"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Thursday, July 29, 2010

Entry ni seram.

Eh lupa nak cerita. I went back to KL on 17 July, which was last two Saturdays. I arrived around 10ish and went straight home untuk bertidur tiduran. Sunday dah start dilanda mild headache and stomach discomfort, tapi aku abaikan saja sebab memikirkan semua itu adalah akibat overdose tidur so rasain kau! Turned out saya adalah diserang sakit loya-gila-muntah-jangan-harap-nak-makan-sedikit-pun. Bengkek gila sebab lapar tapi tak boleh nak makan apa pun, mesti terkeluar balik. Minum pun tak boleh okay, aku cuma boleh minum plain water sahaja. Seramnya membanyangkan kalau seumur hidup jadi camtu..

Bila pergi clinic aku siap kena drip (masuk air) sebab pressure dah low gila. 80/60. Doktor taknak aku pengsan. Huih sumpah benci kena drip. Buat badan rasa tak selesa, mood pun jadi teruk. Masa kedenggian dulu pun the needles didnt bother me at all, I just hate the drip. Rasa cam nak cabut je jarum drip tu dari tangan.

Sebab badan dah mula rasa sengal sengal, mood nak mengamuk tak pasal2 dah datang so  aku mintak clinic assistant to remove the drip. Tak tahan nak tunggu air masuk habis walau dah tinggal quater je lagi. Lagipun clinic tu adalah super horror.  Rasa macam kat set filem thriller. Weh pegi tengok cite Suster Ngesot then korang bayangkan la horror ke tak. Dahla doktor pun macam mysterious gile, rambut putih uban2 jalan slow cakap slow. Katil kat sick bay siap ada capuk capuk bekas darah. Katil yang aku baring tu siap alas dengan surat khabar. Nurse tu pulak dok cerita yang dorg baru buat abortion untuk 2 patients. Pastu dengan ramah bercerita semua kes abortions yang dorang buat. It was almost 1am, dengan lampu kelam2 and interior yang suram, sumpah feel macam tengah berlakon filem horror thriller. Tunggu doktor/nurse datang tikam and robek2 mangsa dengan scalpel. Hah ni nak bagitau, abortion = pembunuhan = kejam = dosa besar. Ambik iktibar ye murid2, jangan nak ambik alamat clinic tu pulak.

Kasihan tau budak ni, 3 hari muntah muntah segala isi perut keluar takde yang masuk. Makin kurus kering. Seminggu dilanda rasa loya and discomfort. Hati pun rasa discomfort sebab perut lapar dan makanan yang terhidang semua adalah lazat tapi tak boleh nak makan pun sebab masuk makanan sikit dah rasa loya. Lepas tu perut tak selesa gila buat apa pun salah. Paling tak seronok bila mak buat kenduri menghidangkan mee yang lazat dan nasi ambeng yang super lazat tapi tak mampu nak makan dengan tamak. Orang tamak memang selalu rugi. Ingat tu Isabelle. Dah dah tak payah buat2 muka terkejut tak bersalah pulak. Ok lets blame condition akak yang tengah mengandungi tu.

So minggu ni dah sihat sikit maka nafsu makan menjadi jadi. Asyik rasa nak makan nasi dengan lauk pauk yang lazat. Tapi dengan syarat mestilah home cooking. Lain2 saya tak mahu. Eh mengada ngada pulak kau ni. Takpe, home cooked ayam goreng pun dah cukup lazat bagi saya. Makan dengan nasi putih panas panas dan kicap lemak manis, owh lazatnya~ Makan sampai tambah 3kali. Lepas tu menyesal sebab rasa perut je yang makin gemuk, bahagian badan yang lain tetap kekal kering. Memang somalia. Ini la yang paling menyeramkan bagi saya. 

Huh seram seram.. *nyorok dalam selimut*

4 comments:

Drama Mama said...

hahaha seram k! ur imagination really run wild babe!nasib hang tka kena stab kat situ kalau tak alamat tak berupdate lah blog. ekekkeke

http://twinkywinkystars.blogspot.com

~adeQ~ said...

meh datang umah aku kasi ko makan sedap2...aku masak...heheheh...nasiblah kalo tak sedap....

isabelle said...

hish..sempat lagi mentarbiah aku secara peribadi...

AdiHana said...

mama: sumpah clinic tu mmg seram!! n they really did all the abortions. rasanya illegal kot

adeq: wah nak nak!! tp xtau la bila berkesempatan :'(

is: kikiki~ i love u sis hehe :P

nRelate All Blog Sections