"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Monday, May 31, 2010

Hello hello

Sekarang aku adalah rasa terharu sebab ada orang tanya bila aku nak update blog. Haha gile terharu okay.. ada jugak manusia yang sudi baca blog aku, sampai tertuggu2 updates.  Siap post kat FB bagai. Now Encik Dear, read this: You memang super psycho, stalking me like that. So please be aware that my birthday is just 2 days away,  saya mahu hadiah *wink*

Anyway, aku memang tengah super busy 2-3 minggu ni. Kesialan dimulakan dengan kes budak site aku. It was not entirely his fault but still, menyakitkan hati dan menyusahkan banyak pihak. So the blame is on you lah. Maka sebagai pekerja yang berwibawa, amanah dan dedikasi, sambil2 aku maki + bebel mamat tu tanpa belas kasihan, terpaksalah haruslah aku stepped in menguruskan semua kerja kat site. That means aku kena dok kat site uruskan kerja, cari pengganti yang memenuhi criteria required by client yang boleh tahan banyak cekadak, train si pengganti itu termasuklah menguruskan semua document wajib yang diperlukan. Dan pada masa yang sama aku kena tolong budak2 kat office buat kerja dan prepare documents untuk tendering dan exhibition dan uruskan sesi visit for our client. Did I mention yang my sister sibuk pindah rumah at the same time? Rasanya aku perlu belajar Teknik Pembahagi Bayang so that I can be at all place at the same time. Haih~

Ok ok sila berhenti membebel pasal keje. Takde sapa yang nak tahu pasal perkara membosankan camtu.

Talking pasal my sister moving, nasib baik kami berpindah ke kawasan yang berhampiran sahaja, so takdelah macam gila sangat nak kena pindah barang in such short time gara2 kakak & abang iparku yang bijak tak arrange lorry betul2. Paling bijak bila dorang tak bagitau jiran depan rumah yang dorang nak pindah pastu menggagau cari lorry siap bergaduh laki bini padahal kakak depan umah tu hubby dia ada lorry.  Boleh? Last2 orang tu la yang offer lorry dia secara percuma walau hanya untuk angkat barang satu trip sahaja. Pengajaran kali ini adik2, kita haruslah berbaik2 dengan jiran walaupun kita tak suka and annoyed gila kat jiran tu sebab dia suka2 sidai kain kat ampai kita, longgok barang depan pintu umah kita dan bela kucing kat rak kasut (seriously, kucing dia dok membina kehidupan kat rak kasut patblas tingkat yg dorang letak right at the staircase corner!!) sampai berbau satu floor rumah tu, sebab mungkin satu hari kita boleh gunakan dia untuk kepentingan kita ngehehe.. Ok enuff enuff nasihat dah menyimpang dari moral asal~ (-_____-")

Kalau dulu it was like 15 kangkang kera untuk ke uptown Danau Kota, sekarang it's like 5 kangkang kera sahaja. So memang tak jauh la kan. But I still have to face the madafaka road block yang dorang slalu buat kat main road yang menghubungkan Melati / Wangsa Maju dengan Danau Kota tu. Sakit jiwa je kena tahan kat simpang just nak belok ke rumah. Like wadehel-dah-nak-sampai-rumah-pun-nak-kena-tahan-bagai. Paling annoyed bila tiap kali kena tahan polis tu mesti tanya aku ada lesen ke tak. Hello, I've been driving for almost 10 years okkay... Hoih tiba2 rasa sangat sudah berumur huhu. Tapi yang penting dorang tanya camtu sebab dorang cakap aku nampak way younger than my real age. Wahh feeling awet muda okkay ngehehehe. Adik aku pulak cakap aku kurus sangat tu yang nampak cam budak. Terus feeling nak cekik orang....

Saat ini seharusnya aku sedang menikmati masa all to myself, tapi aku kena gi ofis dan uruskan budak site so perasaan adalah super emosi. Takde makna je aku amik cuti sampai 3 hari kalau semua benda pun tetap aku yang nak kena handle. Curse curse curse.

Cukup2 lah memaki orang untuk hari ini. Dari kau asyik menambah dosa, bagus kau pergi menambah berat badan. Makan makan makan!!

Saturday, May 22, 2010

Tolong sama2 aminkan doa aku ni..


Aku adalah super emosi sekarang ni.

All I ever asked for is happiness and peace. I never thought that would cost me this whole world. Aku tak tau apa salah & dosa yang aku dah buat sampai it seems that semua tu tak tertebus, sampai seolah2 aku tak layak langsung untuk rasa tenang. Aku dah puas fikir, puas mintak maaf, puas merayu, malah dah ke tahap pasrah je dengan apa yang orang buat kat aku, just so that semua kesalahan aku terhapus. Tapi nampaknya macam takde hasil. Aku masih lagi macam ni, meroyan miserable memikirkan apa salah aku dan orang masih lagi layan aku macam sampah. 

Since aku taknak jadi gila sebab ada banyak lagi benda lain in life yang aku belum capai, so sabar je la banyak2 wahai hati. Percaya pada Tuhan yang sentiasa ada untuk kau. Semoga dugaan yang berat ni menjanjikan kesenangan dan kenikmatan yang berganda in future.

AMIN..

Adi tu budak baik ke?


It's 3 in the morning. I just arrived from my project site. I'm sooooo  freakin' tired sekarang nih, plus kepala otak super serabut, plus perut aku dah mula meragam going gassy and  all  and making me gastric.

Aku adalah super sakit hati di saat ini. Sangat membencikan bila good things dan bad things happen simultaneously. Sebab you'll tend to go nuts craking your head and heart over the bad things, instead of being all happy and enjoying the good things. Perasan tak??

I mean, like it or not, you cannot just ignore the bad things tu kan? Nak tak nak kena hadapi / settle / think about the bad things tu. Even bila kau rasa cam oh-heppinya-dapat-perkara-yang-baik then the joy will fade away the very minutes kau terfikirkan balik benda yang tak best tu. Lepas tu bila kau nak rasa hepi over the good things tu pun kau dah tak boleh sebab rasa cam guilty pulak nak berhepi2 sedangkan ada perkara yang tak baik dah berlaku.

I'm currently having to deal with this stupid annoying thing, yang like WTF-orang-lain-punya-pasal-aku-pulak-yang-kena-settle kinda thing. Then earlier this nite a received a good news, and that didnt even make me smile! Sebab aku dah diselubungi rasa berbelah bahagi and guilt.

Dengan apa yang berlaku sekarang ni, I dint think that I can leave my baby, not like this. But I have things of my own that I have to take care of. Tapi seriously, aku sangat tak sampai hati. If I left, aku tau several orang akan susah dan I cant leave knowing others having a hard time. Dah la aku tak berapa nak confident dengan orang2 yang bakal menguruskan baby aku nanti. But if I stayed, aku ni macam mana? Sapa pulak nak susah hati pasal aku?

Aku ni baik hati ke bodoh?

Wednesday, May 19, 2010

Babi


2 - 3 minggu ni aku rasa tembam. Bila berjalan or menggedik lompat2 dah boleh rasa ada gegaran kecil di punggung. Seluar rasa penuh, tak gelebeh2. Tapi yang paling tak best bila duduk bermalas-malasan depan tv, rasa perut berlipat. Aku nak berisi, bukan buncit. Badan slender tapi perut buncit adalah mengerikan. Plus, aku taknak dilabel Somalian.

Tapi visit to doctor dan visit from Encik Bulan semalam telah membuktikan rasa tembam itu adalah sebab bloating semata2. So me bragging to my family of my weight gaining was a real humiliation; membuktikan aku sedikit perasan dan kuat berangan. Babi.



----------------------------------------


Aku baru dpt short notice esk kena outstn. Babi. [Sent]

Jgn ckp dgn mak aku ckp babi. Hehe. [Sent]

[Received] Bodo siut..


----------------------------------------


X: Weh, tengok2!! Babi wehh!!

Y: Mana mana..

X: Tu tu yang kat cermin tu. Macam muka kau la weh!

Y: Babi lu.


----------------------------------------


Woii!! Apa babi2 nih?! Kau apesal? Xde keje sangat eyh Adi? Dah2 gi balik!


----------------------------------------

Adi: Iye, aku memang takde keje. Terlebih keje sebenarnya. Dilema betul jadi aku nih. *Haih~

Sesungguhnya saat yang terindah hanya sementara


Semalam, after such a longest of time aku kembali rasa "bekerja".

Sangat inspiring bila bekerja dengan orang yang flexible, berpengetahuan dan berfikiran terbuka. Masa berlalu pun tak terasa sebab kau tahu yang kau all the work done worth all the time spent. That brought back the feeling masa mula2 aku bekerja dulu. Sumpah seronok.

Tapi semua perasaan indah itu musnah dengan panggilan2 bangsat pagi tadi. Sialan. Aku nak senggugut pun tak senang. Pfttt!

Monday, May 10, 2010

Happy Mother's Day.


Ketua gangster datang melawat kawasan minggu ni. So I'll be pretty busy this entire week.



Ni adalah gambar dari previous visit. Tapi kali ni pembantu kanan 1 (in black tee) tak ikut sekali so adalah tak berapa seronok. Sigh.


Ok aku nak pergi lapor diri kat Puan Ketua. Minggu ni kami plan nak gegar AU2. Biasalah, awal2 bulan kan.

Daaaa...

Aku nak pergi Menara KL...

Well, that's another story to tell.


Saya kini bersahabat baik dengan Abg Metro... Hepp heppp Puan Jiha, hold that thought. Tak perlu cakap  I've-told-you-so okay. Saya tak pernah kutuk dia melampau. Lagipun kan saya ada puji dia boleh diharap buat kerja so takde timbul isu benci-jadi-rindu okay. (Ceh sebenarnya kau dah cuak kan takut karma tersyok kat Abg Metro). Owh ku tak rela..


Aku sekarang adalah sangat risau. I have to admit, at this point I'm a bit reluctant to move on. I know I can be very cerewet at times, but I also know that I'm a logical person. Aku tau bila untuk jadi annoyingly cerewet and bila untuk jadi flexibly logical. Kadang2 aku terfikir, maybe its just me yang mengada sangat tak boleh percaya orang but when I looked around, I noticed that I was not the only one complaining. Seems like orang lain pun having the same problem with this person. So, bukan salah aku la kan kalau mostly benda yang dia buat tak memuaskan hati aku. 

I did give her a chance providing that she's inexperienced and a fresh graduate tapi jangan la melampau sangat please? Come on la, aku pun fresh grad, aku pun takde pengalaman, plus this is sooooo not my field. I have to double the effort every time I was assigned with a new task as I have to learn everything from scratch. You have the advantage on that tahu tak. 

I have to take all the blame for any mistakes or keje bodo made by team members so apa yang kau takut sangat nak buat kerja? If you can't deal with responsibilities, sikit2 takut nak buat keputusan then camne kau nak handle bigger responsibilities in future? Is this what they called an engineer? If so, then I'm very thankful that I'll never be one. Hapa kejadah jadi engineer kalau dok menggelabah memanjang. Bagus aku jadi penoreh.


Aku rasa aku dah melalut nih, emosi terlebih. Sebelum kau meroyan melampau2, sila tunaikan tanggungjawab terhadap tuhan dulu ye Cik Adi. Then baru kau boleh meroyan pasal tanggungjawab orang lain pulak. Huh~

Wednesday, May 5, 2010

Good news, bad news (Part II)

In the spirit of embracing optimistic attitude, lets start with the good news first.

Abg Metro turned out to be quite good with his work. But he talks quite a lot. Tapi takpe, asalkan dia betul2 boleh buat kerja. Jangan memula je semangat, lepas 2-3 bulan start la meleweh2 buat keje. Jangan sesekali tiru perangai yours truly ni eyh. Wahh jadi mak ketam kann aku nih..

Abg Metro juga dah tak duduk sebelah aku. He switched his place to couple tables away. So tersorok la sikit his pale fern/army green shirt and his light brown khakis dari pandangan mata ku ini.

Printer aku ni tak habis2 buat perangai. Jenuh dah setting ink alignment sume, still jugak print out berbelang2. Demi mengenang jasa dan budi printer ni sepanjang aku kerja kat sini, maka aku layankan jugak la kerenah printer ni. See, optimistic kan aku? Kalau tak dah selamat dahh aku hempas printer nih.


Okeh, bad news pulak.

Abg Metro dah tak duduk sebelah aku. Right now I wish dia duduk kat meja sebelah aku ni. Sebab meja sebelah ngan meja aku ni dipisahkan oleh dinding kaca, so org sebelah boleh nampak aku n vice versa. Dan meje sebelah ni betul2 bawah a/c yang ventilate the whole rear section of the office. Kini, Cik Semerbak pulak yang duduk kat situ.

Kalau setakat pandangan yang tak menarik tu, aku boleh lagi nak tutup mata or buat tak nampak. Tapi kalau ambiance yang dihiasi bauan yang buat kau rasa cam nak terjun bangunan ni, takkan aku nak tutup hidung pulak. Cik Semerbak mesti nampak then tanya2. Ikut hati aku nak gantung air freshener ni kat hidung aku. Biarlah aku mati keracunan air freshener dari mati keracunan bau keti. Akak tak rela uolss..




Oh Abg Metro, kembalilah ke sisi ku~

Monday, May 3, 2010

Good news, bad news

Okeh start dengan bad news dahulu.

Pagi tadi sampai pintu masuk office terus terpandang that O-M-G-W-T-H faux crocs-ke-snake-takpun-biawak skin shoes. Cissss dia dah start keje minggu nih.. Masuk je office maka terus menuju ke meja tak toleh kiri kanan. Percubaan menjaga pandangan mata yang sukses. Eh ni kira good news ni. Baru je on PC Encik Boss pun masuk kecoh2 panggil mengadap. Kenapa bad news? Sebab probability untuk mendapat good news bila dipanggil berjumpa boss adalah menghampiri zero. Plis note that people.

Memang bad news. Abg Metro dah ready duduk depan meja Encik Boss. Cik Mangsa (read: me. *meraung*) kena duduk right next to Abg Metro. In the name of professionalism, Cik Mangsa gagahkan diri untuk duduk diam2 trying very hard ignoring the syaiton nirrojim  in her head.

        Encik Boss: Bla bla bla.. So our focus is mainly into development of bla bla bla.. to let people know that bla bla bla..
        Me: (Aaaaa ngantuk..) *Yawn*(Shit lupa nak mintak camera kat kakak!!)
        Encik Boss:  So our product bla bla bla... Bla bla bla bla bla..
        Me: (Aduss boss ni bagi ubat tidoq pulak..) *Jeling sebelah* (Apesal baju kau mcm.. Opp oppp don't look don't think.. Focus Adi!!)
        Encik Boss: So that's why we need bla bla bla bla bla...Custom made bla bla bla..
        Me: *Scribble sribble* (O. M. G. Purple pen?!! Hmm wonder if the ink is scented.. kikiki~)
        Encik Boss: We have various panels.. bla bla bla.. ancillary bla bla bla.. custom skin bla bla bla.. errmm what u call that.. ermmm *recalling the products name* ermm..
        Me: *Murmuring* Single snake skin..
        Encik Boss: Whats that?
        Me: Single sheet skin, Sir.. (Oh my God oh my God oh my God....)
        Encik Boss: Yesssssss single sheet skin, and we also have bla bla bla..


        Mampus nasib baik takde sapa perasan. Kalau tak harus aku tikam diri sendiri banyak kali.  Gila sangat kan suka nak berangan time meeting. Rasain!

        Then came the highlights of the day: Encik Boss instructed Abg Metro to work closely with Cik Mangsa as Abg Metro kena belajar banyak dari Cik Mangsa. DANG!!  Cik Mangsa terus pengsan. Ok ok takde la pengsan, but I felt like it. Rasa cam kena hempap 100 tonnes concrete. I wish I fainted, then bila sedar aku adalah baru bangun tidur dan telah terlewat untuk pergi kerja, dan semua tadi hanyalah horrible nightmare. You wish! *pftt*


        As for the good news pulak, harini aku terhantuk + terlanggar + cuts + bruises sini sana kurang daripada biasa. Yep. Tu je perkara yang terbaik yang berlaku pada aku as for today.  Tu pun still asyik tersedu2 tak tentu pasal. GIle pathetic kau ni Adi *tsk tsk*.


        Btw, Abg Metro bertema pastel harini. Soft pink with white, pink & purple stripes shirt and light brown khakis. Dia juga dah potong rambut sikit, but still with the W-T-F highlights. And he's sitting at the table right next to me, the one with glass partition wall. Oh, he just smiled at me.

          Dan Cik Mangsa hanya mampu pasrah menahan perasaan.....

          nRelate All Blog Sections