"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Thursday, July 29, 2010

Entry ni seram.

Eh lupa nak cerita. I went back to KL on 17 July, which was last two Saturdays. I arrived around 10ish and went straight home untuk bertidur tiduran. Sunday dah start dilanda mild headache and stomach discomfort, tapi aku abaikan saja sebab memikirkan semua itu adalah akibat overdose tidur so rasain kau! Turned out saya adalah diserang sakit loya-gila-muntah-jangan-harap-nak-makan-sedikit-pun. Bengkek gila sebab lapar tapi tak boleh nak makan apa pun, mesti terkeluar balik. Minum pun tak boleh okay, aku cuma boleh minum plain water sahaja. Seramnya membanyangkan kalau seumur hidup jadi camtu..

Bila pergi clinic aku siap kena drip (masuk air) sebab pressure dah low gila. 80/60. Doktor taknak aku pengsan. Huih sumpah benci kena drip. Buat badan rasa tak selesa, mood pun jadi teruk. Masa kedenggian dulu pun the needles didnt bother me at all, I just hate the drip. Rasa cam nak cabut je jarum drip tu dari tangan.

Sebab badan dah mula rasa sengal sengal, mood nak mengamuk tak pasal2 dah datang so  aku mintak clinic assistant to remove the drip. Tak tahan nak tunggu air masuk habis walau dah tinggal quater je lagi. Lagipun clinic tu adalah super horror.  Rasa macam kat set filem thriller. Weh pegi tengok cite Suster Ngesot then korang bayangkan la horror ke tak. Dahla doktor pun macam mysterious gile, rambut putih uban2 jalan slow cakap slow. Katil kat sick bay siap ada capuk capuk bekas darah. Katil yang aku baring tu siap alas dengan surat khabar. Nurse tu pulak dok cerita yang dorg baru buat abortion untuk 2 patients. Pastu dengan ramah bercerita semua kes abortions yang dorang buat. It was almost 1am, dengan lampu kelam2 and interior yang suram, sumpah feel macam tengah berlakon filem horror thriller. Tunggu doktor/nurse datang tikam and robek2 mangsa dengan scalpel. Hah ni nak bagitau, abortion = pembunuhan = kejam = dosa besar. Ambik iktibar ye murid2, jangan nak ambik alamat clinic tu pulak.

Kasihan tau budak ni, 3 hari muntah muntah segala isi perut keluar takde yang masuk. Makin kurus kering. Seminggu dilanda rasa loya and discomfort. Hati pun rasa discomfort sebab perut lapar dan makanan yang terhidang semua adalah lazat tapi tak boleh nak makan pun sebab masuk makanan sikit dah rasa loya. Lepas tu perut tak selesa gila buat apa pun salah. Paling tak seronok bila mak buat kenduri menghidangkan mee yang lazat dan nasi ambeng yang super lazat tapi tak mampu nak makan dengan tamak. Orang tamak memang selalu rugi. Ingat tu Isabelle. Dah dah tak payah buat2 muka terkejut tak bersalah pulak. Ok lets blame condition akak yang tengah mengandungi tu.

So minggu ni dah sihat sikit maka nafsu makan menjadi jadi. Asyik rasa nak makan nasi dengan lauk pauk yang lazat. Tapi dengan syarat mestilah home cooking. Lain2 saya tak mahu. Eh mengada ngada pulak kau ni. Takpe, home cooked ayam goreng pun dah cukup lazat bagi saya. Makan dengan nasi putih panas panas dan kicap lemak manis, owh lazatnya~ Makan sampai tambah 3kali. Lepas tu menyesal sebab rasa perut je yang makin gemuk, bahagian badan yang lain tetap kekal kering. Memang somalia. Ini la yang paling menyeramkan bagi saya. 

Huh seram seram.. *nyorok dalam selimut*

Tuesday, July 27, 2010

Rindu serindu rindunya

Encik Boss renovate toilet + pantry, semalam dah selesai install tiles so arini dorang sapu varnish. Semerbak seluruh office, kami kat belakang ni masing masing dah hampir stoned. Maka tanpa berlengah lagi, aku sebagai HSE Coordinator dengan ini segera mengarahkan pejabat ditutup due to indoor air pollution & health and psychosocial hazard found. So semua orang pun kena balik. NOT. Keep dreaming. Mari layan stone ramai ramai hooyeh hooyeh.

Esok tak jadi pergi site. Yeay sebab tak payah penat travel jauh, sigh sebab satu kerja tak settle settle lagi. *Big sigh*

Haaaa finally harini aku terpaksa berdepan dengan kemaluan. Kemaluan as in embarrassment. Haih susahnya berconverse dalam dwi bahasa ni, mendatangkan confuse je kan. Dahtu apesal kau tak guna satu language je ngok... Ok ok kembali ke cerita asal. Haaaa finally harini aku terpaksa berdepan dengan Abg Metro. Haiyoo rasa sangat malu macam nak menyorok bawah meja je huhu. 

Him: Hah Cik Mangsa!!  Wah wah artis Naomi Campbell..
Me: (Gelak gelak) Sayangg!!! Hehe..
Him: Oooo sayang la kan.. (gelak)
Me: Alala serius ni sayang kat you.. (gelak gelak)
Him: Yelah tu..
Me: Hah I tau U rindu kat I kan, dah lama tak jumpa ni. (Tarik kerusi) Meh la sini dok sebelah I sayang.. Haha..
Him: Haa ni apesal tengok I atas bawah ni, nak blog pasal baju kaler pastel I la ni eyh?

Haha kurang ajar tau. Benci kau!! 

Anyway, Abg Metro memang pakai baju kaler pastel harini. Tema warna ialah light brown, head to toe. Yes, HEAD TO TOE ok. Dia je yang dark brown. Haha. See, how can I not blog about it? Hambik kau!!




Monday, July 26, 2010

Ku dilamun~

Minggu ni dah 2minggu saya kembali ke Kualalala Lumpur ececeh~ (tak paham kenapa Colby O'Donnis tu nak sebut Kuala Lumpur camtu).

So far saya berjaya mengelak dari bertembung dengan Abg Metro haha. Sebab sekarang dia stationed kat kilang kat Balakong. So selamat la aku dari dilamun kemaluan. Eh kemalu-maluan. 

Of the exam paper that due for submission tomorrow tu, I have to let it go dengan berat hati. As  ah-aku-peduli-apa-malas-nak-pikir-lantak as I am, this is the first time ever in my life I quit without even trying. Ku dilamun sedih...Tapi kena buat keputusan macam ni. Dengan kerja yang menimbun, plus ketidak-gembira-an yang melanda sekarang ni, I just have to drop something to catch up with more important thing yang sometimes I overlooked. Proses menimbang-tara untuk membuat keputusan adalah sangat menekan dan tak menyeronokkan. Sedih lagi. Sob sob. So kepada semua pembaca budiman, sentiasa beringat bila buat sesuatu. Sebab when you started to forget about yourself, you'll forget about others as well. When you hurt others, that only will hurt you more. So jangan lupa diri dan jangan menyakiti orang lain. Ingat ye~ (sambil lap hingus).

On the other note, saya juga adalah dilamun gembira kerana pencarian saya hampir tamat. Saya rasa saya dah jumpa teman hidup saya~ ♥ ♥ ♥

Excited excited excited!! (^___^.)

Friday, July 16, 2010

Quickie

Banyak benda nak cerita, tapi terlalu occupied zahir dan batin, fizikal dan mental maka takde mood dan masa untuk berblog. Plus emosi adalah sangat tak stabil (fact: emosi minah ni memang sentiasa tak stabil). But still nak bercerita. So kita buat versi summary ok. 

  • I spent last weekend here. Super odd. Sabtu I was working. So fine lah kan. I was suppose to work on Sunday tapi dilanda demam pulak. So memerap kat rumah the whole day, lying alone hoping to be dead already. Boring separuh mati tahu!!!
  • Aku rasa cam nak lempang muka sendiri kuat2. Somehow Abg Metro found my blog url and he read my whole entries!!! Yesssss termasuk those about him. Dah kantoi kan, nak buat camne lagi so aku gelak je la innocently sambil cakap "I love you" banyak2 to him. Teknik paling sempurna untuk menyelamatkan diri dari makian dan balas dendam haha.
  • Aku baru teringat that I have to submit a work report asignment for my Paper 4 which they gave all candidates 6 weeks to prepare the report tapi aku tak buat satu haram pun lagi sebab I totally forgot about it since I was so distracted with all this work shit so I am sooooo nervous and menggelabah right now I'm hyperventilating and feels like I'm getting a heart attack because I only have less than 2 weeks to do the assignment since the due date is on 27th July but I really don't have the time to do it as my work is occupying my days and nights and I don't have time to sleep or even the appetite to eat and that's definitely will cost me my stomach and my weight and my peace as my mum will definitely membebel about it non stop omaigod I'm rambling away siap lari topic bagai so I better stop before it get worst as I'm really serabut about the whole work and assignment thing you see so I'll tend to talk fast and non stop I'm soo sorry I just can't stop I'm really menggelabah tolong aku wehhhhh!!!!!

Serius aku stressed sekarang ni. Aku nak sambung buat kerja. Sabtu consultant nak datang buat ISO review check. So aku berniat nak siapkan kerja aku as much as possible sebelum I crack. Tuhan, give me strength. Amin.

.
.

.

.

.


Tapak tangan je dah macho habes, belum tengok lagi the whole person. Sumpah macho weh!!
I love you Abg Metro~ ♥ ♥ ♥

Haha.

Sunday, July 11, 2010

Sun days.

4 July 2010, Sunday

Dimulakan dengan aktiviti memecah tingkap rumah tengah malam buta.



Maafkan saya kakak.. :'(
Dan sebagai balasan:

 Luka kecik je tapi darah banyak gila. Siyes sampai aku nervous ok..


 calar,


 calar,

..dan banyak calar lagi. Aku xpaham camne glass tu boleh pecah at the first place. Paling xpaham camne bleh ada banyak calar2 kat lengan semua. Bukan aku letak lengan kat tingkap tu pun. Drama la tangan aku nih..


Pagi bangun awal untuk berkemas dan bersiap. Then lepas tengahari off to Najma's wedding.

Ni pelamin. Bukan pengantin.


Pasangan raja sehari.


 Pengantin jelita dengan kawan jelitawan.


Pinggan pertama.

                         Middle: Hey hey November ni turn saya pulak!!
                         Left: Pftt~
                         Right: Watever. I just wanna look gud in this pic..


Pinggan kedua, mangkuk pertama, kedua, ketiga, keempat, tiga gelas, satu pitcher air sirap dan banyak lagi yang tak kelihatan. Semua encik yang pangku anak tu punya. Eh betul ni..


Bersama 2 pengandung (perempuan mengandung). Yang belah kiri tu tak sedar diri mengandung dok terkinja2. Haishh bini sapaa la tuh.. *geleng kepala*. Haha.


Sian budak ni kebuloq ditinggal parents yang sibuk ulang alik ke meja buffet. Eh tak tak mak dia je yg sibuk ulang alik. Bapa dia dah keletihan bateri low.


Okeh cukup. Gambar2 sessi mengumpat tak dapat diupload untuk mengelak future controversy. Since kat kad jemputan tu dia tulis jamuan makan ialah pukul 12pm - 4pm, maka pukul 4.30pm baru ktorg semua berambus balik. Tu pun sebab makanan dah abes kehkehkeh..

Afterwards pergi melepak kat Oldtown Plaza Masalam. Nak sambung gossip maka haruslah cari tempat yang cozy, baru semangat nak bercerita haha. Malam masih terlalu muda, makan terlalu banyak so diteruskan dengan aktiviti membakar lemak. Off to Branded Sales kat SACC Convention Center.

Branded sangat la kannn.. Aku ni sexcited sangat la nak pegi bila Wan bagitau they sold handbags. Sampai sana melutut kecewa I uolss. Bags tahapa2 tah. Barang2 pun tak berapa menarik. Walaupun. Tak menarik pun habis berjam2 jugak kannn.. Ptuih!

Antara hasil belian yang berbaloi.

Laptop sleeve. 70% off RM 99.90. You do the math.


Bangles and some other accesories. Bought this one coz it can fit my wrist. Lagipun accessories adalah mahal okeh. So harus beli banyak if ever ada discount 50%. Okeh2 saya tamak sebenarnya~

Eh eh apa nih??



Haaaa besar mata kau kannn.. EnviroSAX okkay. Don't get notty~


Sebagai environmentalist tegar, saya beli tiga sekaligus. Wahwah padahal kau dah rambang mata xtau nak pilih mana satu semua design pun adalah super cute!!



11 July 2010, Sunday


Yup, I'm working. See betapa gigih bekerja sampai tertonggeng2.

There goes my life. Haih~


Saturday, July 3, 2010

Makcik Bosan.

I've been wanting to blog about this since I read Isabelle's entry of this. Tapi biasalah benda baik yang harus dikongsi bersama memang selalu overlooked. Camne nak sebarkan kebaikan susu ni? Tiba2 menyimpang promote susu Dutch Lady.

Then last 2 nights sewaktu Makcik Bosan tengah meratapi nasib merantau di tempat orang demi sesuap nasi, Makcik Bosan terjumpa entry yang macham memang Iz punye ni, juga memperkatakan tentang topic yang sama. Lepas tu just now Mama Drama post entry yang ni pulak, juga of the same topic. Wahh dah 3 orang highlight isu yang sama, so Makcik Bosan jadi bersemangat nak petik isu ni jugak. Nampak sangat Makcik Bosan ni gile bosan xde life sampai baca entry orang pun jadi bersemangat. Pfttt~

Stop stop apa kau merepek nih? Isu apa? Apa yang penting sangat nak kongsi tu?? Jawab jawab!!

I'm talking about wearing hijab (tudung) and high buns. Eh apa kena mengena roti tinggi dengan tudung? Tudung saji u mean?? Bukan roti tinggi la, ape hal kau ni asyik ingat pasal makanan je nih? Bun as in sanggul. Sanggul tinggi tu bukan sanggul yang atas kepala perempuan tinggi, tapi sanggul yang di ikat tinggi atas kepala. Lepas tu anda pakailah tudung/selendang cam biasa. Jangan lupa pakai brooch/pin yang menghelip untuk effek riak yang nyata. Err Makcik Bosan, makcik dah menyimpang lagi ni...

Sekarang ni dah macam2 jenis dan style bertudung. Frankly speaking, aku kurang setuju dengan style bertudung yang berbelit lilit satu kepala tu, semak aku tengok. Pastu ada pulak style tudung tutup kepala. Betul2 tutup kepala je okay, jambul maintain tersembul and leher mesti kena tayang. Paling best style pakai topi konon to covered the hair tapi eh-fringe-kena-kuarkan-untuk-cover-dahi-jendul. Ni sume Siti anak pakcik Din tu la punya style. Rakyat jelata pun bedul sangat follow apa orang tu buat. Oh bagus anak pakcik Din tu, sopan ayu bertudung. Menutup aurat tu.Wanita melayu terakhir. Watdehel laa.. Masa Ekin pakai tudung dulu puas la kena kutuk poyo sebab nak mengurat Mawi. Alasan dia bertudung tu ilham dari mimpi semua tu memang sumpah poyo-xleh-blah but at least dia bertudung properly. Bukan main letak kain atas kepala je. Eh makcik, apesal asyik meyimpang je nih? Emo pulak xpasal2. Dahlah kau tu tak pakai tudung mendedah aurat bagai. Lagi nak banyak cakap. Aku sepak jugak Makcik Bosan ni kang..

Anyway, donning hijab with high bun or any style there is surely looks good tapi sentiasa kena ingat niat dan tujuan asal bertudung tu. Jangan bertudung semata2 nak tiru artis or kawan or nak berfesyen semata. Dan kena la pakai based on the right way. Kalau tak bagus kau takyah pakai tudung, meh sini join makcik nyer Kelab Skirt Pendek. Boleh jugak tambah korum mengumpant geng bertudung-tapi-mendedah tu. Syok sikit  nak mengumpat geng ramai2 nih. Merial uols. Makcik suka.....

PANGGGG!!! Haa kan dah kena pelempang satu.. Dahla makcik nak bersiap. I'm going back to civilization. Menci dok sini taw. Cakap sikit pun dah kena lempang. Sedih.. (sambil geget jari ala Neng Yatimah).

Thursday, July 1, 2010

Tak habis.

Nafsu makan disini adalah menjadi2. Aku pun mula la berangan yang mak akan surprise gila tengok aku tembam masa balik kampung hujung bulan July nanti (Ye aku mmg derhaka balik kampung patblas bulan sekali -___-"). Kat sini aku miss makan sehari pun perut dah start masuk angin. So sehari at least mesti kena makan sekali. Pastu nak makan benda2 yang best je.. Mengidam satay la, kerang bakar la (kerang bakar dan sos yang lazat di Abee Mek Tomyam yum2), nasi ayam la (go try Nasi Ayam Mama), steak la, sushi la.. eh tak yang itu memang kalau boleh nak makan hari2 seumur hidup.


Tapi yang peliknya kat sini kalau aku makan mesti tak habis. Banyak pulak tu leftover. Tabiat aku kalau makan (especially kalau dining out) mesti kena habiskan makanan dalam plate aku sedaya upaya. Mak2 and arwah nenek ajar macam ni. Masa kecik dulu you are not allowed to leave the table selagi tak habiskan makanan in your plate. Dah la aku memang susah nak makan nasi. Tapi kalau bagi jajan laju je aku telan ngehehe. Tapi kat sini kan, tak kira how hard I tried, berapa lama pun aku tunggu kat meja tu still I couldn't finish my food. Annoying tahu. Sangat tak bermakna kalau makan 10kali sehari pun tapi yang masuk perut setakat sejumlah sekali makan. Membazir makanan plus membazir duit company bayar meal allowance saya.


Note:
Tak habiskan makanan dan tak habiskan cerita properly. Sekarang kena pergi sambung buat kerja. Yang ni pun satu hal tak habis2 jugak. Haih~

nRelate All Blog Sections