"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Tuesday, May 31, 2011

Metal is strictly not for vegetarian


Big boss asked Maman to clean up the battery charger as a customer requested to view the unit tomorrow. The battery charger is almost the size of 32" TV with rugged detachable metal casing. And the metal cover is nowhere to be found.


Maman: 
Weh Min ni cover dia ni mana ek? 

Mumin: 
Kat situ xde ke? *looking around*
*talking to Yoyo* Mana cover charger ni ek? 

Yoyo: 
Ntah. Mumu dah makan kot. 

Mumin: 
Eh mana boleh. Dia kan vegetarian.

-___-"





Note:
  1. Mumu was our HOD. He's a vegetarian, being a Hindu. He just resigned last week so the boys are in the mood of membahankan beliau. Eh wait, dorang memang sentiasa membahankan beliau kot...
  2. Nama2 watak semua bukan nama sebenar. Harap maklum

Monday, May 30, 2011

Truth hurts. And funny sometimes.

Favorite quote of the month;

"Orang cantik pun ada big pores. They just dont go showing it around, unlike you"

BHAHAHAHAHA!! Adoiiii berdarah telinga dengar statement you ni hokey! Tapi bukan telinga I la, sebab I bukan "orang cantik" tu hahaha.

Wednesday, May 25, 2011

Greetings from Thailand


Pagi tadi semua orang kecoh2 setting up Skype for a conference meeting between the boys from my department and our supplier partner from Thailand. So they were testing out the connection from the conference room and desk on my department. 


Amin (engineer dept aku, talking thru the laptop at his table):
Hello.. Can anybody hear me?

GM (from the other end at conference room):
Hello. Helloooo...

Amin: 
Hello.. Can hear me or not?

GM:
Ya. Sawadikappp..

Amin:
Sawadikapp.. Bla bla bla *babbling something that sounds convincingly very Thai-ish*

GM:
Khap khapp..

Amin:
Au au. Ka phun khappp..

GM:
Au au. Khapp.. *bebel2*



And they went on merepek2 for a good 5minutes -__-"


Tuesday, May 24, 2011

Kejelitaan adalah hak milik setiap insan

Him: Eh Adi why you look so pale today? Tak sihat izzit?

Me: Haha noo lah. I tak put on any make up today.

Him: *stare* So this is your natural look lah?

Me: Ya lor...*smile & beaming*

Him: Oh..

Him: Go put on some make up. Now.

Me: (T__T")



Yelah2 weols dah insaf la nih, tak nak feeling2 natural beauty lagi. Pengkeji la uols nih, menci. Pftt.

Thursday, May 19, 2011

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Harini saya adalah bangun lambat. In fact the whole house bangun lambat. Aku terjaga around 8:30am and my sisters & abg ipar belum bangun pun lagi. Since dah bangun lambat maka dengan senang lenang la aku bersiap2. Takde maknanya nak kelam kabut rushing2 bagai, nama lagi dah lambat. 9:30 baru keluar rumah, pukul 10 sampai office. Yeah, harini rasa macam office ni Encik Solikin yang punya ngahaha..

* * * * *

Semalam I left office around 6pm sebab nak singgah Guardian kat Giant beli barang sikit then lepak Starbuck minum coffee sambil online. Ececeh feeling bimbo kejap. But then once sampai je sana terus tukar plan. I went to Guardian kat luar Giant instead and lepak kat mamak. Bajet nak jimat duit sebab outlet yg kat luar ni kecik, barang tak banyak so perbelanjaan pun terhad. Plus drinks kat mamak berganda lebih murah dari Starbuck. Tapi bila aku nak gerak balik around 7:30pm tu hujan start turun lebat. Nak tak nak ke Giant jugak lah. And hujung2 habis jugak 200hengget kat Guardian SAHAJA. Aku pun xtau laaa amenda aje yang aku beli. Then sementara nak tunggu hujan betul3 reda sambil berjujuran air mata penyesalan saya pun pergi lepak kat Starbuck utk online. Tapi dari jarak jauh je la sebab dah jatuh miskin so park kereta depan Starbuck and online dalam kereta je haha. 

* * * * *

Niat hati malam tadi nak buat manicure then pakai satu nail polish yang dah berzaman beli tapi xpernah pakai tu. Last2 cuma sempat pakai base coat je. So harini kuku bersinar of the clear polish, rasa macam zaman skolah menengah lak ahaks *kelip2 mata*

* * * * *

On my way to work this morning tiba2 it hit me that aku selalu dipertemukan dengan jejaka2 yang suka mendedikasi lagu. Since sekolah menengah sampai sekarang. If lagu tu lagu best or lagu faveret aku then i'll be very excited, if not then aku just ignore je haha. Nak feeling2 touched dan hati-mula-berbunga-cinta memang tak la. But I appreciate each and every one of it very much. Saya pasti akan ingat semua lagu yang pernah didedikasi, cuma kadang2 lupa sape yang dedicate huhu. Ampunnnnn..

* * * * *

This one goes to Malay people. Kenapa ek its ok for orang Melayu to use English, Indonesian, Hindustan, Latin, Japanese, Korean songs for ringtone but not ok when it comes to Chinese songs? I mean, sama je kot mcm English, Japan songs tu semua. Still not a Malay song tapi kenapa macam pelik sangat when it comes to ringtone lagu Cina? Kenapa?? Dan kenapa if it was lagu Tamil jadi kelakar pulak? Kenapa???

* * * * *

I found a grey hair on my head. Kali ni bukan the usual grey hair sebab rambut rosak tu *ayat denial* tapi ia betul2 grey hair yang tumbuh dari akar hingga ke hujung. Please hair, saya masih berumur 20-an. I promise I'll be  more kind to you *capai hair brush*

* * * * *

Eh semalam tiba2 Mr. Dear called me!! Patutlah hujan lebat haha. Thanks for calling (finally!! Hehe). Walaupun u mungkir janji jalan2 ke Singapore tapi that once-a-lifetime phone call adalah amat dihargai ngehehe.. :P

* * * * *

Kerja yang sikit2 nih kalau tak siapkan cepat memang akan membukit. Kalau mengantuk time kerja jgnlah nak melayan twitter sgt dengan harapan akan hilang ngantuk. Sebab lepas tu harapan untuk siapkan kerja juga akan hilang sebab dok ralit ngan twitter.

Sekian.

Monday, May 9, 2011

Rintihan Hati.

Macam biasa tajuk entry mesti nak drama habis. Takleh blah la jiwa drama queen kau ni.

Saya sebenarnya adalah sgt teringin update blog. Banyak benda nak cerita tapi tah kenapa macam takde masa sangat nak buat entry. Nak blog-hop pun tak berkesempatan. Tiap2 hari balik kerja dengan rasa letih yang amat, macam banyak sangat kerja yang dibuat kat ofis padahal aku rasa aku la manusia paling takde kerja nak dibuat. Dahla tiap2 hari pun mengantuk kat ofis. Pukul 9pagi dah mula tersengguk2 kat meja. Tak sedar diri duduk betul depan pintu bilik Big Boss, selamba je nak ngantuk2. Memang tunggu masa kantoi ngan Big Boss pastu pasrah terima surat pemecatan haha.

Sekarang memang sedikit kepenatan tak cukup tidur. Who would've thought that jaga 5 ekor kucing adalah memenatkan. Time consuming and full-attention consuming. Macam jaga baby. Sekarang rutin ialah balik kerja terus hadap kucing. Bagi makan, bersihkan sangkar and litter box, teman dorang main. Ngongok si mak kucing tu pun xnak kalah, sibuk nak buat perangai jugak. Sekarang ni malam2 mesti dia bising2 xtau nak apa, pastu kacau aku tido. Kejap2 datang kejut. Aku ajak makan dia keep on mengiau, teman gi litter box dia keep on mengiau, aku peluk ajak tido xmau pulak. Mengiau2 tah kenapa tah. Dahla si kenit2 tu masing2 adalah jelmaan monyet. Eton si bongsu tu pandai keluar sangkar sendiri okay, pastu merayau2 celah2 almari bagai. Risau je tersepit kat mana2. Hujung2 aku tak cukup tidur gara2 nak keep watch. Tapi monyet2 tu la yang eventually made my day, walaupun rasa cam nak penyet2 je dorg tu.

Okeh nak sambung buat kerja. Rajinnya budak ni pukul 7pm still dok buat kerja kat ofis lagi. Memanglah sebab asyik ngantuk curi tulang pastu kerja xsiap pastu gelabah bila HOD mintak discuss semua kerja esok pagi. Rasain.

Macam biasa sambung cerita di lain entry. Bila nak sambung?? Haa itu yang kita tak tau.

nRelate All Blog Sections