"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Tuesday, February 28, 2012

Hujung minggu yang lalu.


Wanie took me to see preview show of Cuci The Musical : Last Kopek on Friday.


Best gila ok rasa nak menangis tengok Hans Issac hensem gila amazing jom kawin plissss!! Hahaha. Ok fine the whole casts were amazing. Afdlin, Nabil, Hans & Awie adalah para hero, gila tak amazing. Juga ada Vanidah Imran, Dina Nadzir, Douglas Lim and Reefa. Yang paling best mestilah Harun Salim Bachik hehehe. Teruja gila wohh nampak dia atas stage terus rasa nak histeria. Sikit lagi Wanie nak lempang muka saya sikit2 nak excited lebih.

This musical akan dipentaskan mulai 2 Mac - 18 Mac 2012 di Istana Budaya so silalah pergi tengok. Sumpah tak menyesal. Sebab ni dah pementasan last kopek, which means (mungkin) tiada lagi ulangan untuk Cuci The Musical lepas ni maka memang menyesal kalau tak pergi. Hans Issac hensem wooo.. *drool*



I spent the weekend helping my uncle kemas barang dan rumah. The whole house was still damp. Finally aku dapat tengok betul2 bahagian yang terbakar kat tingkat atas. So basically the fire started from the roof at the rear room, membawa ke ruang tengah dan half of front room. Sumpah aku still tak faham those people in the neighborhood whom actually SAW the fire and smoke coming from the roof and they thought it was nothing. Harap2 in future aku tak dapat la jiran yang kelakar macam ni. Err tapi yang rajin jaga tepi kain pun taknak jugak lah hehe

They lived in the house for 30++ years so just imagine la berapa banyak barang2. Baju2, pinggan mangkuk, all the gifts & souvenirs tahapahapa pakcik aku dapat during his working days, cousins aku punya barang tahapahapa lagi, so memang banyak. And I have to say half of it dah habis rentung, especially the books and clothes. Dan aku yakin baju aku pun ada yang rentung sama, memandangkan rumah tu pun dah macam rumah aku. Cuma aku tak ingat baju apa or yang mana satu so takdelah rasa ralat ke hapa hehe.

Anyways kami semua still bersyukur yang amat2 sangat sebab semua orang selamat without any injuries, dan segala urusan mereka nampaknya dipermudahkan. Paling penting my beloved twin-kezen selamat delivered her baby girl, walaupun awal dari expected date. Rasa nak duduk dengan dorang je macam selalu, boleh kelek baby hari2 sambil gosip2 dengan mak baby. Tapi tak kesampaian lah sebab aku pun ada 5 ekor "baby" nak dijaga kat rumah, plus sekarang ni I'm helping my colleague fostering a little kitten he found dalam longkang. Harap2 by this weekend the adopter dapat datang ambil the kitten.



Okbai.


Monday, February 20, 2012

Guilty

Aku tengah hangin gila dengan printer office nih. 

I'm printing a handbook, because I need to keep a hardcopy for reference and in case boss aku mintak untuk baca. Tapi printer bodoh ni asyik print salah, tak ikut the selected page yang aku dah set. 

Handbook ni pun satu hal jugak. Diaorg sediakan softcopy tapi setting page berterabur macam celaka, menyusahkan orang nak print. Nak print setting booklet pun xboleh. Sumpah bodoh.

Disebabkan dua kebodohan ni sekarang aku rasa bersalah gila tengok kertas2 yang dah dibazirkan gara2 salah print ni. Even ada yang boleh diguna semula pun but still, banyak kot yang bazir. Tu belum kira energy used to print those booklet. Sumpah rasa bersalah.

Tapi disebabkan bukan salah aku to begin with, maka aku lebih rasa hangin dari rasa bersalah. Now aku nak pegi hentam printer bodoh tu. And siapa2 yang prepare softcopy handbook memanglah bangang. 

Eh tiba2 rasa bersalah pulak update blog semata2 nak cerita benda bangang ni huhuhu (^__^")

Wednesday, February 15, 2012

My Valentine's

So yesterday was Valentine's Day.

A fren texted me;
Adi, go watch google v'day doodle. Maybe u'll learn sthg frm it. Ambil pengajaran. LOL.

Babi lah u.. T___T


* * * * *


So here's the doodle video.



Well, the pengajaran yang aku nampak is very simple.

Kau nak buat orang suka kat kau, then buat la benda yang orang tu suka. Bukan buat benda ikut suka hati kau.

Sometimes a small thing means the world to a person. Not everybody needs diamonds to be happy or to be in love. Sometimes all you have to do is show your respect & being understanding, and before you know it that person will come running to you. 

Kau bagi benda yang orang taknak, memang lah orang tu tak nak pandang kau. Campak lah duit banyak mana pun, dia tetap akan ignore kau. So takyah la nak ku-petik-bulan-bintang-kuhadiah-kepadamu or gunung-ku-daki-lautan-api-kuredahi sangat lah ok. Kalau buat benda yang orang tak suka, memanglah takde siapa yang nak hadap kau. Mintak kena maki lagi ada. Orang cakap baik2 xnak dengar, bila orang mula maki2 kau nak cakap orang kurang ajar pulak kann.. kepala otak kau la.

Haaaa kan aku ter-emo.

Dahla aku nak balik. Babai.

Tuesday, February 14, 2012

Nak pengsan plisss

Terlalu banyak benda jadi in past two weeks, I feel like exploding.

My trip to Hanoi was ok, takdelah super exciting but not boring either. Lagipun a week before keberangkatan adalah minggu yang pack. So I was already exhausted during the departure. But I do had fun. Hanoi was cold, the temperature was around 13 C. Pastu malam je hujan renyai2 manja so berasap2 jugak la nafas kesejukan. Paling best masa kat Halong Bay. Sebab masa ni dapat keluar masuk gua hiking panjat tangga tinggi gila. Dah lama kot tak hiking so memang aku terlebih excited.


Tapi stamina dah ke laut maka kena berhenti mintak nyawa jugak la beberapa kali.

Hambik sampai terjelir2 mengah.

Details on the trip akan dikongsi di lain rancangan, sebab nak kena kumpul gambar from my colleagues dulu. Aku takde gambar sebab malas nak bergambar and malas nak bawak camera mihihihi.


Sabtu aritu pergi wedding dinner my ex-colleague. He bought me & Wanie a saree bila kami gedik cakap nak pakai saree masa wedding dia. Sweet gila abg long Kumar ni taw.. Since Wanie said she wanted a pink saree so aku cakap la just buy me the same color, but darker tone. 

Dan ini adalah definasi dark pink dimata Kumar:

Kumar syg, ini ialah fluorescent pink. Fluorescent ok FLUORESCENT *nanges*

Mula2 ingat nak mintak tukar tapi rasa macam tak sopan pulak. Dahla orang belikan kau banyak songeh pulak nak tukar2 bagai. So pasrah jela pakai.. memang feeling yenna habis. Rasa macam kena troll pun ada weh.

Merasa feeling Aishwarya Rai uols, padahal lebih serupa dgn Aishwarya punya maid


On Sunday I helped my beloved twin-cousin to held her baby shower. It was simple & small ceremony but meriah. Tapi tulah orang kata terlalu suka2 sangat pun tak bagus. Just after I left their house around 6:50pm macam tu, the house was on fire. Bomba pun hanya sampai after 45min, jem punya pasal katanya. Lucky the fire only caught on the second floor. 3/4 of the whole second floor is damaged, Alhamdulillah 0 casualties & injuries.

Actually some neighbors saw small fire & some smoke on the roof earlier, dalam pukul 6pm mcm tu but they thought it was nothing so dorang pun buat tak tau je lah. Boleh? Yelah meh aku buat unggun api atas bumbung umah kau, tengok ada apa2 ke tak. Bijak punya manusia.


Since pergi haritu dalam keadaan kesihatan yang tak memuaskan, pastu belum dapat peluang untuk berehat betul2 ditambah lagi dengan weekend yang pack maka sampai sekarang masih rasa macam nak pengsan. And still xpengsan2 pun. Kucing2 aku pun macam tak berapa sihat. Dorang macam nak demam tak demam. Kesian kat dorang. Kesian kat aku jugak sebab menjaga seekor kucing sakit adalah sumpah meletihkan jiwa dan raga. Inikan pulak aku kena jaga 5 kucing sakit + 1 kucing abg aku yg xberapa nak sihat..............

Nakk pengsan pliss... :'(


Wednesday, February 1, 2012

Nak tido plis

Aku nak buat kerja sebenarnya tapi aku ngantuk + letih gila sumpah rasa nak pengsan. Dari semalam lagi, tapi tak pengsan2 pun. Badan pun dah sakit2. Kalau pengsan mesti best, boleh dapat MC then balik tidur...



I wanted to write something else sebenarnya but I found it to be too depressing and it makes me more upset. Lagipun dah sekian lama tak update blog bila update tiba2 nak merempan apahal pulak kan. So lupakan saja. 



Haritu masa Chinese New Year company aku cuti seminggu. Wahh bestnya kau cuti seminggu.. tak yah excited sgt, tak best pun. Aku tak ke mana, duduk rumah je sambil membela nasib kucing2 abang aku. Ingatkan cuti seminggu tu dapatlah settlekan banyak benda, tapi semua hanya tinggal angan2 sahaja. Kedai semua tutup sebab mostly kedai2 tu kan Chinese punya, so dorang cuti lah seminggu tu. Yang tak berapa nak cina pun gigih cuti jugak kan, maka aku memang dapat nak buat apa2. Dahla the whole week tu cuaca panas melebur, dengan aku dengan kucing2 semua selsema. Aku sampai xlarat nak bersin dah. Nama nak keluar rumah tu memang tak lah. So menyorok je dalam rumah. Kucing aku lagi dasyat, semua pakat2 menyorok celah2 yang sejuk pastu tidooooo sepanjang hari. Heaven siot jadi kucing boleh tido selit2.



Weekend ni cuti Thaipusam pulak, and company aku buat trip pegi Hanoi. Dari first2 aku memang tak excited nak pegi. Macam takde mood. Makin dekat nak pergi makin aku takde mood. Semalam baru pegi buat passport boleh? Sekarang ni rasa kalau boleh memang aku cancel je.



Aku kan kalau demam or selsema, mesti kejap2 rasa nak terkencing. Macam sekarang ni lah, harini je dah berapa kali tah aku masuk toilet. Letih asyik kena pergi toilet buang air. Padahal aku bukan minum banyak air pun. Tapi tetaplah kejap2 nak terkencing. Aku je yang macam ni or semua orang pun sama je sebenarnya?




Ok lah aku nak pergi kencing lagi. Babai.

nRelate All Blog Sections