"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Monday, May 31, 2010

Hello hello

Sekarang aku adalah rasa terharu sebab ada orang tanya bila aku nak update blog. Haha gile terharu okay.. ada jugak manusia yang sudi baca blog aku, sampai tertuggu2 updates.  Siap post kat FB bagai. Now Encik Dear, read this: You memang super psycho, stalking me like that. So please be aware that my birthday is just 2 days away,  saya mahu hadiah *wink*

Anyway, aku memang tengah super busy 2-3 minggu ni. Kesialan dimulakan dengan kes budak site aku. It was not entirely his fault but still, menyakitkan hati dan menyusahkan banyak pihak. So the blame is on you lah. Maka sebagai pekerja yang berwibawa, amanah dan dedikasi, sambil2 aku maki + bebel mamat tu tanpa belas kasihan, terpaksalah haruslah aku stepped in menguruskan semua kerja kat site. That means aku kena dok kat site uruskan kerja, cari pengganti yang memenuhi criteria required by client yang boleh tahan banyak cekadak, train si pengganti itu termasuklah menguruskan semua document wajib yang diperlukan. Dan pada masa yang sama aku kena tolong budak2 kat office buat kerja dan prepare documents untuk tendering dan exhibition dan uruskan sesi visit for our client. Did I mention yang my sister sibuk pindah rumah at the same time? Rasanya aku perlu belajar Teknik Pembahagi Bayang so that I can be at all place at the same time. Haih~

Ok ok sila berhenti membebel pasal keje. Takde sapa yang nak tahu pasal perkara membosankan camtu.

Talking pasal my sister moving, nasib baik kami berpindah ke kawasan yang berhampiran sahaja, so takdelah macam gila sangat nak kena pindah barang in such short time gara2 kakak & abang iparku yang bijak tak arrange lorry betul2. Paling bijak bila dorang tak bagitau jiran depan rumah yang dorang nak pindah pastu menggagau cari lorry siap bergaduh laki bini padahal kakak depan umah tu hubby dia ada lorry.  Boleh? Last2 orang tu la yang offer lorry dia secara percuma walau hanya untuk angkat barang satu trip sahaja. Pengajaran kali ini adik2, kita haruslah berbaik2 dengan jiran walaupun kita tak suka and annoyed gila kat jiran tu sebab dia suka2 sidai kain kat ampai kita, longgok barang depan pintu umah kita dan bela kucing kat rak kasut (seriously, kucing dia dok membina kehidupan kat rak kasut patblas tingkat yg dorang letak right at the staircase corner!!) sampai berbau satu floor rumah tu, sebab mungkin satu hari kita boleh gunakan dia untuk kepentingan kita ngehehe.. Ok enuff enuff nasihat dah menyimpang dari moral asal~ (-_____-")

Kalau dulu it was like 15 kangkang kera untuk ke uptown Danau Kota, sekarang it's like 5 kangkang kera sahaja. So memang tak jauh la kan. But I still have to face the madafaka road block yang dorang slalu buat kat main road yang menghubungkan Melati / Wangsa Maju dengan Danau Kota tu. Sakit jiwa je kena tahan kat simpang just nak belok ke rumah. Like wadehel-dah-nak-sampai-rumah-pun-nak-kena-tahan-bagai. Paling annoyed bila tiap kali kena tahan polis tu mesti tanya aku ada lesen ke tak. Hello, I've been driving for almost 10 years okkay... Hoih tiba2 rasa sangat sudah berumur huhu. Tapi yang penting dorang tanya camtu sebab dorang cakap aku nampak way younger than my real age. Wahh feeling awet muda okkay ngehehehe. Adik aku pulak cakap aku kurus sangat tu yang nampak cam budak. Terus feeling nak cekik orang....

Saat ini seharusnya aku sedang menikmati masa all to myself, tapi aku kena gi ofis dan uruskan budak site so perasaan adalah super emosi. Takde makna je aku amik cuti sampai 3 hari kalau semua benda pun tetap aku yang nak kena handle. Curse curse curse.

Cukup2 lah memaki orang untuk hari ini. Dari kau asyik menambah dosa, bagus kau pergi menambah berat badan. Makan makan makan!!

2 comments:

isabelle said...

ehehehe... adi sudah makin fofular la..ada stalker.heheh

AdiHana said...

is: kannnn.. xde maknanya fofuler. tersilap kawan dgn psycho haha. (matilah kena maki pasni ikikiki~)

nRelate All Blog Sections