"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Wednesday, December 28, 2011

Trust.

I have trust issue. Walaupun aku mudah mesra dengan orang tapi bukan senang untuk aku percaya kan orang. Kadang2 dengan family sendiri pun aku tak percaya.


Sekarang aku dah mula hilang kepercayaan pada diri sendiri. Aku rasa aku dah hilang kawalan. Serius ni. Haritu aku jatuh terjelepuk kat SSTwo Mall. Esoknya pulak pagi2 jatuh terjelepuk depan bilik. JATUH LAGI. Aku pun tak tau macam mana aku boleh jatuh. Nasib baik dalam rumah je and depan kakak aku. Kalau tak malew kitew.. Pastu kat office pulak 2 kali aku langgar file cabinet. Kali ni xde orang nampak sebab aku berjaya tahan gelak, just tersengih sorang2 sebab rasa bongok huhu ^__^"


Malam semalam kami adik beradik pegi makan pizza. Lepas tu pegi Carefour beli barang. Mula2 aku jalan dengan adik tapi kan ramai orang, yang aku ni pulak jalan laju so aku jalan depan sikit dari adik. Kakak dah jalan dulu kat depan aku, berkepit dengan laki dia. 

Masa lalu depan kedai emas (kot..) aku terpandang poster Scha Al-Yahya pastu aku dah tersengih2 sebab ingat nak usik adik pastu tiba2 aku dengar adik cakap "Eh budak *mumble mumble*..." pastu sebab tak dengar mumble2 tu aku pusing and tanya "Huh?!" pastu tiba2 belakang aku tu orang lain rupanya. Pastu mamat tu muka terkejut xleh blah pastu aku pun malu... Sial adik gelakkan aku macam nak mati. 


So yeah, I cannot be trusted. Jatuh merata2, berjalan langgar semua benda, buat benda bongok memalukan diri sendiri.. I need a guardian. Rasanya aku mengalami mutasi la.  Mana Hugh Jackman meh jadi cikgu guardian ai. Pastu mesti ai dah tak menggelabah bongok lagi.

.
.
.
.
.


"Kau ni pastu pastu.. Tak reti guna nokhtah eh? Jalan dahla laju, cakap pun nak laju, senget2 muka tu bercakap.."

"Biar ah!! Kau cakap kaki aku panjang kan? sebab tu la jalan laju"

"Oh jalan laju sebab kaki panjang, abistu cakap laju tu apa yang panjang??"

T_______________T

Wednesday, December 21, 2011

Macam2 hal.

Di suatu malam yang hening waktu aku tengah kelam kabut nak online untuk urusan penting, secara tiba2 the screen of my lappy went blank. Lepas tu bila restart balik pun tak display apa2. Sah rosak. See kan aku dah cakap, masa ni lah semua benda pun nak mintak duit. So laptop ni nak hantar repair ke nak ganti baru je? Dua2 pun bukan. Pinjam laptop abang adalah pilihan yang lebih bijak di saat2 kesempitan begini miahaha. Pastu bila abang outstation menggelabah la aku sorang2 sebab takde laptop wuuu~ :'(



Semalam pergi SSTwo Mall sebab nak cari hadiah untuk office's year end party. Nak pergi SSTwo Mall tu bukan sebab gatal nak check out shopping mall baru, sumpah bukan. Tapi sebab terpengaruh dengan promosi seorang rakan yang mengatakan barang yang aku nak beli tu dijual dengan harga murah kat sana. So gigihlah pergi cari. Malangnya benda yang dicari tak dapat nak beli sebab kedai dah tutup. Lebih malang lagi bila aku jatuh terjelepuk kat car park. Seriously terjelepuk jatuh terduduk. Dahla jatuh depan my fren, lepas tu elok je dah jatuh tu ada kereta lalu pulak. Merasa kau tengok aksi bongok aku. 

Untuk orang yang biasa terjatuh langgar sana sini macam aku ni, mesti faham the feelings that you get bila benda tu nak jadi, everything flashed before your eyes slowly. Like you can see yourself falling in slow motion. First thing I'd feel right after those things happened ialah rasa bongok. lepas tu baru rasa sakit (if applicable). The perasaan benda tu jadi secara slow motion tu adalah kelakar gila. Tiap kali lepas jatuh memang aku akan gelak gila2. Lawak ok. 

Tapi instead of join gelakkan aku, my fren ni cepat2 tarik aku bangun lepas tu bising2 kat aku pulak jalan sampai terjatuh. Pftt tak sporting langsung. Aku syak dia malu kot jalan dengan aku. Yelah penat je member tu control macho, yang aku ni pulak selamba buat benda bangang jatuh terjelepuk kat public. Nasib baik tak tertonggeng, or else mungkin aku dah selamat kena tinggal balik sendiri.



Semalam pagi aku pergi kerja lambat sebab I couldnt find my car key. Setengah jam jugak la aku tertonggeng menggeledah cari kunci tu. Finally jumpa kat dalam my cats punya play-house. Dorang sorokkan kunci kereta aku ok!! Balas dendam ke hapa korang ni?



Last 2 weeks aku bawak the boys pergi spay. Then masa jemput diaorg tu the vet bagi jajan utk semua; RC yang lazat. 

So simpan lah dalam peti simpanan jajan ni...

Satu hari aku balik kerja, I found this:

Dah pandai bukak kotak sendiri and ambik makanan. So bila korang semua nak pandai clean up litter box sendiri pulak? Or tahu nak tolong kakak sapu rumah? At least pandai kemas sendiri lepas main pun cukup lah. Please?

Friday, December 9, 2011

Guess what? Your medicine is not working.



1. 
Minggu ini adalah minggu yang meletihkan; physically and emotionally. Hell.

2. 
Kenapa la semua benda suka mintak duit sekaligus? Masa nilah nak kena bayar itu, nak kena ganti ini. Masa ni lah roadtax mati, lense nak hilang, cermin mata nak kena ganti, kucing nak kena spay, nak beli kasu... ok tak. Dapat duit lebih pun macam tak dapat duit, hujung2 tetap jadi tak cukup. Sabar jelah.

3. 
Korang pernah bersin sampai hidung berdarah? Waktu pagi2 buta sebelum subuh. Sumpah tak seronok.

4.
Untuk orang yang tak pernah luka, one fine scratch feels like a life threatening wound. Tapi untuk orang yang biasa sakit, setakat patah riuk tu takde hal lah. Sama macam orang yang tak pernah tengok hantu akan rasa bayang2 adalah benda paling mengerikan. Macam abang gangster badan ketak2 muka parut2 pun ada yang boleh pengsan bila nampak lipas. Different people deal with things differently. So don't simply judge people. We are not them, we dont know their story. So janganlah judge saya ok? Please JANGAN. JANGANNNNNNNNNNN!!! Ewahh tiba2 nak drama.

5. 
Someone I knew online lost her precious cat this week. And she's in the middle of "battling" her own-self. Just reading her story makes me wanna die already. I've been there, but still, I can only imagine how bad she must be feeling. Rasa lost atas kematian her best companion dan rasa lost dengan diri sendiri. I should be more thankful and appreciate my shitty life. At least I still have my precious Ngongok and her four monkats. No monkats tu bukan typo. Itu ialah monkey + cats. Kucing2 aku semua macam monyet. Mereka memeningkan kepala but amat menyenangkan hati. Terima kasih Tuhan.

6. 
This might sound cocky but selama ni, (Alhamdulillah) aku tak pernah silap menilai orang. But for this time around, I really hope that I'm wrong. Ya Allah, please, PLEASE let me be wrong. Just this one time pun jadilah :'(

7.
You know how sometimes kids see only the best of everything? Like how they really believe that there's a real superhero out there. Or how friendly and fluffy a bear is. And we just let them believe simply because those thoughts are just so innocent and beautiful, and it makes them smile and laugh. We just dont have the heart to tell them how far those thoughts really are from the truth. This is why sometimes some people prefer to keep quite and not tell the truth. Because they dont want to ruin the happiness and joy of others. Because they want to keep that smile, that one little smile on others. Truth does hurt you know.

8.
Demm i sound soo old in this entry. Gahh.

9.
Benda paling membencikan tentang sakit ialah bila kena makan ubat. Aku paling tak suka makan ubat. Sumpah tak suka. Eiii kitew xske xske xskeeeeeeew haa macam tu. Huh mengada gila. Nah amik kau ubat pelempang sedas.




Okbai nak balik kampung untuk sesi menyarung cincin. Harap2 aku dapat tahan diri dari membunuh orang AMINNNNNNN.

Monday, December 5, 2011

Decision making.

I'm sooo demm mengantuk rite now its ridiculous.


Rambut aku dah macam panjang gila. And its out of shape already and rasa berat. Aku tak boleh nak ikat rambut kerap or lama2 sebab nanti kulit kepala akan rasa sakit. Sebab rambut rasa macam kena tarik, macam ada makhluk angker bergayut kat rambut kau. Lepas tu kepala akan mula rasa sakit dan aku mula la rasa nak mengamuk.

Aku dah gigil2 nak pergi trim rambut, tapi takut pulak nak pergi salon (info: aku takut gunting rambut. Tak tau kenapa). Dahlah the only hairdresser yang aku percaya adalah di Segamat. Yang kat sini muka je hensem tapi tak berapa boleh harap. Kalau setakat untuk cuci rambut dan cuci mata tu boleh la, nama untuk gunting rambut tu memang takkk la. Aku lebih rela dilabel mak lampir dari menyerahkan rambut ku pada dorg.. (padahal takut nak potong rambut). Ahh diam ah!!

Tapi aku ada gak rasa macam nak potong pendek je rambut aku ni. Shorter than the last time I cut my hair short. Malas pulak nak rambut panjang2 nih. Tapi sayang la pulak.. 


Apparently, since masuk tahun baru ni (Muharram) banyak pulak benda yang aku nak kena fikir. I was planning to take things slowly, figure out & settle satu persatu. Tapi nampaknya semua benda demand my attention sekaligus, selepuk datang mengadap. Senak kepala otak weh!! But since I've made my vow to take myself seriously sempena tahun baru ni, maka nak tak nak kenalah hadap jugak... walaupun rasa macam nak menangis.. Mungkinkah aku patut postpone plan aku ni ikut kalendar Masihi?? *nangis dalam hati*


Pernah tak korang rasa lapar gila that you could eat just about anything, tapi kau just tak tau nak makan apa. Padahal tengah lapar sungguh2 ni. Pernah? Aku selalu rasa macam tu. Hampir tiap2 kali. Sekarang ni tengah rasa macam tu la. Sumpah annoying gila aku ni. Aku tengah lapar nak pegi lunch tapi tak tau nak makan apa. So end up tak pergi lunch. Pastu officemate semua usik2 cakap aku diet. Kepala otak dia lah. 


Time2 macam ni ada lebih baik jika aku banyakkan bersabar. Harap2 usaha aku untuk jadi insan yang lebih penyabar ni direstui dan diberkati oleh-Nya, walaupun nampaknya makin banyak kejadian yang memerlukan aku meroyan. Ni setan je semua ni. So tabahlah wahai hati..




Buai laju-laju,
sampai pokok sena.
Apa dalam baju,
seorang perempuan gila.



Babai uolsss *lambai ratu*

Thursday, December 1, 2011

November bulan bersosial

Biasanya kalau tarikh2 unik ni (contoh 1.1.11, 19.9.91, etc), perkara paling trending ialah aktiviti majlis akad/nikah atau aktiviti sosial. Tarikh istimewa katanya, sekali seumur hidup. Padahal semua tarikh pun berlaku sekali je. Tak paham aku.

Anyways, pada tarikh 11.11.11 yang lalu, kerana saya belum mampu untuk buat majlis akad-nikah so saya buatlah aktiviti sosial. Lagipun aku dapat invitation to attend Puma Social Club soft-launch so memang kena bersosial lah.

I invited my twitter fren, Suen. Kitaorg tak pernah jumpa and not even that friendly pun kat twitter. But I chose to invite her sebab she lives nearby my office dan sebab dia adalah seorang perempuan. Wahh reason macam perempuan suci sangat tak pernah tengok lelaki pun kannn. Padahaalll...

Actually aku sedar aku ni dah terlalu ramai kawan lelaki, kawan perempuan adalah 3-4 orang je. Dari kecik memang macam ni tak taw la pasai apa. Best friends aku pun mostly lelaki. So demi mengelak dari dilabel seorang gedikmengada2flirtybitch seumur hidup, baiklah aku mula menambah bilangan kawan perempuan aku.

I picked her up at her place dan perkara pertama yang aku cakap ialah "Hi alahhh comelnya kau ni!!" instead of just simple smile and "Hi" 

-__-"

Yeah I have this bad habit of speaking my mind out loud, one of my many ways of embarrassing myself.

Nasib baik dia ok je dan terus melayan aku bercakap non-stop sampai ke sudah. Semestinya siap pakej bergossip sekali. And now kami ialah pasangan kekasih gelap rasmi. Eh.


My gefren baru. Jangan kacau.

And aku jumpa dengan PeejBurhan jugak. Sebab aku nampak dia tweeted about having to attend an event sorang2 on the same day so aku tanyalah if dia attend event yang sama. She said yes pastu siap nak tumpang join menyelit dengan aku & Suen. Weols ok je lah. Katanya nak bersosial kann.




Oh dan sebab MOFEW 2011 was held at MV exhibition hall on the same day so I decided to visit budak berdua ni punya booth untuk bersalampelukcium ewahh.


Alahaii diaorang ni memang khabar seindah rupa. Memang sweet couple. Yana (Petisuara) ni comel kecik molek je orangnya. Wan (Hentakbelipat) ni xdelah seganas mata lebam dia tu. Suara abang2 habis. Tu yang buat Yana sangkut kot *ehem2*.


Live adalah lagi comel dari ini. Rasa mcm nak peluk je both kuat2

Eh btw budak berdua ni adalah owner of Cala Qisya & Cala Man. Cala Qisya is not typical online shop as they designed their outfits. Seriously from choosing the material to bergaduh dengan bangla the tukang jahit to dealing with customers to selling it online/at booth. Cala Man pulak ada items yang rare, fresh and up to date. Diorang baru update new items, so sila lah cekidaut.


On Sunday pulak pergi bersosial dengan kawan2 se-degree kat wedding our classmate. Since the majlis was held kat Shah Alam maka meriah sikit kehadiran rakan2 kelas. Main activity macam biasalah, mestilah bergosip hewhewhew.

Antara attendees.
The middle yang dukung anak tu ialah lecturer merangkap ketua geng gosip.

Si comel whiskas ku yang datang dari Sabah. Laffchu!!

Semangat gila bergosip, dah tak pandang kiri kanan hujan ribut petir.


Fact: Topex the pengantin nikah on the 11hb pukul 11:11am. Gigih weh bajet timing T_T" 




Homaigod its December already!! This.Cant.Be.Happening. *bite nails*

Thursday, November 17, 2011

Puma Social Club Night

Baca tajuk betul2. Club night bukan night club. Jangan nak macam2.




Berita baik untuk uollss nocturnal humans out there!! Gitteww.. Haha. Puma Social brings to you The Social Club nights, where the after-hour athletes get to enjoy playing the social sports while socializing. Maksudnya boleh main bowling or snooker or arcade games or other social sports sambil mengurat making friends faham?


This social sports event was first launched in April this year, and the second round was launched last Friday 11.11.2011 at Cosmic Bowl Midvalley. And I was invited *muka angkuh*
macam aku sorang dijemput kannn haha.

The venue

Sampai2 je terus tepaku cuci mata dengan pandangan indah ciptaan Tuhan. Pastu baru perasan James Baum rupanya. Patutlah hensem semacam hewhewehew.

Badan yang bernama James Baum

MC pun hensem kot. Menangis.
Call me Josiah Mizukami the hotness jyeahhh!!

Tak ni bukan Dafi baikpunya tu. Ini ialah singer Adrian Tan. Tapi tetaplah baekkk punyaaaaa..

Some other celebrities;
From Left: 1.Roshan Narayan, 2.Jay Menon, 3.Ben Jern, 5.Jason Phang

Cikaross.

So we were divided to few teams. All teams were to compete each other on unlimited round of bowling. Maksudnya kau baling la bola tu berapa kali pun, berapa game pun, sampai MC kata berhenti. Team with highest score wins. Simple.

The teams


I was a Songbirdz. Tapi aku tak baling bola pun sebab awek Puma pakaikan aku wristtag ni longgar so aku terus takde mood. Potong betul. Pftt.


The winning team - Foodie


This event also takes place at other venues outside KL so sesiap yang berada di lokasi kejadian silalah check out the event ok. Tarikh dan tempat kejadian adalah seperti berikut;

  • 25/11 - Ecoba, Damansara Perdana
  • 26/11 - Movida, Sunway Giza
  • 2/12  - Fuel, Autocity, Penang
  • 9/12  - Movida, Melaka
  • 10/12 - Hola Pub & Bistro, Johor 

And the final event will take place back at Cosmic Bowl MV on the 16 Dec. To get the exclusive invitation & discount vouchers sila check out the details at Puma Social website.

Just take the simple social quiz to categorize what types of social athlete are you which basically to tentukan your group, and they'll send the invitation via email.

I'm a Foodies.

The invitees list.

Senang cerita sila explore sendiri their website. Jangan malas.


So lepas ni kalau korang kena marah dengan mak sebab balik lewat sebab khusyuk melayan snooker, korang bagitau lah kat mak korang saya ialah Puma's After Hour Athlete. Tapi pastu kalau korang kena lempang or kena halau jangan nak salahkan aku ok. Sapa suruh balik lewat?!

Akhir kata, sesungguhnya semua gambar yang elok tu datangnya dari Facebook Puma Malaysia, dan yang buruk tu datangnya dari saya sendiri. Dan PeejBurhan. Hehe :p








Yang Benar;
Geng Mak Limah Balik Rumah



kekasih gelapku, weolls, nannoormrs.imranlinapeejburhan

Thursday, November 10, 2011

Raya y'all!!

Seperti yang dijanjikan, terimalah laporan sambutan raya Aidilfitri. Yup raya Aidilfitri, bukan Aidiladha. Tiada Aidiladha untukku tahun ini.. wahh ayat macam nak mintak kena lempang.

So raya tahun ialah giliran our side of the family maka semua dah selamat berkumpul kat rumah parents aku by Monday. Aku tiba paling lewat sekali, on Sunday night sebab nak mempersiapkan diri secukupnya demi nak mengangkut 5ekor monyet tu sekali balik beraya. Bukan senang ok, nak kena kemas barang2 diaorang je dah buat aku rasa macam nak berbuka. Tu belum masa travel lagi. Aku dah cukup risau dengan Ngongok yang baru few days operate for spaying, tambah pulak monyet2 4 ekor tu buat perangai. Yang bergaduh lain, yang nak buang air lain, pastu masing2 berebut mintak pangku. Memang menguji kesabaran betul.


Dan tahun ni takde potret family mahupun potret sendiri. Tak sempat nak snap family pictures sebab kakak lambat bersiap so sessi bersalaman only started at 11am. Time tengah salam2 tu dah ada tetamu bagi salam nak datang beraya. So semua orang cepat2 salam cium pastu mak and bapak gi sambut tetamu, yang lain bertempiaran seolah2 takde apa2 yang berlaku haha. Cemerlang gila family aku berlakon.


Gigih di pagi raya demi Ngongok tercinta.


Ok father, I maafkan you. Lain kali jangan kutuk2 kucing I lagi okeh.

Saat sebelum semua menggelabah salam laju2.


Abang2 kawasan berdiskusi

My only gambar raya tahun ni.

Aku tak sempat nak camwhore sebab sibuk gila layan tetamu. Nak keluar beraya pun tak sempat ok. Ececeh macam lah ada tempat nak gi beraya pun hukhuk. Memang nasib gadis single tak berpasangan kena duduk rumah menghambakan diri so pasrah je lah.

Tahun ni tetamu adalah ramai gila macam nak gila. Serius rasa macam nak gila ok. Orang kat sini suka berkonvoi ramai2 beraya so setiap batch tetamu yang datang ialah sekurang2nya 3 kereta. So bayangkan lah perangai masing2. Paling musibatun ialah satu batch tetamu Ali Baba dengan 40 penyamun. Datang rumah orang dahlah memekak, buat lawak tak kelakar, bawak anak masing2 perangai macam monyet. Memang tak la aku nak bergelak ketawa layan korang. Tak peduli la korang nak mengata tuan rumah tak layan tetamu ke, hapa ke. Yang kau tu bertamu kat rumah orang pun tak beradab, apa hal pulak kan. Satu hal pulak masing2 bau ketibu. Elokkk perangai dengan keti sama je busuk. Memang hazab nak melayan tetamu macam ni. Macam setan.

Raya kedua ialah bersamaan dengan hari kemerdekaan yang ke-54 kan so malam tu kitaorg dengan semangat patriotik habis siap beli kek untuk sambut merdeka.. ok tipu je. Beli kek sebab sambut birthday adik ipar kesayangan aku a.k.a menantukesayanganbapak on 31st itself dan abang long takberapanaksayangsangat on 1st Sept. Juga sempena meraikan our other 2siblings yang juga dilahirkan pada bulan Ogos. Haaa amik kau mau tak meriah.

Segamat also got Secret Recipe ok

Mereka2 yang diraikan


Sessi membuli abang long

Suami mithali masak murtabak untuk sambut birthday isteri tercinta. Bahagia wohh wanita kahwin dengan lelaki pandai masak

Kakak masak lazatnya-lasagna untuk perut tercinta

Ni abang aku yang bakal solo tak lama lagi (we pray so). Ada sesiapa berkenan??

Raya ketiga pulak adalah busy dengan tetamu keluarga bakal menantu ihikhikhik.. Hepp bukan saya punya. Both adalah bakal2 untuk adik2. Yang adik yang satu tu, ku doakan dipanjangkan jodoh ke akhir hayat. Yang satu lagi pulak ku doakan.. takyah cakap lah. Kan tak baik mendoakan benda yang buruk2. Dengan adik sendiri lak tu. So abaikan je la.

Tahun ni mak aku memang banyak memasak sebab memang ramai orang datang beraya. Mak aku pulak jenis yang suka bagi orang makan so merasalah kau satu hari masak 3, 4 kali. Aku pun merasa jugak mengemas dapur & 3 ruang makan 3, 4 kali sehari. Pitams.

Memperkenalkan hidangan terhebat raya tahun ini!!!

Tepung jewer and sambal = breakfast dari syurga.

Oren bodoh. Rumah orang2 cool je ada hidang air ni.

Favorite flavor: sarsaparilla y'all!!

Raya Aidiladha aku celebrate kat KL dengan family sendiri (read: me and my 5 cats). So takde acara korban2 bagai, apatah lagi makan lemang ketupat rendang segala kejadah. Tapiiiii weols tetap ada juadah raya.

Tu diaaa bungkus dengan aluminum foil sampai 2 lapis -___-"

Tadaaaaa!!!

Haa kelas berganda kau maria beraya ala western nih. Kenyang 2hari mengadap benda ni je. Jenuh nak habiskan woh, rasa macam sumpah sebulan taknak makan ayam dah.

Akhir kata, terima kasih daun keladi, harap2 tahun depan dapat makan sedap macam ni lagi. 

*cium cium*

Monday, October 31, 2011

Hoih its last day of October. Setan.



Hai hoii.


Wujudnya entry ini kerana aku rasa mula dikeji update blog sebulan sekali haha. Brengsek kau nak cari bahan membaca pergi la book store jahanam!! Sibuk paksa2 I update blog. Bila ajak lepak mengumpat tak nak pulak. Aku pun macam busy sangat hidup sampai nak update blog pun tak menyempat. Padahal hakikatnya aku sangat takde life lalu takde cerita yang menarik untuk dikongsi dengan orang. Pathetic.


So I gained weight over these past few months. Berapa kg tu aku kurang periksa but I surely gained weight lah. Semua orang yang jumpa aku pun said so. Muka aku dah nampak bulat la, I look fuller lah. Wan hugged me and said "Omaigod K.Adi, you dah ada isi lah! Finally!!" 

T_________T

Walaupun aku memang nak gain weight but apparently this new weight buat aku rasa tak selesa. Badan rasa berat, rasa lethargic, perut pun asyik rasa tak selesa. Doktor cakap ni semua sebab aku melantak tahapa2, so sistem pencernaan went haywire and tak hadam makanan betul2. Seram okeh.. Paling seram perut rasa buncit. Bisa bunuh diri ok!! Actually xdela buncit pun, cuma tak seleper flat macam sebelum ni. Lagipun aku je kot yang fobia melampau huhu. Taknak buncit kalu, silalah buat sit ups.

Tapi yang paling tak best jadi gemuk ni ialah dada dan punggung je yang membesar bagai johan, bahagian badan lain takde pape pun. Stress bila pakai baju still muat tapi sesak tang dada. Apakejadah badan sekeping tapi tetek and bontot besar. Kepala hotak dia lah. Maka dengan ini diumumkan program peningkatan berat badan dihentikan serta merta thank you.



Last weekend I went shopping beli barang2 kucing. I bumped to a friend, and he told me these 2 things;


1. Eh I read your blog tau. Apesal lama tak update? Tak elok malas2 nanti reader lari haha. Eh I pun blog jugak tau! Bla bla bla..

2. You really shouldnt pakai heels la, intimidating ok. Tengok takde orang berani ngurat you. Now shopping pun sorang2, kalau tak ada boyfren boleh teman. Pot pet pot pet..

You baca blog I kan? Nah baca ni:

1. I blog for fun. Sukahatilah aku nak update bila2 pun. I taknak baca blog you punnn.

2. Sapa suruh orang lain pendek, kan dah rasa intimidated tak pasal2. Lagipun if Kimora boleh pakai 5inch heels, so do I! *flips hair*

2. I takde boyfriend bcoz I choose not to. Bukan sebab my height, and definitely bukan sebab sekadar nak jadi peneman I shopping.

Now mesti you seronok kan I buat entry cerita pasal you. Suke tak suke tak? Elehh sukew letteww!!



Sebagai penutup, terimalah dialog2 pilihan bulan Oktober;

* * * * *

Chewaahhh bajet awek2 lettew, lepak McD, makan sorang2, duduk silang kaki sambil main BB..

Setan.

* * * * *

Apehal kereta kau ni, semua pun ada. Buku lah, hanger, bantal, keropok lekor pun ada?! Tema mak2 okay.

Setan.

* * * * *

Ni tengok *tunjuk gambar* Kim Kardashian pun dah jadi hijabster, kau bila pulak?

Tunggu aku pegi Dubai la setan, mcm Kim jugak. Kau tu bila nak jadi jantan sejati?

Setan kau.

* * * * *

Eishh kalau la nyamuk ni boleh mati by halau2 je.. Like shoo nyamuk matilah kau!! pastu nyamuk tu mati ramai2 kan best.

Manusia bernafas ridsect je yang mampu buat tu..

Hahahaha..

You know what..

Hmm?


Kalau nyamuk boleh mati sebab kena maki, you akan jadi pembunuh nyamuk paling berjaya hahahaha.

Kau ni nak mati sangat ke hah setan?!!

* * * * *






Soalan terkumpul: Merujuk kepada teks diatas, siapa yang menganjing suruh aku update blog?



Monday, October 3, 2011

Hello Milo JLo Yellowwww

Penjelasan tajuk entry: The words rhyme. Macam best je. 

* * * * * * * * *

Sebenarnya aku nak post entry pasal sambutan raya. Tapi memandangkan laptop dah menggila dan aku tak selesa nak edit2 gambar raya kat office so kena la tunda sikit entry raya tu.  Lagipun biasalah, laporan penuh on an event kan biasa orang submit few weeks lepas abis event. So Insyallah tunggu semua orang dah lupa daratan pasal cerita raya then baru aku bagi laporan penuh sambutan Syawal saya okeh? PEMALAS.


* * * * * * * * *


Kenapa huruf E harus diletakkan between R sebelah huruf W wahai QWERTY keys? Xpasal2 bila typo berbunyi rempit. Nak taip pegi typo jadi pewgi. Pastu saje/je jadi sajew/jew. Takpun jadi sajer/jer. Tak suker lew derr...


* * * * * * * * *


2 minggu lepas adalah minggu2 yang meletihkan dan stressing. Ngongok been having diarrhoea last 2 week and along the weekend she started vomiting. I was worried that she might be having parvo, which could be lethal. So I spent last week monitoring her and the monyets. By monitoring I mean that I watched them poo and pee, and checked the poo and pee. Seriously ok LIHAT DORANG BERAK LALU PERIKSA TAHI.


Lelaki hot: Hey babe, watcha doin? 
Me: Oh well u know, nothin much. Just poking my cats' poo.. Oh I found a %$9@&3)*# in it!!


Comel kan? 


* * * * * * * * *

So harini aku curi tulang. Dahlah stress sepanjang minggu pastu kepala otak berdenyut2 dari malam tadi membawa ke pagi. Serius sakit rasa nak hantuk2 je kepala. Tak boleh tahan ok. So a woman gotta do what a woman gotta do. Maka mari membawa diri ke saloon buat treatment rambut hewhewhew.

Ketibaan disambut oleh stylist kacak bergaya, memang rasa seperti disyurga yayayayaya. Tapi bila tiba masa untuk rawatan tengok2 stylist kacak pergi serve AhSo kat kerusi sebelah. Pastu tah mamat rambut kembang mana tah dok sengih2 tegur "Hello miss yuh sutah blekfes ha?" sambil syampu rambut aku. Potong ok POTONG. 


Nasib baik halfway treatment stylist kacak datang take over. Rupanya AhSo tu nak potong rambut and dia je yang available so TERPAKSA la dia layan AhSo tu. Okeh tak jadi aku nak banned saloon tu. Pastu lepas settle payment dia siap bagi nombor henfon and babai2 manja. Okeh next month memang aku datang lagi miahahaha.


Pandai betul dia ni beli jiwa. Demyuh!!



Wednesday, September 14, 2011

This is how I feel.

Aku sekarang adalah dalam mood blur dan stress. Blur sebab semenjak dua menjak ni most of the time I would find myself thinking "Eh aku tengah/nak buat apa tadi??" Ye tuan puan hadirin sekelian, weols lost. Pastu bila buat something mesti distracted melampau2. Gila betul lah. Masalah kejiwaan ke hapa aku ni. Ke masalah penuaan? Yang itu weols tak rela... *nangis*

Pastu ada sedikit stress sebab sekarang ni aku tengah berkira2 nak berhenti kerja. Yes untuk kesekian kalinya haha. Sebabnya aku rasa macam aku tak menyumbang apa2 pun kat company ni. Memang ada kerja nak dibuat tapi somehow aku tak dapat execute/complete kan task dengan jayanya. Tiap2 hari datang kerja adalah mengantuk, pastu nak buat apa2 task pun aku teragak2. Hujung2 I spent the whole day in the office doing nothing. Memang tak berkat gaji aku sepanjang kerja kat sini.

I'm the kind of person yang boleh buat kerja as per instructed, without supervision sebab aku jenis selamba tanya semua benda to semua orang. Soalan2 bodoh pun aku tanya kalau aku tak faham. Lantaklah orang rasa aku ni annoying ke hapa ke janji kerja aku siap. Tapiiiiiiii tah kenapa sekarang ni aku nak tengok muka orang pun malas. Padahal colleagues kat sini semua adalah sangat cooperative dan tak kedekut ilmu, despite the different races. Big boss dua2 pun baik, takyah tanya apa2 pun dorang rela hati menghulur bantuan. Sepatutnya tempat macam ni lah yang boleh membahagiakan aku tapi malangnya tidak uols. Aku jadi makin lost dan makin stress sebab tak dapat nak buat apa2 kerja pun. So aku rasa better aku berenti dari mengadap kerja yang tak mendatangkan hasil.

Yang paling stress ialah sewel laptop aku dah makin menjadi2. Tu yang dah tak selalu update blog tuuuuu.. *padahal pemalas tak hengat taknak mengaku kannnnn*


Kbai.

Thursday, September 8, 2011

Berlalulah sudah ramadhan, sebulan berpuasaaaaa...

Wahh dah selamat beraya dah. Sekejap je masa berlalu tup tup dah selamat pun mengharungi bulan Ramadhan. Bulan kat kalender pun dah nak habis dah, its September already!!

Dah lama aku tak update blog. Sepanjang bulan puasa tu meriah je aku tengok orang dok update pasal makanan berbuka. Aku teringin jugak nak buat entry juadah berbuka tapi apakejadahnya nak cerita kalau almost everyday juadah berbuka adalah seperti berikut:


Hari2 bantai jajan untuk berbuka. Sungguh tak sihat. Ni semua gara2 taknak mengadap jem. Gila apa pukul 4pm dah mula jammed everywhere. Dahtu pukul 730pm pun Federal still penuh dengan kereta. Stress wohh!! Boleh batal puasa aku kalau menempuh jem camtu time2 puasa hehe.. The only days yang aku berbuka with proper meals were on first day puasa, hari aku berbuka dengan Mr. Hubby, then my office's buka puasa dinner at Saujana and 2 last days of puasa. 

Btw mengapakah semua potato chips perlu dibungkus dalam packing yang gemuk besar gedabak tapi isi di dalam ialah sebanyak segenggam je? What a waste of resources dan sungguh tak environmental friendly. 


Anyway, Selamat Hari Raya semua. Mohon maafkan segala keterlanjuran kata mahupun perbuatan saya ok. Semuanya adalah tidak disengajakan, kalau ada yang aku sengaja buat tu pun sebab korang deserve it haha.. Ok tak lawak.


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. :)

Tuesday, August 16, 2011

I need ice-cream *big sigh*

I stopped by a friend's house last week for a gossip session sambil mencuri peluang makan her mom's omg-ni-kek-ke-syurga cheese cake. So we were talking sambil nangis2 (Yes. Menangis. She shared her sad story) when her 5 year-old niece joined us dan tiba2 went "Eh aunty ni not nice la cakap aku-kau. You should say saya-awak. We are Malay you know." 

I giggled and said "Habistu kenapa kamu tu tak cakap melayu?" 

Her answer was "Eii dia ni nama dahlah macam lelaki, banyak cakap pulak", rolled her eyes and walked away T________T

* * * * * * * *

Sometimes I wish I could just shout it out of everything to everybody.

* * * * * * * *

I suck at writing the letter "z". And my fullname has that letter in it. So my handwritten fullname will look wtf-ni-tulisan-ke-kerawit di mata ku. So I'll tend to write my name in capital letters, coz somehow I think it looks better. Pastu selalunya bila isi forms nama tulis huruf besar but other details jadi tulisan kecik pulak. End up my whole borang still looks wtf. T____T

* * * * * * * * *

So far my ramadhan has its share of kesedihan dan kegembiraan. Semalam one of my closest friends found me on FB, and we updated each other.  Dah lama gila tak jumpa dia ni, since my first semester diploma. That was like what, 8-9 years ago? Demmmm dah lama gila kot. Tiba2 rasa tua.. So anywayy, I am soo happy and relief knowing that he's doing great with his wife and 3kids. I really wish I could meet them all soon. 

* * * * * * * * *

I've been having the urge to visit P.Ramlee Memorial lately. Sebenarnya dah lama rasa macam nak pegi tapi dah mananya pun "rasa", maka sampai ke sudah la tak pergi2 pun. Padahal dekat je dengan rumah. Cuma lately perasaan tu jadi makin kuat. Mengapakah? Bakal jadi artiskah aku?? *caugh*

* * * * * * * * *


Tiba2 aku rasa annoyed dengan lagu Animals by Neon Trees tu. Dont ask me why, aku pun xtau kenapa.


* * * * * * * * *

Talking bout the poor Asyraf Haziq boy, while the rest of the world is concerned bout his well being, I noticed kita yang kat Malaysia ni pulak dok concerned pasal his accent. Termasuklah aku skali ngehehe. Our argument is dia baru kat sana untuk sebulan tapi dah ada accent bagai siap lenggok ayat pun British habis. Curlast kau dik, baru sebulan kat sana dah tak reti Manglish kann.. But anyway, I totally understand that he's just picking up the accent. Everybody has the tendency to that. Walau tak banyak, sepatah dua perkataan mesti ada. Setakat pick up accent xpe ye dik. Jangan kau pick up diri sendiri masuk bakul mengaku Englishman sudah lah ye. Macam si Jay tu kan.. Kemain lagi baru pegi France 6 bulan terus jadi Jay. Padahal Jameon. Puiiiii!!


* * * * * * * * * *

Sebagai penutup, terimalah lagu penenang jiwa:





nRelate All Blog Sections