"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Thursday, November 17, 2011

Puma Social Club Night

Baca tajuk betul2. Club night bukan night club. Jangan nak macam2.




Berita baik untuk uollss nocturnal humans out there!! Gitteww.. Haha. Puma Social brings to you The Social Club nights, where the after-hour athletes get to enjoy playing the social sports while socializing. Maksudnya boleh main bowling or snooker or arcade games or other social sports sambil mengurat making friends faham?


This social sports event was first launched in April this year, and the second round was launched last Friday 11.11.2011 at Cosmic Bowl Midvalley. And I was invited *muka angkuh*
macam aku sorang dijemput kannn haha.

The venue

Sampai2 je terus tepaku cuci mata dengan pandangan indah ciptaan Tuhan. Pastu baru perasan James Baum rupanya. Patutlah hensem semacam hewhewehew.

Badan yang bernama James Baum

MC pun hensem kot. Menangis.
Call me Josiah Mizukami the hotness jyeahhh!!

Tak ni bukan Dafi baikpunya tu. Ini ialah singer Adrian Tan. Tapi tetaplah baekkk punyaaaaa..

Some other celebrities;
From Left: 1.Roshan Narayan, 2.Jay Menon, 3.Ben Jern, 5.Jason Phang

Cikaross.

So we were divided to few teams. All teams were to compete each other on unlimited round of bowling. Maksudnya kau baling la bola tu berapa kali pun, berapa game pun, sampai MC kata berhenti. Team with highest score wins. Simple.

The teams


I was a Songbirdz. Tapi aku tak baling bola pun sebab awek Puma pakaikan aku wristtag ni longgar so aku terus takde mood. Potong betul. Pftt.


The winning team - Foodie


This event also takes place at other venues outside KL so sesiap yang berada di lokasi kejadian silalah check out the event ok. Tarikh dan tempat kejadian adalah seperti berikut;

  • 25/11 - Ecoba, Damansara Perdana
  • 26/11 - Movida, Sunway Giza
  • 2/12  - Fuel, Autocity, Penang
  • 9/12  - Movida, Melaka
  • 10/12 - Hola Pub & Bistro, Johor 

And the final event will take place back at Cosmic Bowl MV on the 16 Dec. To get the exclusive invitation & discount vouchers sila check out the details at Puma Social website.

Just take the simple social quiz to categorize what types of social athlete are you which basically to tentukan your group, and they'll send the invitation via email.

I'm a Foodies.

The invitees list.

Senang cerita sila explore sendiri their website. Jangan malas.


So lepas ni kalau korang kena marah dengan mak sebab balik lewat sebab khusyuk melayan snooker, korang bagitau lah kat mak korang saya ialah Puma's After Hour Athlete. Tapi pastu kalau korang kena lempang or kena halau jangan nak salahkan aku ok. Sapa suruh balik lewat?!

Akhir kata, sesungguhnya semua gambar yang elok tu datangnya dari Facebook Puma Malaysia, dan yang buruk tu datangnya dari saya sendiri. Dan PeejBurhan. Hehe :p








Yang Benar;
Geng Mak Limah Balik Rumah



kekasih gelapku, weolls, nannoormrs.imranlinapeejburhan

Thursday, November 10, 2011

Raya y'all!!

Seperti yang dijanjikan, terimalah laporan sambutan raya Aidilfitri. Yup raya Aidilfitri, bukan Aidiladha. Tiada Aidiladha untukku tahun ini.. wahh ayat macam nak mintak kena lempang.

So raya tahun ialah giliran our side of the family maka semua dah selamat berkumpul kat rumah parents aku by Monday. Aku tiba paling lewat sekali, on Sunday night sebab nak mempersiapkan diri secukupnya demi nak mengangkut 5ekor monyet tu sekali balik beraya. Bukan senang ok, nak kena kemas barang2 diaorang je dah buat aku rasa macam nak berbuka. Tu belum masa travel lagi. Aku dah cukup risau dengan Ngongok yang baru few days operate for spaying, tambah pulak monyet2 4 ekor tu buat perangai. Yang bergaduh lain, yang nak buang air lain, pastu masing2 berebut mintak pangku. Memang menguji kesabaran betul.


Dan tahun ni takde potret family mahupun potret sendiri. Tak sempat nak snap family pictures sebab kakak lambat bersiap so sessi bersalaman only started at 11am. Time tengah salam2 tu dah ada tetamu bagi salam nak datang beraya. So semua orang cepat2 salam cium pastu mak and bapak gi sambut tetamu, yang lain bertempiaran seolah2 takde apa2 yang berlaku haha. Cemerlang gila family aku berlakon.


Gigih di pagi raya demi Ngongok tercinta.


Ok father, I maafkan you. Lain kali jangan kutuk2 kucing I lagi okeh.

Saat sebelum semua menggelabah salam laju2.


Abang2 kawasan berdiskusi

My only gambar raya tahun ni.

Aku tak sempat nak camwhore sebab sibuk gila layan tetamu. Nak keluar beraya pun tak sempat ok. Ececeh macam lah ada tempat nak gi beraya pun hukhuk. Memang nasib gadis single tak berpasangan kena duduk rumah menghambakan diri so pasrah je lah.

Tahun ni tetamu adalah ramai gila macam nak gila. Serius rasa macam nak gila ok. Orang kat sini suka berkonvoi ramai2 beraya so setiap batch tetamu yang datang ialah sekurang2nya 3 kereta. So bayangkan lah perangai masing2. Paling musibatun ialah satu batch tetamu Ali Baba dengan 40 penyamun. Datang rumah orang dahlah memekak, buat lawak tak kelakar, bawak anak masing2 perangai macam monyet. Memang tak la aku nak bergelak ketawa layan korang. Tak peduli la korang nak mengata tuan rumah tak layan tetamu ke, hapa ke. Yang kau tu bertamu kat rumah orang pun tak beradab, apa hal pulak kan. Satu hal pulak masing2 bau ketibu. Elokkk perangai dengan keti sama je busuk. Memang hazab nak melayan tetamu macam ni. Macam setan.

Raya kedua ialah bersamaan dengan hari kemerdekaan yang ke-54 kan so malam tu kitaorg dengan semangat patriotik habis siap beli kek untuk sambut merdeka.. ok tipu je. Beli kek sebab sambut birthday adik ipar kesayangan aku a.k.a menantukesayanganbapak on 31st itself dan abang long takberapanaksayangsangat on 1st Sept. Juga sempena meraikan our other 2siblings yang juga dilahirkan pada bulan Ogos. Haaa amik kau mau tak meriah.

Segamat also got Secret Recipe ok

Mereka2 yang diraikan


Sessi membuli abang long

Suami mithali masak murtabak untuk sambut birthday isteri tercinta. Bahagia wohh wanita kahwin dengan lelaki pandai masak

Kakak masak lazatnya-lasagna untuk perut tercinta

Ni abang aku yang bakal solo tak lama lagi (we pray so). Ada sesiapa berkenan??

Raya ketiga pulak adalah busy dengan tetamu keluarga bakal menantu ihikhikhik.. Hepp bukan saya punya. Both adalah bakal2 untuk adik2. Yang adik yang satu tu, ku doakan dipanjangkan jodoh ke akhir hayat. Yang satu lagi pulak ku doakan.. takyah cakap lah. Kan tak baik mendoakan benda yang buruk2. Dengan adik sendiri lak tu. So abaikan je la.

Tahun ni mak aku memang banyak memasak sebab memang ramai orang datang beraya. Mak aku pulak jenis yang suka bagi orang makan so merasalah kau satu hari masak 3, 4 kali. Aku pun merasa jugak mengemas dapur & 3 ruang makan 3, 4 kali sehari. Pitams.

Memperkenalkan hidangan terhebat raya tahun ini!!!

Tepung jewer and sambal = breakfast dari syurga.

Oren bodoh. Rumah orang2 cool je ada hidang air ni.

Favorite flavor: sarsaparilla y'all!!

Raya Aidiladha aku celebrate kat KL dengan family sendiri (read: me and my 5 cats). So takde acara korban2 bagai, apatah lagi makan lemang ketupat rendang segala kejadah. Tapiiiii weols tetap ada juadah raya.

Tu diaaa bungkus dengan aluminum foil sampai 2 lapis -___-"

Tadaaaaa!!!

Haa kelas berganda kau maria beraya ala western nih. Kenyang 2hari mengadap benda ni je. Jenuh nak habiskan woh, rasa macam sumpah sebulan taknak makan ayam dah.

Akhir kata, terima kasih daun keladi, harap2 tahun depan dapat makan sedap macam ni lagi. 

*cium cium*

nRelate All Blog Sections