"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Friday, December 28, 2012

Farewell December 2012

Amboii tak sangka ada orang yang rindu saya dah lama tak update blog. Walaupun hanya 3 orang tapi saya adalah sangat terharu *lap airmata*

Aku ada je benda nak cerita kat blog, tapi somehow rasa macam takde mood nak menulis. Most of the time aku dah tulis halfway, lepas tu tiba2 stuck.. Nak sambung dah tak boleh. Writers-block kot? HAH writers-block la sangat, padahal pemalas semata2. Puii.


Ok mari saya ceritakan serba sedikit pengalaman saya sepanjang bulan Disember ini. First weekend of December tu (2hb) pertama kalinya aku mencatat sejarah dalam kehidupan ini bila aku menjejakkan kaki di Kluang, Johor. Terima kasih kepada teman se-degree yang buat kenduri kahwin maka akhirnya sampai jugak aku ke Kluang. Excited punya pasal balik rumah terus gigih tulis dalam diary gituhh. Walaupun basically aku ialah orang Johor, tapi aku tak pernah sampai ke daerah lain selain Batu Pahat. Tu pun sebab ikut family, maka merasa lah sampai ke BP Mall. Tujuan asal ke situ aku pun tak ingat. Nampak tak kedehakaan seorang warga Johor disitu? 


Sepanjang bulan ni I'm in my worst condition. Siap MC 2kali. Paling teruk ialah last week. I've been having headache since Friday night siap rasa loya bagai. I couldn't even get up sebab bila aku bangun je tak lama lepas tu kepala dengan mata aku mula rasa sakit menyucuk2. Bila pegi baring balik baru rasa ok sikit.

The worst was on Saturday morning. Aku dapat pakej combo sakit kepala + sakit rahim. Hahh orang perempuan je yang boleh faham penderitaan aku saat itu sobs.. I wanted to sleep it off (sebab aku benci makan ubat so sanggup tahan sakit maka jalan terbaik untuk tahan sakit ialah tidurzzzzz) tapi aku kena tunggu orang hantar tv la pulak. Dahlah mula2 kata nak datang pagi, so dalam tak larat tu aku gagahkan jugak bangun awal. Then BIL called cakap orang tv datang before 12. Baiklah, tunggu je lah. Ehh tup2 kata datang before 2pm pulak. Oh aku dah mula menyirap berapi2. Silap lah kau cari pasal dengan orang perempuan yang hormon tengah tak stabil. Last2 dekat pukul 3 baru sampai. Semangat berkobar nak maki orang tadi hilang begitu sahaja sebab by that time aku dah tak kuasa to even open my mouth. I just wanted them out of the house supaya aku boleh membongkang dengan aman.


Selain itu juga aku adalah sedikit busy menguruskan hal adoption kucing. At the moment FINALLY dah ada orang yang confirm nak adopt Bandit & Ewok together. Harap2 pilihan ini adalah tepat and both the girls finally can settle down with a good family.


Pada cuti umum Krismas pula, akhirnya saya keluar berlibur melihat dunia bersama seorang teman lama. Itu pun pegi Pavillion je, teman dia beli barang kat Victoria Secret. Sebagai manusia papa kedana sudah tentulah aku jadi tukang angkat barang. Dan sebagai balasan aku telah pow dia Baskin Robbins triple scoop sekali muahahahaa. 


Kesimpulannya, walaupun bulan ini dipenuhi dengan public holiday, saya tiada aktiviti lain selain jatuh sakit, nursing myself, kemas rumah dan melayan kucing2 tercinta. Ya, saya memang individu yang membosankan.


Btw, Merry Christmas to the Christians, and Happy New Year to all. Harap2 takde orang tuduh aku murtad sebab wish Christmas New Year bagai. 


See u next year uolsss!! *cium cium*

Wednesday, December 5, 2012

Professionalism

That is a posting on a so-called "professional" group. Click on pictures for larger view.


 
 
 


Nampak tak berapa ekor yang benar2 cuba membantu? The person was really looking for advises pastu kau post comment2 bodoh pulak. Trying to be funny? Tak kena tempat bro. Plus its not funny at all.

Oh ada jugak jenis yang tak reti membaca, bagi solution yang dah terang2 orang bagitau tak berkesan. Kalau dia ni tau nak membaca betul2, mesti dia dah noticed benda tu. Tapi takkkkkk, nak jugak bagi cadangan walaupun tak tau apa2. Just for the sake of "at least aku bagi cadangan". Nak tunjuk pandai sangat? Orang mcm ni kalau shopping online mesti yang jenis "how much?" padahal dah terang2 tulis harga barang kat situ. Annoying. 

Kalau post ni aku punya, komen2 "haha" "hehe" "hihi" "ish2" tu semua memang selamat aku delete pastu block. Ni golongan yang kalau datang majlis just datang nak makan. Sumbat selagi boleh, dah kenyang senak perut baru balik. Salam tuan majlis pun tak. Kau takyah datang majlis pun takpe, kalau datang pun buat menyemak je.

Professionals la sangat. Puii.

Thursday, November 22, 2012

Colours


Aunty I like your car *jumping on the seat*

STOP. Behave please.. Sorry, dia ni pesen terlebih excited sikit.

Haha its ok. Budak..

*Babble babble* Aunty what is your favourite colour? Do you like white (referring to the car)

Yes I do. I actu-

I like pink!! And red... Oh and yellow, green, purple, blue.. Eh silap. I dont like blue.

Why?

Because Daniel likes blue. He is smelly. 

*Laugh*

Your baby smelly tak aunty?

I dont have baby lah..

Eh why?

I'm not married yet. So no baby lah.

Oh... Haaa Ibu is having a baby!! Nanti baby keluar aunty boleh ambil satu. Kan ibu?

Ibu only have one baby lah sayang.. Kalau ibu bagi kat aunty, then later we dont have baby. How?

Oh.. *silent* 
Haaa aunty kawin lah nanti boleh ada baby, macam ibu!!

Haha.. 

Aunty kawin orang putih tau, sebab aunty suka [warna] putih. Orang cina pun putih kan ibu? Aunty boleh kawin orang cina tak? Like oppa gangnam [Psy].. Eh he is Korea {Korean}. He is also white, but he's fat. But he can dance. like this.. *doing the gangnam dance*

What did Ibu told you?! NO JUMPING PLEASE. SIT.



PITAM HOII!!

Monday, November 5, 2012

Briskness

Friend 1:
Brisk walk tu apa wei?

Me:
Brisk walk tu berjalan lah..

Friend 1:
Yelah berjalan macam mana..

Me:
Briskly.

Friend 1:
Yelah tapi BRISK TU JALAN MACAM MANA LAH

Me:
Macam laju2 lah.. Brisk walk tu kau berjalan je tapi laju2.

Friend 1:
Laju macam lumba jalan kaki tu eh?

Me:
Eh taklah laju macam tu.. Ni jalan laju macam kalau kau jalan sorang2 kat basement parking pastu rasa macam ada orang ikut lepas tu kau jalan cepat2 pergi kereta sebab takut.

Friend 2:
Tu kira laju macam lumba jalan kaki tu lah.

Friend 1:
Huh kalau macam tu aku tak jalan laju2 dah, aku terus pecut laju2 lari pergi kereta.

Friend 2:
Pastu kau tak jumpa kereta park kat mana kan, takut sangat so tak ingat. Hah macam mana?

Friend 1:
Eiiiii pernah jadi kot!! Dahla masa tu dah tengah malam, takut gila kot rasa nak menagis dah. 

Friend 2:
Bayangkan dahlah tak jumpa kereta, lepas tu kau tengah lari2 tu jatuh pulak.. Semua barang berterabur..

Friend 1:
Eiiii SCARY!!

Friend 2:
Eh brisk walk tu macam ni eh? *buat gaya*

Friend 1:
Eii itu dah macam lumba jalan kaki.. Kan Adi dah cakap tadi bukan macam tu. Macam ni kot *buat gaya*

Friend 2:
Wehh macam ni lah *buat gaya lain*

Friend 1:
Itu macam mak hayam wehh bhahahaha..



Idiots. T__T

Monday, October 15, 2012

Permainan syaitan.

So I went out on a date with ML. Aku pun pelik macam mana aku boleh keluar dating dengan ML ni, siap jalan2 pegi shopping mall bagai. Sebab ML ni memang terkenal dengan perangai cold dia. Semua orang cakap dia sombong & tak friendly. Tapi aku rasa dia ni ok je, rancak je aku borak dengan dia selalu. Sampai kadang2 aku tak larat nak dengar dia bercerita. Mungkin sebab tu kot aku dating dengan dia? Kalau bukan sebab tu mesti sebab dia cute. Ekhem.

So anyway tengah jalan2 tu tiba2 boleh pulak terserempak dengan our friends. Aku pun jalan cepat2 jauhkan diri dari ML, konon macam tengah jalan sorang2. Padahal dorang dah nampak kot aku dengan ML. Si ML pulak macam biasalah, maintain muka cool tegur dorang macam takde apa2 jadi. Haha. Bila dorang dah blah kami pun sambung la dating balik. 

Setelah puas berjalan2 memadu kasih si ML ni nak belikan aku dessert ke drinks tah, so dia pun beratur la dekat kaunter. Aku pun join lah sekali, mana boleh bazirkan setiap saat bersama ehehew. Tengah beratur tu tiba2 this guy depan kami ni menoleh and tegur ML excitedly. Kecoh la kat situ sekejap jumpa member lama. ML pun introduce la aku kat mamat tu. Laaa Edry Abdul Halim rupanya.. Iye Edry KRU tu. Norman pun ada sekali. Yusry je takde, dia dating dengan Lisa kot. Lepas tu Edry tolong orderkan untuk aku, siap bayarkan lagi. Thanks la banyak ye Edry, menyusahkan you je.

Date kami berakhir bila aku terjaga sebab kucing2 aku bising kejut aku guna kaki, memekak nak mintak makan. 


Sekian kisah mimpi saya yang macam jilaka dihujung minggu. Sekarang ni faham tak kenapa orang cakap "Mimpi itu mainan syaitan"?

Tuesday, October 9, 2012

Paintball V2

Sabtu lepas pergi main paintball bersama2 teman sepejabat & bekas teman sepejabat & 2orang teman baru bukan sepejabat. Lokasi pilihan kali ini ialah di Dusun Ali King, Kg Sg Pusu, Gombak. Walaupun dorang buat kerja gila pergi booked slot pukul 12TENGAHARIBUTA, tapi saya tak kisah sangat sebab lokasi adalah dekat gila dengan rumah saya. 5minit lepas pukul 12 baru aku keluar rumah pandu perlahan2 muahahaha..

Paintball park Dusun Ali King ni adalah far better than the previous place we went. Easier to locate, easily accessible , lebih luas & lebih well managed. Separuh nyawa meredah forest field dorang oii.. dengan hilly terrain siap ada small creek bagai. Dah feeling2 komunis dah, tinggal celoreng muka sikit pastu pakai uniform bintang tiga.

Cuma yang aku tak puas hati tu orang lain beriya lebam biru hitam kena bullet, yang aku ni cuma bintat merah je. Esoknya dah hilang pun. Pfttt tak berbaloi sungguh sakit kena tembak. 

Disebabkan gigih sangat berpanas main paintball tengahari buta tak ingat dunia, maka sepanjang weekend merasalah sakit seluruh badan sekali pakej nak-demam-tak-demam. Annoying.

Friday, October 5, 2012

Venting out.

Antara soalan paling bodoh pernah aku dengar ialah "Eh Adi kau tak jeles ke tengok orang lain dah kahwin, happy dgn pasangan & anak2?" Jawapannya TAK. Sumpah aku tak jeles. Bukan ke kita kena doakan kebaikan & kebahagiaan orang? Apatah lagi kawan2. So kalau kawan2 happy I should be happy also lah for them kan. Motif nak jeles?? Kot ye nak perli aku pun sila kreatif sikit tanya soalan yang bernas, bagi diri tu nampak bijak sikit. Ini tak, nampak nau kau ni bangang lagi busuk hati. Sila usaha lagi.



Minggu ni adalah minggu yang sungguh tidak memberangsangkan. Masa berlalu sangat lambat, nak buat semua benda pun takde mood. Semalam aku dengan Amoi menggelupur kebosanan takde selera nak buat kerja. Si Amoi tu siap nak EL halfday sebab takde mood yang melampau, boleh? Nasib baik lah lepas lunch aku kena keluar pegi Putrajaya, so takdelah rasa nak mati kebosanan sangat. TAPI AKU SAKIT JIWA PULAK DENGAN JALAN KAT PUTRAJAYA TU YANG DENGAN SIGNBOARD MACAM CELAKA PASTU JALAN PUN BURUK NI KE RUPA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PATUTLAH PUN BANYAK BENDA MENGARUT YANG KORANG BUAT.



Pagi2 tadi bangun tidur tengok ada notification masuk kat phone. Ada perempuan meroyan malam2 buta komen gambar aku. Ikut hati nak je aku hamun cukup2 but I decided adalah lebih baik untuk berdiam diri. Actually kes ni adalah kes orang lain, aku cuma terlibat secara tak sengaja. So lebih baik biar dia je yang settlekan. I know the whole story, walaupun datang dari satu pihak sahaja but since he's a good friend of mine so tentulah aku percaya his words. Lagipun aku faham sangat perangai mamat ni, so memang tak pelik lah dia boleb terlibat dengan kes macam ni.

Honestly I dont mind that much bila tak pasal2 aku jadi mangsa jugak. Cuma aku harapkan this friend of mine to be man enough to tell the truth and stand up for himself. Sementara belum terlewat ni, bawak2lah berterus terang ye cik abang, Jangan sampai dah terlajak perahu nanti memang takde makna saya nak tolong awak dah. Tak kuasa aku nak menarik perahu yang terlajak itu.

Untuk perempuan itu, tolonglah have some pride and shame. Tolonglahh sangat PLEASE. Jangan jadi psycho sangat meroyan macam gila and jangan buat aku annoyed. Please? 

Friday, September 21, 2012

Pujaan hati Mumin.

Lunch semalam keluar dengan Mumin and Amoi, dorang ajak makan Samurai Burger McD. Tapi demi melayan nafsu si Mumin maka tak pasal2 melencong makan benda lain. Mumin ajak pergi Empire semata2 sebab dia nak makan aiskrim. Meleh2 air liur cerita tentang kehebatan aiskrim pujaan hati dia tu.


The Last Polka

Hoii memang feel good betul kauuu.. They really mean what they say. Makan ice cream ni memang buat kau rasa gembira asyik nak ketawa je. Sedap berganda dari all the high end brand yang aku pernah try. This homemade goodness only available at few caf├ęs and restaurants around KL & Selangor so please visit their website or Facebook for locations.


Lepas kerja pulak pergi tengok Dredd dengan Mumin and Aliew. Almaklumlah cinema sekangkang kera je dari ofis maka habis office hour dengan rilex menuju cinema layan movie. Kadang2 tak habis office hour pun dah sampai cinema hewhewhew. Mumin gigih beli Dredd Concession Promo semata2 nak dapatkan kunci Dredd tu. Bila dapat kunci idaman the popcorn & large soft drink dia campak kat aku, sikit pun dia taknak. Tu pun ada hati nak beli 2 tu. Siapa nak habiskan popcorn dengan air tu hoiii. Pastu harini seharian Mumin menggila cakap gaya Dredd.

Inilah rupa kunci pojaan hati Mumin itu


Tiba2 rasa macam nak jugak hehehee..

Wednesday, September 19, 2012

The return of Abang Metro



Konsep colour-blocking tau, pakai baju pink shiny-shiny. 
Blocking dengan apa? Tak perlulah ku jawab ngehehe..


Yep, he is still around. Walaupun beliau dah lama tak muncul dalam blog ni, tapi hubungan kami masih utuh seperti biasa.. ewahhh!! Abang Metro juga masih seperti sebelumnya, masih lagi mengekalkan konsep metro-lah-sangat dia tu. Tak mampu weols nak tolong.


Abang Metro kirim salam rindu di angin lalu kat semua. Over tau!!

Wednesday, September 12, 2012

Kecelaruan identiti



LG: Nok, I seriously think he likes you lah
Me: *stare* Are u insulting me or something? Are u saying I look like a man??
LG: What?? He can be a bi (bisexual) whaaat.. Though I doubt that.
Me: So you ARE trying to insult me..
LG: Ala nokk.. *sengih*
Me: Oh well, muka jantan pun jantan lah. At least hensem. That's why lah he likes me
LG: Hammboihh!
Me: .. and that's why dia tak pandang pun kau kehkehkeh..
LG: Eiii jalang sangat mulut uolss!!


* * * * *


LG: Nok, mak rasa mak tau kenapa sampai sekarang kau takde jantan (boyfriend).
Me: Nak mengata aku lesbo (lesbian) letteww..
LG: Sebab nama kau pun dah macam jantan. Cuba pakai nama gegerl sikit, kalau nama ala2 bimbo lagi bagus.. *bebel bebel*
Me: Biarlah, kata muka aku macam jantan, hensem. So nama pun kena la macam jantan
LG: Ya ampunnn sakit jantung cakap dengan kau ni.


*Note: LG stands for Leha Gojes. Kau mampoo??

Friday, September 7, 2012

Khamis yang membengangkan

Yesterday I had to attend this Majlis Sambutan Hari Raya held in Bangi. It was the most awkward luncheon I've ever attended. It was hard to mingle around (unless you already knew most of the jemputan), pastu ramai yang duduk in their own group, which makes it harder untuk aku mingle. Dahla aku sorang2. Brengsek betul. 

Petang lepas kerja we went to have a drink with an ex-colleague. And masa keluar from basement parking tu aku rasa kereta aku lain macam je. Bila check rupanya the left rear tyre sudah pancit. Sungguh cibais. Nasib baik still dalam office compound. So tak cakap banyak, park kereta then pergi lepak minum dulu. Lepas tu the boys ramai2 tolong tukar tayar spare. 

So pagi tadi pergilah check tayar yang bocor tu. You really can be surprised with things that can puncture the tyre.

Si kecil yang annoying

Just imagine benda sekecil ni mampu membocorkan tayar sekelip mata serta mengerah tenaga 2 lelaki dewasa yang baik hati lagi gagah perkasa tukar tayar malam2 buta. Tahniah you tiny sharp thingy, anda memang hebat.

Si kecil tu akan ku simpan selamanya, buat tangkal penguat. 

Thursday, September 6, 2012

Merdeka weekend

Malam merdeka tahun ini diraikan bersama adik perempuan dirumah menonton 1957: Hati Malaya. Lepas tu kami berdua terharu sampai bergenang airmata masa scene orang ramai derma emas dan duit untuk Tunku Abdul Rahman berangkat ke London. Gila patriotik dua beradik ni.. 

Esoknya dengan tak cukup tidur aku menggelupur drive ke Seremban pergi open house. Setelah hampir 2minggu raya berlalu finally aku dapat peluang beraya untuk pertama kali tahun ni. Kesian kan aku? Kalau ikutkan hati memang malas nak pergi but since orang dah beriya ajak aku, maka aku ikutkan lah. Lagipun dah lama tak jumpa kawan2 sekolah.

Disebabkan aku tak beli baju baru tahun ni, maka marilah berfikiran kritis dengan menggunakan all the available resources untuk mengelak dikeji berpakaian outdated. As a result of simple mixing & matching of a blouse dan kain maka terhasil a whole new modern kurung look.


Nampak tak top aku tu bercorak gedik, sebab sebenarnya ia adalah blouse. Kau mampo baju raya gedik corak love bagai?? *libas rambut*


Geng chantekss yang kekurangan 2 anggota


Pasangan bahagia dipagi raya sangat


Kawan lama + kawan baru


My dear good friend since form 4. 
14 years of friendship and counting. Nampak tak betapa aku dah tua? *nangis*


Lepas tu semua kena menghadiri sesi karaoke raya. Gigih masing2 dengan baju kurung + baju melayu lengkap bersamping bagai buat rombongan pergi pusat karaoke T___T .

Walaupun rasa rimas dengan baju tapi enjoy lah jugak, best wohh boleh karaoke nyanyi lagu raya tanpa rasa awkward. Siap poyo salam2 raya macam dalam video music raya tu.


Somehow the weekend almost felt like a holiday. I finally had the time to relax a bit and just enjoying my time & companies. It really feels good hanging out with old school friends and meeting new people. Walaupun ada sedikit sentap sebab kau beriya ajak aku sleepover tapi kau menggila hadap phone layan orang lain. Puiiiii sangat.

Dah lama tak duduk malas2 sambil baca buku macam ni :)



Dan inilah hasil gomol2 melepas rindu bersama kucing2 tersayang setelah ditinggalkan semalaman:


Tu baru kat lengan, belum yang kat kaki badan semua.

Ni baru betul rindu mencakar2.

Wednesday, September 5, 2012

Luka lama berdarah kembali..

Another tajuk drama Rosyam Nor. Ngehehee..

So I went to the dentist yesterday dengan harapan gigi yang sakit dapat dicabut. Tapi malangnya ia tidak berlaku malahan she prescribed me with antibiotics and painkillers pulak tu. Demmit betul lah, tak pasal2 kena makan ubat. Urghhh.

Dentist tu cakap, sakit ni berpunca dari tampalan lama. Somehow kerosakan gigi itu sudah kena root, maka   kesakitan adalah serius. She gave me two options; to do root treatment or to remove the tooth. Kalau buat root treatment tu, she said it could be painful and the pain might occur in future. Kalau buat extraction pulak, sakit takkan datang balik but I have to do a brigde or else my teeth will bergerak then jadi senget.

I did some reading on both procedure, and masih belum dapat decide mana satu nak buat. Seems like the extraction is better option since aku tak perlu nak bersakit2 dikemudian hari tapi proses nak buat bridge tu macam lama pulak. The dentist tu pulak macam prefer kalau aku buat root treatment. Tapi from what I read this treatment memang sakit. Yang bridge tu tak sure la pulak.

Tapi macam mana pun since both treatment adalah mahal ya ampun, maka aku memerlukan lebih masa untuk decide. Dan buat sementara ni marilah gagahkan diri menahan sakit gigi dan sakit hati as I'm back to eating bubur nasi, again

Sigh.

Monday, September 3, 2012

Untuk pertama kalinya, seumur hidupku...

Tu diaaa tajuk taknak kalah, dah macam tajuk drama Rosyam Nor.

Anyway, untuk pertama kali seumur hidup aku mengerti apa itu sakit gigi. Sumpah sakit hoii!! Sakit lagi annoying. Faham lah aku sekarang kenapa orang sakit gigi tu ada yang sampai tak boleh nak bergerak langsung. Ada jugak yang menangis guling2 tahan sakit.

Sekarang ni aku rasa macam kena senggugut teruk, tapi sakit kat gigi bukan rahim. Haa boleh bayangkan tak macam mana sakit tu?

Aku tak faham betul, kenapa ramai lelaki orang yang sanggup tahan sakit gigi ni semata2 takut nak jumpa dentist. Apa yang takut sangat tah. Lepas tu kalau kau tahan sakit diam2 sorang takpe gak, ini tak. Merempan sampai menyusahkan orang nak melayan sakit kau tu. 

Tak cakap banyak la, memang esok aku ponteng kerja pegi dentist. Sila la cabut je geraham saya ni doktor oii!!!

Friday, August 31, 2012

Help Shape Malaysia's Animal Welfare Bill



Help Shape Malaysia's Animal Welfare Bill!

Fill in the survey by Department of Veterinary Services now and get your opinions heard. Let's push for tighter animal welfare regulations and curb animal abuse.

The survey closes end of August 2012. Please complete it and share with your friends ASAP.

Join Survey Now:

Thursday, August 23, 2012

5th Raya


Amboii sekejap je dah raya ke-5.

Semalam aku dah start kerja. Lepas tu kena kutuk dengan colleagues sebab staff melayu yang lain masih bercuti raya sakan, yang aku ni dah menggelupur masuk office. Macam lah ada kerja nak dibuat pun.. Siap offer nak teman aku beraya, kesian katanya aku macam takde family nak beraya lama2. Jilaka u apek.

Raya tahun ni adalah simple, takde apa yang luar biasa berlaku. Aku takde baju baru pun. Sebab takde bugdet dan malas nak shopping. Kalau pegi shopping pun boleh bawak mengamuk nak mencari baju kurung murah yang could fit me nicely. Yang fit semua mahal nak mati. Aku belum mampu lagi nak habiskan 3-4ratus beli baju kurung untuk dipakai setahun sekali. Maka pergi open house raya ni tahun ni aku redah je pakai baju kasual.

Mak aku still masak dengan banyaknya untuk menjamu tetamu yang ramai. Tapi aku rasa bilangan tetamu tahun ni kurang sikit kot dari tahun lepas.. eh ke sama je? Tah la aku pun tak perasan. But aku rasa tahun ni semua orang beraya dengan tenang, cuti seminggu la katakan. So tak payah la kelam kabut nak beraya, ada 7hari untuk habiskan melawat saudara-mara.

Tengah malam hari raya kedua tu kitaorang buat small birthday celebration for our August babies. Since semua dah pakai baju tidur maka tema sambutan adalah ala2 pyjama party. Mak selamba pow kezen aku, suruh belanja pizza haha. Terima kasihlah untuk kezen tersayang. Tak sia2 aku bantai bela kau kecik2 dulu. 

Walaubagaimanapun raya tahun ini adalah lebih bermakna untuk saya kerana saya dapat beraya dengan muka yang senonoh bersih berseri tanpa serangan jerawat muahahahaa..

Oklah sambung cerita lain kali, weols nak sambung buat kerja. Boss weols ni buat perangai annoying gila babi pulak lately, menyampah weolss. 

Monday, August 13, 2012

Nasib yang baik.

Pagi ni aku pergi kerja dengan takde cash LANGSUNG. Sumpah takde. Nasib baik lah hasil mengorek taburan syiling dalam kereta dapat cukup2 untuk bayar toll pergi kerja.

Kalau hilang 5sen ni memang boleh bawak meraung.


Semalam aku ternampak seekor lipan hitam jenguk kepala keluar dari celah2 lubang lantai kat toilet. First thing that came to my mind was what if lipan tu keluar time kucing2 aku tengah kena kurung dalam toilet tu? Berderau darah aku sumpah rasa nak pitam.

Normally kalau any of my cats acting up buat perangai degil tak dengar kata, maka punishment selepas dijerit ialah dikurung dalam toilet for around sejam dua macam tu. Pernah la sekali aku kurung dorang the whole night sebab aku tengah bad mood gila2 and mas tu lah dorang decide nak buat perangai. Demi mengelak amukan puaka dari aku, so aku kurung dorang dari aku tidur sampai aku bangun nak pergi kerja. Whole night tu takdela sampai 10jam pun, more like 4jam je. Memang tu lah masa tidur aku on weekdays. Weekend? Tak payah la tau hehe..

Bayangkan kalau lipan tu keluar time dorang ada dalam toilet tu. Lalat terbang pun dorang terlompat2 kejar inikan pulak lipan yang tergedik2 tu. Confirm dorang pergi cuit.. hoii tak sanggup aku nak bayangkan. Nasib baik sangat lah aku nampak lipan tu. 

Insaf kejap aku, tak jadi nak garang2 sangat. Sebelum sesal tak sudah di kemudian hari, maka aku ambil keputusan tukar tempat hukuman. Tapi buntu jugak tak tau nak kurung kat mana sebab semua tempat kurungan pun nampak menyeronokkan untuk dorang, so macam mana nak mendatangkan keinsafan kan? 



Yang sekor ni kes berkecuali. Ini Cik Eton, makcik jaga toilet rumah aku. Asal nak masuk toilet je mesti ada muka ni tengah lepak baekkk dalam toilet, skodeng lipas.



Friday, August 10, 2012

The girl who cried wolf.


Mak: Hoii makan lah! Awak ni tak lapar ke?

Aku: Ala belum lapar la mak..

Mak: Kenyang makan apa? Mak tak nampak awak makan apa pun..

Aku: Orang putus cinta mana ada mood nak makan. I tengah frust ni tau, takde selera..

Mak: Ah kau tu setahun berapa kali tah nak putus cinta tah. Makan!


* * * * *


Well I shouldnt have used that excuse one too many times, kan dah tak laku dah. Terpaksalah jadi kreatif sikit fikir alasan lain pulak nampaknya..


* * * * *


Aku: Ok fine sebenarnya saya tengah happy bercinta sekarang. Orang bercinta ni makan tak kenyang, mandi tak basah.. tengah bahagialah katakan.

Mak: MAKAN!!



Pftt.


Tuesday, July 31, 2012

Kittens for adoption (free)

[UPDATED]






These two female babies were rescued when they were about 1 - 2 weeks old. Now they are 6months old, dewormed, vaccinated and litter-trained.

I think they have a bit of unique look with that small face and long body. And their tails are really straight and long! They have a nice coating and I especially love Ewok's colour.

Both of them are active, playful and manja, just like normal kittens would be. But they are definitely not a loud meow-er, not noisy at all. They would be perfect for apartment/condo residence as the only mew softly or purr when they need some attention. They also like to sit/snuggle to people so they make a good lap cats.

They respond more to English at the moment. They never came if I called out their names and said "Mari sini" , but once I shouted "Come here!!"  they will come running -____-". They grew up fostered by an Australians couple so I cannot blame them for not understanding much Malay. 

I'm hoping for them both to be adopted together as they are so close and they only have each other since they were born. It would be nice if they could find a nice permanent family whom can provide them nice home and lots of love and care.


Here are the stories of their rescue:
http://myanimalcare.org/2012/03/27/very-urgent-kitten-fosterer-required-adi-solikins/
http://myanimalcare.org/2012/03/28/kitten-fosterer-needed-adi-solikins/
http://myanimalcare.org/2012/03/29/permanent-fosterer-for-adi-solikins-kittens/
http://myanimalcare.org/2012/03/30/networking-effort-and-of-course-affinity-adi-solikins-rescued-kittens/


To view more pictures, please click here

I will make the arrangement and pay for their spaying when it is of time. I'm located at Setapak, KL (Danau Kota) but I can make arrangement to send them to their new family.

Those interested please contact me at:
email: aweksakuragi@yahoo.com
twitter: @adisolikin
facebook: Adi Solikin 
or you can leave your comment  below.

Please share this and help find them a home.
Thank you.

Honestly (part 2)


So berbalik pada kisah Tina ni, seperti yang ku jangka Azmi caught Tina cheating on him. He saw her with another guy having dinner bersuap berpeluk sakan bagai. He waited and watched sampai dorang balik. They went to her house, 30 minutes later Azmi pergi ketuk pintu and found the guy in her room. Sakit tak? So how can I blame Azmi for going crazy doing what he did?


Ye, aku memang dah tau pasal perbuatan keji Tina ni dah lama dah. I confronted her, asking her to stop or aku sendiri akan bagitau Azmi. She told me she'd broke off with that guy because she was just fooling around and she really loves Azmi. Until recently someone asked me if Tina dah broke up dengan Azmi ke, sebab he saw Tina with another guy. Dan aku perasan jugak Tina punya cerita banyak yang bercanggah sebenarnya. Tak sempat aku nak bagitau Azmi, dah kantoi pulak.


I dont understand how someone can date so many person at one time, let alone having multiple love affairs. Alasan cliche ialah nak test market, nak pilih mana yang terbaik. Hello, kau bukan tengah pilih barang ok nak main pilih pukal. Kalau betul pilih barang pun still nak kena tengok belek satu2 kot, mana boleh tengok semua serentak kan. Ini pulak pilih pasangan.

I absolutely dont date few guys at one time. Multi-tasking yang satu ni weols tak reti. Sedangkan ada 2 phone pun aku dah serabut; mana nak charge mana nak topup, inikan pulak nak hadap 2 lelaki dengan perangai masing2. Hoih memang tak la.. semak kepala tau tak. Lagipun aku pun taknak diperlakukan demikian, maka sebab tu aku takkan buat macam tu kat orang.

I'm not to judge people, but obviously perbuatan itu adalah salah sebab ia melibatkan penipuan, tak kiralah apa pun alasan kau. 


I told Azmi that I was sorry for not telling him masa aku mula2 tau. I was sorry sampai keadaan jadi this bad, sampaikan Azmi hilang sabar dan berkasar. But he said he is not sorry at all. He is not proud of what he did, but he's not sorry about Tina cheating. He said syukur banyak2 that he found out before they took the next step. Actually they planned to get engage minggu kedua raya nanti. Terkedu kejap aku, tak tau nak rasa sorry or syukur sebab plan tu tak menjadi.


Tina got beaten up pretty bad. Her left check lebam kena pelempang tak tau berapa kali, both her arms penuh bekas tangan Azmi. Her ankle also terseliuh, tapi tu salah dia sendiri jatuh while chasing Azmi. Azmi cakap masa dia mengamuk the other guy tu terkebil2 je tengok, muka clueless gila. Tengok nak tergelak pun ada. Obviously he didn't have any idea yang dia dah kena main dengan Tina. 

She cried for the whole 2 hours I was with her. She kept saying how much she loves Azmi, how sorry she was sebab buat azmi macam tu, and how she deserves all the beating. Menyampah pulak aku dengar. 

When I asked her, "Dah tau tu yg kau buat taik jugak tu kenapa? I warned u kan." she said nothing and kept crying. So I said "I'm sorry lah babe, but honestly u deserve a bitch slap" Lepas tu makin kuat lak dia meraung. Herghh.

Friday, July 27, 2012

The hauting of cicaks


Semalam pagi macam biasa drive sendirian pergi kerja. Somewhere dekat area Kepong, aku perasan ada objek warna coklat dekat celahan tingkap kereta. Bila aku tengok, anak cicak rupanya. Kesian pulak aku tengok dia menggelabah menahan deruan angin. Sapa lah suruh kau melepak kat tingkap tu. Dahlah ekor pun dah takde, comel je. Nak tergelak pun ada jugak.

Masa dah sampai toll tu aku perasan cicak tu dah turun ke pintu, menghampiri dashboard. So aku biar je lah. Lepas bayar toll aku tutup tingkap rapat dan buka aircond. Masa menghampiri PJ Trade Centre tu, tengah elok layan corner tiba2 anak cicak tu MELOMPAT ATAS TANGAN AKU LALU MASUK DALAM LENGAN BAJU. Gila hoii dahla tengah laju, nasib baik aku tak terperanjat. Kalau tidak mungkin sekarang aku tengah bersiaran dari wad ICU huhu. 

Dengan kesesakan LDP waktu pagi tu, memang tak dapat la aku nak berhenti tepi jalan keluarkan cicak tu. So takde pilihan lain terpaksalah bersabar sampai kat office. Nasib baik jugak cicak tu tak teruskan misi explorasi, elok dia duduk diam kat lengan je. Kalau tak pitamss..

Sampai je basement carpark tak tengok kiri kanan terus aku buka baju buang cicak tu. Siapa yang ternampak aku buka baju tu kira rezeki lah haha. Heppp weols x bogel hokeh, weols pakai kemeja so buka sebelah je lah. Off shoulder gittew.


Pagi ni sekali lagi aku dapati aku ditemani seekor anak cicak ke tempat kerja. Elok je duduk kat celah pintu tengok aku drive. Kena sumpahan cicak ke hapa aku nih -____-"


Mungkin anak cicak itu adalah anak raja kacak yang disumpah, dan beliau memerlukan ciuman dari seorang gadis cantik yang baik hati untuk pulih. Sebab tu dia datang jumpa aku.. 

Meh shiyom ai sikit mehh..


Nangis.

Honestly


Tengahari tadi Tina meraung2 menangis call aku, dia kena pukul dengan her boyfriend. I talked to her housemate, and she confirmed this as she saw the whole thing. I think I know what happened, why the boyfriend belasah Tina. And honestly I dont blame him.

But still I have to find out what really happened, kenalah dengar both sides of the story. Jiwa aku sekarang adalah sangat tak tenang. Nak buat kerja pun tak boleh sebab tak sabar nak pergi jumpa the boyfriend. Aku nak tau adakah tekaan aku ini benar hehe..

Haha rasa macam keji pulak niat macam tu :p

Wednesday, July 11, 2012

Kittens

I've been trying to compose an entry about kittens for adoption since yesterday, tapi sampai saat ini tidak berjaya nampaknya. Somehow I couldn't think of anything to write. Annoying sungguh.

Anyway I have this 2 kittens up for adoption. My uncle found them sometime last March and I think they were about few days old. Now they are all grown up, vaccinated and ready to be adopted. I really hope I can find them a new family soon. Tak kisah lah kat negeri mana pun, aku sanggup hantar. Kalau tak kesian dorang dan aku jugak. ;(

Harap2 malam ni dapat lah buat.

Friday, July 6, 2012

Another one.


I had another depressing dream last night. 

Unlike the previous dream, this one was all lovey-dovey aku sendiri tak percaya aku bersikap demikian *puke*. Everything felt so real that bila aku bangun dan sedar semua itu hanya mimpi, aku jadi sedih gila.

Aku rasa nak nangis tapi tak boleh sebab kakak & adik aku dah bangun pulak tengah siap2 nak bersahur. Nak sambung tidur balik pun tak boleh sebab jiwa tengah kacau kononnya *lempang muka sendiri bertalu2*. Nak mengadu dengan bestfren lagilah jangan harap sebab still awal pagi gila kot. Lagipun tak tentu lagi dia nak layan aku, almaklumlah orang dah ada wife sekarang.. pftt. So tabahkan hati and bangun joined orang sahur makan nasi lauk sardin. Sedap oii kakak aku masak.

So now aku adalah separuh gila sedang jiwa kacau menahan gejolak perasaan... PHUUIII!! Drama sangat kau baru mimpi sikit dah nak jadi gila bagai. Padahal tidur tak reti nak baca doa, memanglah mimpi bukan2.


Ok mari sambung pura2 sibuk tengah buat kerja *type type*


Eh tadi pergi kopitiam kat groundfloor nak beli milo panas. Tapi taktaw lah pasai apa pulak aku pi order nescafe. Rugi RM 1.80.. Nasib baik sedap.


Monday, July 2, 2012

Monday blues

Hari ni bangun pagi dengan tengkuk yang sakit dan badan yang hancing. Tengkuk sakit sebab masa tidur dah salah letak kepala la kot, now tak boleh nak gerakkan leher sesuka hati. Azabnya oiiii...

Yang hancing tu pulak sebab kucing aku pegi kencing atas selimut yang aku gomol, maka sah2 la badan aku pun kena kencing jugak. Nak marah pun tak guna, lagipun salah aku lupa nak bawak masuk litter box dorang. Kira nasib baik la tu dia kencing kat aku, kalau dia pergi kencing kat sofa ke, karpet ke, maka memang mengundang amukan mak tiri la jawabnya. Lagi hazabb.

This pain in my neck is seriously making me nauseated. Kelakar tak kalau aku M.C harini sebab sakit tengkuk?

Friday, June 29, 2012

The tale of an orange carrot called Sunshine


Blazer: Un-masqued
Oversized singlet: ChicYamada 
Tube: Pasar malam


Now I remember why I have not wear this blazer for quite a while. Blazer ni sumpah panas. Sebab tu jugalah aku tak pergi lunch harini. Aku rela mati kelaparan dari mati kepanasan. Tapi lepas lunch hour kena jugak keluar, I had to pick up my niece at LRT station then hantar pergi hospital. Dahtu siap missed simpang sebab syok sangat berbual, merasa kena u-turn jauh tak hengat. Maka 15-minutes-trip telah jadi 50-minutes-trip. Nampak tak berapa lama aku berpanas kat situ? Pastu siap psycho sorang2 rasa badan dah bau ketibu sebab panas berpeluh2 tadi. Hoihh nangis.. 

So pengajarannya ialah, walaupun anda berkulit gelap seperti saya, you still can pull of bright-coloured outfit. Cuma elakkan terdedah pada cahaya matahari. Sebab kalau dah terlebih berjemur tu, kulit akan jadi makin gelap siap berlemuih bagai. Tambah pulak dengan baju terang benderang, memang Kenya sangat rupa. Akulah si Kenya yang berbau ketibu itu T____T"


Happy weekend uolss!!! ^____^.

Wednesday, June 27, 2012

Rindu.

I went to KLCC (convention center) earlier today to check out an exhibition. As usual, aku akan park kerete kat Suria KLCC then jalan kaki sikit pergi convention center. 

Dah lama gila tak pergi Suria KLCC, I didnt recognize the place anymore. Padahal dulu almost everyday muka aku je bersepah kat situ. Kalau dulu I could easily tell which shop at what level, sekarang kat Concourse level pun ada potensi untuk sesat. Kedai tersergam depan muka pun boleh tak perasan. And I used to know the parking lot like the back of my hand. Sekarang ni kalau tak jumpa pintu yang aku guna untuk masuk tadi, jawabnya memang takkan jumpa dah kereta aku park kat mana.

Rindunya dengan Suria KLCC.. *sigh*

Friday, June 22, 2012

Self reflection

Imagine this: Kau pergi satu majlis/tempat, tiba2 ada orang tegur kau "Excuse me, you Peah Gojes kan? Hai Peah!! Saya baca blog awak tau!!" So kau pun macam "Oh ye ke? Thank you baca, I merapu je blog tu pun ada orang nak baca huhuu.. Thank you!! :) Eh you ada blog jugak ke?" Lepas tu korang borak2 excitedly walaupun malu2.

Then that person introduced you to her friend. "This is my friend, Bedah Gebu" You smiled widely saying "Hi Bedah" sambil hulur tangan nak salam. Si Bedah pulak just senyum senget, barely shake your hand and quickly look away. Apa perasaan anda? Mesti kau rasa macam ek eleh berlagak gila minah ni.. Kawan kau elok je yang kau nak menyombong tak memasal ni kenapa? Ingat cantik sangat? Baju dahla tak matching dengan bag.. serta berbagai cemuhan yang terlintas dalam hati dan kepala korang masa tu. 

Pernah tak terlintas dalam hati atau fikiraan korang yang Bedah buat perangai berlagak dengan kau sebab actually kau yang mula buat perangai berlagak dulu? Bedah pun sebenarnya baca blog kau, komen entry kau, follow kau kat twitter. Tapi kau tak pernah reply sepatah pun, padahal kau yang beriya buat statement "email/tweet for any inquiry". Pastu bila orang email/tweet sampai mampus kau tak layan. Tak terfikir kan? Mesti kita terus label orang tu poyo padahal kita tak sedar kita yang poyo.

Sebab tu kita jangan senang2 nak jugde orang. Take time to take a look at yourself, think about what you have done before simply judging others. Memang kita rasa yang kita tak buat salah apa pun, tapi sila ingat tak semestinya semua yang kita fikir or rasa tu betul. Kita takkan boleh puaskan hati semua orang, tapi tak salah kan kalau nilai diri sendiri betul2 dulu, before quickly judging others.

Kalau ada benda buruk jadi kat kita, jangan asyik fikir the whole world is going against us. Jangan asyik nak blame semua benda, blame semua orang, atau blame Tuhan. Tuhan bukan kejam saja2 nak buat umat-Nya sengsara. Mungkin perkara buruk tu sebagai peringatan untuk kita sebab kita dah mula lalai, mungkin sebagai hukuman sebab kita buat jahat. Mungkin juga sebagai ujian sebab Tuhan nak bagi kita ganjaran. 


Aku tengah memujuk diri sebenarnya ni. Rasa nak give-up bila semua benda tak menjadi, benda negatif datang bertimpa2, benda yang menguji kesabaran dan kewarasan aku lagilah jangan cakap. Tapi padan lah muka aku pun sebab aku memang banyak buat salah. Maka memang redha je la terima hukuman. Rasain.


Eh aku guna contoh je tau pasal cerita blogger tu. Aku tak pernah mengalami lagi kejadian macam tu, ataupun jumpa blogger yang macam tu. Aku takde point out sesiapa specifically tapi kalau terkena batang hidung tu nasib kau lah. Huahua.

Amboii baru tadi macam nak taubat lepas tu terus berkelakuan cabul. Memang nak kena panah petir.


Sekian tazkirah Jumaat dari Ostajah Pilihan. Semoga saudara saudari semua mendapat keberkatan dari-Nya. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuhhhhhhhhh...... *betulkan selendang*

nRelate All Blog Sections