"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Thursday, October 21, 2010

A chat with an Aussie

Tiba-tiba teringat pasal benda ni. Aku tak ingat when did this happen exactly but it happened sometimes last month.

So I was hanging out with a bunch of friends. Then few hours later Mr.K joined us. Sedikit info on Mr.K: He's my age, he drives an Audi, he lives in a 2storey semi-D somewhere in Hartamas, he makes like min of 5k a month. Aku tak sure and tak peduli pun dia ni kerja apa, tapi menurut sumber2 bermulut laha, Mr.K adalah belaan seorang Dato'. Iyeee DATO'. VVIP lagi okkay.. Kau ada??

Back to the story. Mr.K ni is kawan to our friend, Z. He just got back from Australia and he bought something for Z, so kira dia join kitaorg ni just to pass the barang to Z la. Fine, tak kisah la nak join pun. Bukan kah menambah kenalan dan mengeratkan silaturrahim itu adalah amalan mulia?

So he was talking to Z, and we were being menyibuk asking about his trip to Australia and all. Mr.K pun dengan ramahnya bercerita lah. Dia pegi sini pegi sana, tengok sini tengok sana, shopping sini shopping sana.. So weols ni pun dengar la sambil went all "owhhh" "aahhh" "wahhh" dengan kagumnya. Pastuuuu hujung2 dia boleh cakap "Eh apesal uols cam beriya sangat nih? Laaa tak penah visit Aussie ke?? Kesian uolsss" Macam babi tak??!!

Kitaorang dah mula rasa macam wadehel-mamat-ni tapi ktorg layankan je jugak. Dan Mr.K ni pun sambung la cerita with "I dah byk kali pergi" "I dah tau semua tempat,dah hafal semua jalan" "Its like my second home" kinda statements. Masa ni aku dah rasa macam nak cekik2 je si babi nih. But mengenangkan si Z ni aku just keep quite and listen je la.

Thennnnnn he made this statement "Ada sekali ni, this one guy from India tot that I'm an Aussie tau.." which I politely replied to "Iye?? Haah mesti la kan,you pun look like typical Aussie natives, what they call it err haa Aboriginal!! Sikit2 macam Samoan pun ada. Eh tapi tu dah dekat New Zealand. Ala lebih kurang la tu kan, ala2 Australian jugak la kot. Eh ke lain ek? Tah la I bukan pernah pegi oversea pun so manala tau benda2 camni kan hahaha.." Ketika itu terdiam sudah Mr.K dengan penuh penyesalan dan carutan dihati.

Mr.K, tak kisah la if you nak brag your head off dgn your life ke hapa ke, tapi agak2 la sikit. Tengok2 la tempat and crowd. Kalau setakat dengan weols geng Cik Bedah picisan ni maka simpan sahaja lagak2 mu itu. Lain la kalau dengan those socialites-bimbo-frens of yours tu ke, Datin Y ke, boleh la you nak cerita pasal your so called second-home tu, all your Channel and Prada ke, berapa banyak account credit card platinum kau tu ke, sambil lepak2 kat 5star coffee house. Ni setakat lepak kat mamak, simpan je la cerita eh-I-tak-perasan-I-dah-ada-this-Prada-bag-pastu-dah-terbeli-lagi-satu-pastu-tak-pakai2-terperuk-dalam-almari-last2-rosak-haha-lawakla-I-ni. Macam bangsat tau tak.

So pengajaran kisah kali ini ialah bila bercakap tu fikir2 la sikit ye. Jangan rasa semua orang tu lower than you and soo stupid that they'll buy anything you said. You'll get no respect. Dan juga jangan la sesekali buat Adi rasa annoyed. Kelak binasa telinga mendengar sindiran dan makian.

Feeling Aussie la sangat kannnn.. Matilah kau!

6 comments:

Cik Lurpak said...

hahahaha!!! lawak sehh. Itu adalah tanda2 org yg jakun la Adi.. macam dia sorang je pegi oversea.. I selalu takut tau cerita pasal oversea dkt org lain masa balik Malaysia, takut diorg pikir i berlagak.. Hanya jawab bila org tanya and no extra information needed, kalau tak , org lain menyampahsss pulak..

Hambik kau! Abroginal! LOL!! Hahahahhahahh

AdiHana said...

CL;
u mmg mastautin kt sana kot, so u deserve the second-home tittle. maka istilah berlagak is not applicable to you.haha.

Jiji-Fify said...

BAHAHAHA! Bajet bagus nak mampoih!

Kay-dee said...

hehe...lawak la k di...

tepat menusuk kalbu perlian k di...huhu

Cik Lurpak said...

taklah Adi, I study.. malu tau nak declare dkt public sebenarnya yg study kat oversea.. nampak sgt pakai duit gomen! huh!

AdiHana said...

jiji:
haa mmg pun. bajet je lebih.

kay dee:
nasib dia la kan. hahaha.


CL:
yes but u DO live there kan??kira ok la tu. hehe

nRelate All Blog Sections