorang cuti lah seminggu tu. Yang tak berapa nak cina pun gigih cuti jugak kan, maka aku memang dapat nak buat apa2. Dahla the whole week tu cuaca panas melebur, dengan aku dengan kucing2 semua selsema. Aku sampai xlarat nak bersin dah. Nama nak keluar rumah tu memang tak lah. So menyorok je dalam rumah. Kucing aku lagi dasyat, semua pakat2 menyorok celah2 yang sejuk pastu tidooooo sepanjang hari. Heaven siot jadi kucing boleh tido selit2.



Weekend ni cuti Thaipusam pulak, and company aku buat trip pegi Hanoi. Dari first2 aku memang tak excited nak pegi. Macam takde mood. Makin dekat nak pergi makin aku takde mood. Semalam baru pegi buat passport boleh? Sekarang ni rasa kalau boleh memang aku cancel je.



Aku kan kalau demam or selsema, mesti kejap2 rasa nak terkencing. Macam sekarang ni lah, harini je dah berapa kali tah aku masuk toilet. Letih asyik kena pergi toilet buang air. Padahal aku bukan minum banyak air pun. Tapi tetaplah kejap2 nak terkencing. Aku je yang macam ni or semua orang pun sama je sebenarnya?




Ok lah aku nak pergi kencing lagi. Babai.

2 comments:

hamzah ian said...

minum air banyak kot..

AdiHana said...

dh cakap xminum air byk kot.. T__T

nRelate All Blog Sections