"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Saturday, February 5, 2011

Katak yang degil

Dah hampir 2minggu musim hujan. Dan dah hampir 2 hari berturut2 hujan turun tak berhenti. Paras air di Kin's Swamp dah mula meningkat. Fasha dah mula rasa excited gila, dengan hujan sederhana lebat yang tak berhenti mesti syok kalau dapat main air ramai2 dengan kawan2. Fasha segera bersiap sambil tersenyum riang. 

Mama Fasha hanya memerhati. Dia dah pesan banyak kali pada Fasha supaya jangan keluar main air musim hujan macam ni. Dengan hujan tak berhenti2, dengan paras air yang meningkat macam2 boleh berlaku. Tambahan lagi arus air agak deras dan tanda2 banjir besar akan melanda mula kelihatan. Jika benar banjir besar melanda, seluruh kawasan Kin's Swamp pasti ditenggelami air, sekaligus memaksa penghuni2nya untuk berlindung ditempat yang benar2  selamat. Dan kehilangan nyawa sememangnya tidak dapat dielakkan. Sungguh merisaukan.

Fasha yang sudah bersiap2 terus keluar tanpa memperdulikan larangan ibunya. Dirinya kini hanya dipenuhi dengan keseronak duniawi bermain air bersama teman2, berperasaan seolah2 sedang berbikini dipersisiran pantai Bali berkelah sambil berparty new year.. ohh memang feeling Baywatch habis ah. Fasha dah teruja gila. Dan hujan masih belum menunjukkan tanda2 mahu berhenti..

2 hari Kin's Swamp ditenggelami air. Kawasan rumah berhampiran turut menerima nasib yang sama, malahan ada rumah yang tenggelam sepenuhnya dalam limpahan air banjir. Syukur, pada hari ke-3 air sudah surut dengan banyak, dan penduduk di beberapa buah rumah sudah boleh pulang untuk membersihkan kediaman masing2. Sekarang sudah hari ke-5, Fasha masih juga belum pulang. Mama Fasha hanya mampu berharap yang anaknya yang satu itu selamat. Tiada siapa tahu yang Fasha kini terperangkap dalam timbunan lumpur di celahan perabut milik Encik Kin. 

Dan lebih malang untuk Fasha kini Encik Kin sekeluarga sedang giat membersih rumah mereka yang turut ditenggelami banjir dengan agresif. Dengan semburan air bertekanan tinggi, berus dan penyapu bergerak bersilang2, orang keluar masuk, simbahan air sabun yang beralkali memedihkan, setiap barang dan inci sudut rumah sedang dibersihkan. Tiada tempat untuk Fasha berlindung. Kini Fasha the frog hanya mampu menempel di dinding yang sedang dibersihkan, sambil menyesali diri mengenangkan kedegilannya tidak mematuhi larangan ibu. Fasha menangis dalam hati.






As for me, this is like the 500th hundred katak yang aku jumpa among the other hundreds of centipede, hopper and various species of lizards time tengah bersihkan rumah harini. Dahla lumpur tebal, dengan nak mengalih2 barang2 mak aku yang banyak gile, dengan nak bersihkannya lagi.. Aku dah letih nak menyelamat binatang2 tu semua. Now, katak ni nak diselamatkan ke nak biar je jadi mangsa animal cruelty adik2 aku?

* * * * * * * * * * * * * *

The Kin's Swamp @ potential swimming pool

No comments:

nRelate All Blog Sections