"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Monday, May 9, 2011

Rintihan Hati.

Macam biasa tajuk entry mesti nak drama habis. Takleh blah la jiwa drama queen kau ni.

Saya sebenarnya adalah sgt teringin update blog. Banyak benda nak cerita tapi tah kenapa macam takde masa sangat nak buat entry. Nak blog-hop pun tak berkesempatan. Tiap2 hari balik kerja dengan rasa letih yang amat, macam banyak sangat kerja yang dibuat kat ofis padahal aku rasa aku la manusia paling takde kerja nak dibuat. Dahla tiap2 hari pun mengantuk kat ofis. Pukul 9pagi dah mula tersengguk2 kat meja. Tak sedar diri duduk betul depan pintu bilik Big Boss, selamba je nak ngantuk2. Memang tunggu masa kantoi ngan Big Boss pastu pasrah terima surat pemecatan haha.

Sekarang memang sedikit kepenatan tak cukup tidur. Who would've thought that jaga 5 ekor kucing adalah memenatkan. Time consuming and full-attention consuming. Macam jaga baby. Sekarang rutin ialah balik kerja terus hadap kucing. Bagi makan, bersihkan sangkar and litter box, teman dorang main. Ngongok si mak kucing tu pun xnak kalah, sibuk nak buat perangai jugak. Sekarang ni malam2 mesti dia bising2 xtau nak apa, pastu kacau aku tido. Kejap2 datang kejut. Aku ajak makan dia keep on mengiau, teman gi litter box dia keep on mengiau, aku peluk ajak tido xmau pulak. Mengiau2 tah kenapa tah. Dahla si kenit2 tu masing2 adalah jelmaan monyet. Eton si bongsu tu pandai keluar sangkar sendiri okay, pastu merayau2 celah2 almari bagai. Risau je tersepit kat mana2. Hujung2 aku tak cukup tidur gara2 nak keep watch. Tapi monyet2 tu la yang eventually made my day, walaupun rasa cam nak penyet2 je dorg tu.

Okeh nak sambung buat kerja. Rajinnya budak ni pukul 7pm still dok buat kerja kat ofis lagi. Memanglah sebab asyik ngantuk curi tulang pastu kerja xsiap pastu gelabah bila HOD mintak discuss semua kerja esok pagi. Rasain.

Macam biasa sambung cerita di lain entry. Bila nak sambung?? Haa itu yang kita tak tau.

2 comments:

~adeQ~ said...

ti, bagi aku sekor....

Emi Dino said...

haha.. kucing penyet...!!! ngongok tu fedap dok dlm rumah je tau tak..dah lah suka nyamar jadi karpet ala2 bulu rimau tu.. amol asik nak terpijak jer.. dia tensen... hujung minggu ko jimbaan x bawak dia... lagi dia tensen....!!

nRelate All Blog Sections