"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Wednesday, September 15, 2010

Laporan Sambutan Syawal 2010


Raya tahun ni berlalu tanpa sebarang persiapan. Aku takde baju baru pun. Nak beli awal2 tak sempat. Plan asal nak tunggu balik kampung then bershopping sakan di Jakel tapi tak sempat jugak. [Info: Jakel berasal dari Jalan Aji, Segamat, Johor, bukan kat KL nun. Family aku je dah empat keturunan termasuk anak sedara aku bershopping kain dan karpet kat situ. Harap maklum.]

Pasangan2 yang dah berkahwin pulak pulang ke kampung mertua masing2 tahun ni. So rumah parents adalah tak berapa meriah. Sessi bergambar sakan memang takde. By waktu solat Jumaat aku dah sambung membuta to around 3pm. Bangun pun sebab mak aku memekak kejut sedara mara datang. Then around 4 lebih barulah kitaorg ramai2 keluar beraya. Tu pun aku melawat satu rumah sahaja then balik terus sebab parents aku dah malas nak join yang lain2 sambung beraya. Raya pertama yang tak efisyen.


Tapiiiiii rumah tetap ceria dengan kehadiran 2 anak penyu.
Dua anak penyu berkeliaran dengan gembira di ruang tamu yang lapang. At the background is bapak penyu yang tewas.


Adik & Kakak. Comel dan bising.
Tapi both tak berapa sihat so they were more bising than comel. Haih.



I had a near miss accident on 2nd day raya.


I almost chopped of my middle finger while chopping a sugarcane stalk. Tapi lucky enough the butcher knife just slightly slit off a small bit of my middle finger skin and nail. Pengajarannya ialah lain berhati2 bila menggunakan pisau pemotong daging. Sebab somehow ia akan cenderung untuk memotong daging walau apa yang cuba dipotong pun. Dan juga jangan excited menggelabah sangat bila menggendalikan pisau ok.

Itu sahaja cerita untuk sambutan raya tahun ini. Hari2 dalam bulan Syawal berikutnya akan dipenuhi dengan sessi mengganti puasa. Sekian.

4 comments:

zaHidAh said...

i miss the word - memekak!! really miss it. duk rumah sewa sekor2 xde sape yg mmekak pg2 buta kt eden ni..pheww..

AdiHana said...

masalahnya kau tu yg suke memekak haha

zaHidAh said...

its a different situation when i sndiri yg memekak n org lain yg memekak..
p/s: knp xpost pic mse karaoke aritu?

AdiHana said...

memang lain sebab kau memekak lebih annoying.

dah2 pegi buat keja sana, jgn curi tulang time keje baca blog pulak

nRelate All Blog Sections