"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Wednesday, December 28, 2011

Trust.

I have trust issue. Walaupun aku mudah mesra dengan orang tapi bukan senang untuk aku percaya kan orang. Kadang2 dengan family sendiri pun aku tak percaya.


Sekarang aku dah mula hilang kepercayaan pada diri sendiri. Aku rasa aku dah hilang kawalan. Serius ni. Haritu aku jatuh terjelepuk kat SSTwo Mall. Esoknya pulak pagi2 jatuh terjelepuk depan bilik. JATUH LAGI. Aku pun tak tau macam mana aku boleh jatuh. Nasib baik dalam rumah je and depan kakak aku. Kalau tak malew kitew.. Pastu kat office pulak 2 kali aku langgar file cabinet. Kali ni xde orang nampak sebab aku berjaya tahan gelak, just tersengih sorang2 sebab rasa bongok huhu ^__^"


Malam semalam kami adik beradik pegi makan pizza. Lepas tu pegi Carefour beli barang. Mula2 aku jalan dengan adik tapi kan ramai orang, yang aku ni pulak jalan laju so aku jalan depan sikit dari adik. Kakak dah jalan dulu kat depan aku, berkepit dengan laki dia. 

Masa lalu depan kedai emas (kot..) aku terpandang poster Scha Al-Yahya pastu aku dah tersengih2 sebab ingat nak usik adik pastu tiba2 aku dengar adik cakap "Eh budak *mumble mumble*..." pastu sebab tak dengar mumble2 tu aku pusing and tanya "Huh?!" pastu tiba2 belakang aku tu orang lain rupanya. Pastu mamat tu muka terkejut xleh blah pastu aku pun malu... Sial adik gelakkan aku macam nak mati. 


So yeah, I cannot be trusted. Jatuh merata2, berjalan langgar semua benda, buat benda bongok memalukan diri sendiri.. I need a guardian. Rasanya aku mengalami mutasi la.  Mana Hugh Jackman meh jadi cikgu guardian ai. Pastu mesti ai dah tak menggelabah bongok lagi.

.
.
.
.
.


"Kau ni pastu pastu.. Tak reti guna nokhtah eh? Jalan dahla laju, cakap pun nak laju, senget2 muka tu bercakap.."

"Biar ah!! Kau cakap kaki aku panjang kan? sebab tu la jalan laju"

"Oh jalan laju sebab kaki panjang, abistu cakap laju tu apa yang panjang??"

T_______________T

Wednesday, December 21, 2011

Macam2 hal.

Di suatu malam yang hening waktu aku tengah kelam kabut nak online untuk urusan penting, secara tiba2 the screen of my lappy went blank. Lepas tu bila restart balik pun tak display apa2. Sah rosak. See kan aku dah cakap, masa ni lah semua benda pun nak mintak duit. So laptop ni nak hantar repair ke nak ganti baru je? Dua2 pun bukan. Pinjam laptop abang adalah pilihan yang lebih bijak di saat2 kesempitan begini miahaha. Pastu bila abang outstation menggelabah la aku sorang2 sebab takde laptop wuuu~ :'(



Semalam pergi SSTwo Mall sebab nak cari hadiah untuk office's year end party. Nak pergi SSTwo Mall tu bukan sebab gatal nak check out shopping mall baru, sumpah bukan. Tapi sebab terpengaruh dengan promosi seorang rakan yang mengatakan barang yang aku nak beli tu dijual dengan harga murah kat sana. So gigihlah pergi cari. Malangnya benda yang dicari tak dapat nak beli sebab kedai dah tutup. Lebih malang lagi bila aku jatuh terjelepuk kat car park. Seriously terjelepuk jatuh terduduk. Dahla jatuh depan my fren, lepas tu elok je dah jatuh tu ada kereta lalu pulak. Merasa kau tengok aksi bongok aku. 

Untuk orang yang biasa terjatuh langgar sana sini macam aku ni, mesti faham the feelings that you get bila benda tu nak jadi, everything flashed before your eyes slowly. Like you can see yourself falling in slow motion. First thing I'd feel right after those things happened ialah rasa bongok. lepas tu baru rasa sakit (if applicable). The perasaan benda tu jadi secara slow motion tu adalah kelakar gila. Tiap kali lepas jatuh memang aku akan gelak gila2. Lawak ok. 

Tapi instead of join gelakkan aku, my fren ni cepat2 tarik aku bangun lepas tu bising2 kat aku pulak jalan sampai terjatuh. Pftt tak sporting langsung. Aku syak dia malu kot jalan dengan aku. Yelah penat je member tu control macho, yang aku ni pulak selamba buat benda bangang jatuh terjelepuk kat public. Nasib baik tak tertonggeng, or else mungkin aku dah selamat kena tinggal balik sendiri.



Semalam pagi aku pergi kerja lambat sebab I couldnt find my car key. Setengah jam jugak la aku tertonggeng menggeledah cari kunci tu. Finally jumpa kat dalam my cats punya play-house. Dorang sorokkan kunci kereta aku ok!! Balas dendam ke hapa korang ni?



Last 2 weeks aku bawak the boys pergi spay. Then masa jemput diaorg tu the vet bagi jajan utk semua; RC yang lazat. 

So simpan lah dalam peti simpanan jajan ni...

Satu hari aku balik kerja, I found this:

Dah pandai bukak kotak sendiri and ambik makanan. So bila korang semua nak pandai clean up litter box sendiri pulak? Or tahu nak tolong kakak sapu rumah? At least pandai kemas sendiri lepas main pun cukup lah. Please?

Friday, December 9, 2011

Guess what? Your medicine is not working.



1. 
Minggu ini adalah minggu yang meletihkan; physically and emotionally. Hell.

2. 
Kenapa la semua benda suka mintak duit sekaligus? Masa nilah nak kena bayar itu, nak kena ganti ini. Masa ni lah roadtax mati, lense nak hilang, cermin mata nak kena ganti, kucing nak kena spay, nak beli kasu... ok tak. Dapat duit lebih pun macam tak dapat duit, hujung2 tetap jadi tak cukup. Sabar jelah.

3. 
Korang pernah bersin sampai hidung berdarah? Waktu pagi2 buta sebelum subuh. Sumpah tak seronok.

4.
Untuk orang yang tak pernah luka, one fine scratch feels like a life threatening wound. Tapi untuk orang yang biasa sakit, setakat patah riuk tu takde hal lah. Sama macam orang yang tak pernah tengok hantu akan rasa bayang2 adalah benda paling mengerikan. Macam abang gangster badan ketak2 muka parut2 pun ada yang boleh pengsan bila nampak lipas. Different people deal with things differently. So don't simply judge people. We are not them, we dont know their story. So janganlah judge saya ok? Please JANGAN. JANGANNNNNNNNNNN!!! Ewahh tiba2 nak drama.

5. 
Someone I knew online lost her precious cat this week. And she's in the middle of "battling" her own-self. Just reading her story makes me wanna die already. I've been there, but still, I can only imagine how bad she must be feeling. Rasa lost atas kematian her best companion dan rasa lost dengan diri sendiri. I should be more thankful and appreciate my shitty life. At least I still have my precious Ngongok and her four monkats. No monkats tu bukan typo. Itu ialah monkey + cats. Kucing2 aku semua macam monyet. Mereka memeningkan kepala but amat menyenangkan hati. Terima kasih Tuhan.

6. 
This might sound cocky but selama ni, (Alhamdulillah) aku tak pernah silap menilai orang. But for this time around, I really hope that I'm wrong. Ya Allah, please, PLEASE let me be wrong. Just this one time pun jadilah :'(

7.
You know how sometimes kids see only the best of everything? Like how they really believe that there's a real superhero out there. Or how friendly and fluffy a bear is. And we just let them believe simply because those thoughts are just so innocent and beautiful, and it makes them smile and laugh. We just dont have the heart to tell them how far those thoughts really are from the truth. This is why sometimes some people prefer to keep quite and not tell the truth. Because they dont want to ruin the happiness and joy of others. Because they want to keep that smile, that one little smile on others. Truth does hurt you know.

8.
Demm i sound soo old in this entry. Gahh.

9.
Benda paling membencikan tentang sakit ialah bila kena makan ubat. Aku paling tak suka makan ubat. Sumpah tak suka. Eiii kitew xske xske xskeeeeeeew haa macam tu. Huh mengada gila. Nah amik kau ubat pelempang sedas.




Okbai nak balik kampung untuk sesi menyarung cincin. Harap2 aku dapat tahan diri dari membunuh orang AMINNNNNNN.

Monday, December 5, 2011

Decision making.

I'm sooo demm mengantuk rite now its ridiculous.


Rambut aku dah macam panjang gila. And its out of shape already and rasa berat. Aku tak boleh nak ikat rambut kerap or lama2 sebab nanti kulit kepala akan rasa sakit. Sebab rambut rasa macam kena tarik, macam ada makhluk angker bergayut kat rambut kau. Lepas tu kepala akan mula rasa sakit dan aku mula la rasa nak mengamuk.

Aku dah gigil2 nak pergi trim rambut, tapi takut pulak nak pergi salon (info: aku takut gunting rambut. Tak tau kenapa). Dahlah the only hairdresser yang aku percaya adalah di Segamat. Yang kat sini muka je hensem tapi tak berapa boleh harap. Kalau setakat untuk cuci rambut dan cuci mata tu boleh la, nama untuk gunting rambut tu memang takkk la. Aku lebih rela dilabel mak lampir dari menyerahkan rambut ku pada dorg.. (padahal takut nak potong rambut). Ahh diam ah!!

Tapi aku ada gak rasa macam nak potong pendek je rambut aku ni. Shorter than the last time I cut my hair short. Malas pulak nak rambut panjang2 nih. Tapi sayang la pulak.. 


Apparently, since masuk tahun baru ni (Muharram) banyak pulak benda yang aku nak kena fikir. I was planning to take things slowly, figure out & settle satu persatu. Tapi nampaknya semua benda demand my attention sekaligus, selepuk datang mengadap. Senak kepala otak weh!! But since I've made my vow to take myself seriously sempena tahun baru ni, maka nak tak nak kenalah hadap jugak... walaupun rasa macam nak menangis.. Mungkinkah aku patut postpone plan aku ni ikut kalendar Masihi?? *nangis dalam hati*


Pernah tak korang rasa lapar gila that you could eat just about anything, tapi kau just tak tau nak makan apa. Padahal tengah lapar sungguh2 ni. Pernah? Aku selalu rasa macam tu. Hampir tiap2 kali. Sekarang ni tengah rasa macam tu la. Sumpah annoying gila aku ni. Aku tengah lapar nak pegi lunch tapi tak tau nak makan apa. So end up tak pergi lunch. Pastu officemate semua usik2 cakap aku diet. Kepala otak dia lah. 


Time2 macam ni ada lebih baik jika aku banyakkan bersabar. Harap2 usaha aku untuk jadi insan yang lebih penyabar ni direstui dan diberkati oleh-Nya, walaupun nampaknya makin banyak kejadian yang memerlukan aku meroyan. Ni setan je semua ni. So tabahlah wahai hati..




Buai laju-laju,
sampai pokok sena.
Apa dalam baju,
seorang perempuan gila.



Babai uolsss *lambai ratu*

Thursday, December 1, 2011

November bulan bersosial

Biasanya kalau tarikh2 unik ni (contoh 1.1.11, 19.9.91, etc), perkara paling trending ialah aktiviti majlis akad/nikah atau aktiviti sosial. Tarikh istimewa katanya, sekali seumur hidup. Padahal semua tarikh pun berlaku sekali je. Tak paham aku.

Anyways, pada tarikh 11.11.11 yang lalu, kerana saya belum mampu untuk buat majlis akad-nikah so saya buatlah aktiviti sosial. Lagipun aku dapat invitation to attend Puma Social Club soft-launch so memang kena bersosial lah.

I invited my twitter fren, Suen. Kitaorg tak pernah jumpa and not even that friendly pun kat twitter. But I chose to invite her sebab she lives nearby my office dan sebab dia adalah seorang perempuan. Wahh reason macam perempuan suci sangat tak pernah tengok lelaki pun kannn. Padahaalll...

Actually aku sedar aku ni dah terlalu ramai kawan lelaki, kawan perempuan adalah 3-4 orang je. Dari kecik memang macam ni tak taw la pasai apa. Best friends aku pun mostly lelaki. So demi mengelak dari dilabel seorang gedikmengada2flirtybitch seumur hidup, baiklah aku mula menambah bilangan kawan perempuan aku.

I picked her up at her place dan perkara pertama yang aku cakap ialah "Hi alahhh comelnya kau ni!!" instead of just simple smile and "Hi" 

-__-"

Yeah I have this bad habit of speaking my mind out loud, one of my many ways of embarrassing myself.

Nasib baik dia ok je dan terus melayan aku bercakap non-stop sampai ke sudah. Semestinya siap pakej bergossip sekali. And now kami ialah pasangan kekasih gelap rasmi. Eh.


My gefren baru. Jangan kacau.

And aku jumpa dengan PeejBurhan jugak. Sebab aku nampak dia tweeted about having to attend an event sorang2 on the same day so aku tanyalah if dia attend event yang sama. She said yes pastu siap nak tumpang join menyelit dengan aku & Suen. Weols ok je lah. Katanya nak bersosial kann.




Oh dan sebab MOFEW 2011 was held at MV exhibition hall on the same day so I decided to visit budak berdua ni punya booth untuk bersalampelukcium ewahh.


Alahaii diaorang ni memang khabar seindah rupa. Memang sweet couple. Yana (Petisuara) ni comel kecik molek je orangnya. Wan (Hentakbelipat) ni xdelah seganas mata lebam dia tu. Suara abang2 habis. Tu yang buat Yana sangkut kot *ehem2*.


Live adalah lagi comel dari ini. Rasa mcm nak peluk je both kuat2

Eh btw budak berdua ni adalah owner of Cala Qisya & Cala Man. Cala Qisya is not typical online shop as they designed their outfits. Seriously from choosing the material to bergaduh dengan bangla the tukang jahit to dealing with customers to selling it online/at booth. Cala Man pulak ada items yang rare, fresh and up to date. Diorang baru update new items, so sila lah cekidaut.


On Sunday pulak pergi bersosial dengan kawan2 se-degree kat wedding our classmate. Since the majlis was held kat Shah Alam maka meriah sikit kehadiran rakan2 kelas. Main activity macam biasalah, mestilah bergosip hewhewhew.

Antara attendees.
The middle yang dukung anak tu ialah lecturer merangkap ketua geng gosip.

Si comel whiskas ku yang datang dari Sabah. Laffchu!!

Semangat gila bergosip, dah tak pandang kiri kanan hujan ribut petir.


Fact: Topex the pengantin nikah on the 11hb pukul 11:11am. Gigih weh bajet timing T_T" 




Homaigod its December already!! This.Cant.Be.Happening. *bite nails*

nRelate All Blog Sections