"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Friday, April 30, 2010

Pukul berapa datuk harimau~

Kalau korang tengok kat home page Maybank2U tu pun dah ada alert:






Never login via email links!!


Haa dah terang2 Encik Harimau pesan kan, maka if kamu dapat email macam ini then xperlu layan. Jangan terpengaruh dengan pujuk rayu mereka itu ok.



On the other note, I saw this at a basement carpark middle of last month.



Gile cute kan? Memula aku ingat bas skola Shinchan ke hapa tapi tak nampak pulak telinga and ekor dia segala. Btw, A Famosa tu kat Melaka kan? Then shouldn't they be painting the car with kancil theme instead of harimau??

I was thinking of posting it for Tiger Blogfest 2010 last week, tapi si monyet tuan punya kamera tu tak ikut arahan bila aku requested him to email me those pics. Sudahnya telat laa entry ni.

Tapi masih belum terlewat for all of us to save the tiger. So, lets go to the zoo y'all!!!


Ok xde kena mengena...

Wednesday, April 28, 2010

Tahapehape la korang nih..

Ni nak komen sikit.. (wah mulut dah muncung ala Kak Nam nih). Aritu Kak Tijah sebut2 pasal blogging pioneer. Then ada pulak amukan puaka Peej pulak pasal sorang minah ni. Then hopping around it seems like everybody been talking about the same topic - blogging  activity, blogging pioneer & minah yang diamuk oleh Cik Peej nih. Sungguh tak sangka ada orang yang sangat mengambil serius blogging ni. Aku nak komen secara general je, bak kata Kak Tijah "takyah nak pinpoin kat sapa2. sedar tak sedar...kita sume pun perangai lebih kurang sama je."

Pada aku blogging ni adalah for fun. Topic adalah bergantung pada individu. Ada blog yang dedicated untuk politik, ada untuk isu semasa, fashion, food, vacation etc. As for most people, they simply write pasal kehidupan seharian; tentang hari kau, special events, aktiviti bodoh2, your love life, your frens & family.. Yelah, it's like kau bercerita dengan orang about yourself la kan. 

But bila kau dapat feedback negative from people yang mendengar (in this case, membaca), tak yah la nak sentap2 bagai. Siap cakap orang dengki kat kau la, nak jatuhkan lah.. Kalau sorang dua then mungkin logik la. Tapi kalau dah beramai2an cakap kau poyo, maka tak perlu lah bersusah payah untuk menegakkan benang yang basah itu.

Blog ni is like portrayal of yourself. Benda2 yang kau cerita dalam blog, cara kau bercerita semuanya menggambarkan diri anda. Ada bloggers yang ramai kawan & banyak comments (menggambarkan dia seorang yang mesra and friendly), ada yang aktif tapi tak ramai yang follow or comment (mungkin dia orang yang sukakan privacy), ada yang ramai followers, mostly silent readers but ada geng2 back up (kau berciri queen bee), dan ada jugak yang copy paste entry orang lain buat macam entry sendiri (kau simply gile xde life. Sangat kasihan.)

Paling takleh blah bila tak pasal2 org yang tak bersalah terlibat sama. Tak pasal2 kes jadi besar.  Tak pasal2 melibatkan undang2 bagai. Memang cari pasal.

So what if kau dah masuk tv? So what if the newspaper covered your story? That doesn't make you THAT significant or important sampai rakyat Malaysia sanggup berpakat untuk tubuhkan geng mari-kutuk-dia-sampai-bengkok just because kau rasa ramai orang dah kenal kau dan orang ramai xselesa dengan your so called kejayaan. Weh orang Malaysia hanya buat geng kutuk untuk budak2 AF je ok. Paling tak tahan bila ada yang sampai came up dengan defensive statement orang Melayu memang tak boleh tengok orang lain senang. Memang setuju. You yourself is a good example.

Pioneer atau tak, yang penting orang selesa dengan kau. Kalau content blog kau merapu, asyik kutuk orang, bincang isu2 sensitif dengan sangat lantang maka kau adalah menempah tiket ke neraka..eh maksud saya tempah tiket sessi dimaki secara berkumpulan. So redha je lah kalau kena maki.


Hoii kau ingat Fergie came up dengan Fergalicious, Beyonce dengan Bootylicious and Kimora Lee dengan Fabulousity, you think you can get away dengan term famousity kau tu? Kau memang mintak kena kutuk.

Eh. Berterus terang pula pin point orang.. (^__^").

Sekian.

Tuesday, April 27, 2010

Hari ini hujan lebat

Semalam adalah entry terbanyak aku pernah post. Semua gara2 bosan plus nak terkuar bijik mata baca FMA and OSHA. Plus sepanjang hari mengumpul bukti bahawa UBBL takde kena mengena dengan kerja kitaorg so tak perlu nak petik pun dalam MOS (opp yang ini ialah Method of Statement ye adik2, bukan Ministry of Sound. Haishh budak2 zaman sekarang ni.. *geleng kepala*). 

Nak berperang kan, maka kena lah siapkan weapons secukupnya. Lakhanat punya safety staff, kau tu dahlah picisan je. Berani nak merepek cakap banyak. Jangan ingat kau boleh sesuka hati memperkotak-katikkan pekerja muda.. err baru macam kami ni just because kau dah kerja lama. Dan jangan ingat aku senyap ni aku tak tahu apa2. Aku malas la nak argue dengan orang bongkak macam kau depan big shots, buat aku nampak macam bangang je. So lepas ni kalau aku terrrrcampak all these papers depan muka kau, jangan marah la ye. Aku kan budak baru tak qualified, so kenalah bagi hard evidence kan? Hopefully all my papers ni hard enough for your face.


Ok, dah cukup meroyan. Boleh sambung baca buku balik.
Eh, sapa yang cakap aku nak membebel pasal hujan lebat?


p/s: Luka akibat papercut adalah super pedih.. :'(

Monday, April 26, 2010

Contoh Pekerja Rajin.

Aku adalah teringin nak pakai oversized kemeja dengan big belt / clincher. Tetapi I looked funny in big shirts sebab macam tiba2 ada ranting kayu terjulur dari lengan baju dan badan berdiameter papan memang tak sesuai pakai wrist accessories. Apatah lagi bila badan papan itu dilengkapi dengan rear asset yang tad to big for the body. Sungguh tak seimbang~

Seram okkay.



Baiklah Cik Adi, kamu dah puas berangan kan? Sila sambung kerja sekarang.

Notification



Dah dua kali aku dapat email ni. Dan most logical thing to do pastinya to ignore dan sebagusnya delete sahaja. But since aku memang guna Maybank2U ni quite frequently, so aku hesitate jugak la kan. Aku bercadang untuk tanya about this particular notification email. Ke ada sesapa yang ada info pasal ni? Perlukah aku ikut arahan itu?


Tapi yang ini memang aku tau aku tak perlu ikut.


Aku memang ada account Public Bank, but that was like million years ago (adoiii saya memang sudah tua *sigh*). Zaman tu nak cari ATM Public Bank adalah sama susahnya macam nak cari public phone nowadays. E-banking ni sume memang sah2 tak wujud lagi. Jadi adalah gila okkay tetiba datang notification camni. Memang confirm kau masuk Trash.


Tapi email ini adalah jujur. Ikhlas dia bagitau mintak kamu to complete the account update so they can unlock your account. Aku pasti ada yang tersentuh dengan kejujuran mereka ini lalu bertindak mengikut arahan dengan patuhnya...

Surat Untuk Boss

Encik Boss,
Sepanjang saya berkhidmat dengan syarikat encik, saya tak pernah kemukakan permintaan yang bukan2. Malahan saya pasrah dah redha dengan semua kerja2 saya. Saya tahu, saya ada masalah disiplin sikit (sikit?!!) tapi encik pun tau saya still bagi komitment yang tak berbelah bagi kan.. (errr hari2 datang lambat kira komited x?)


Encik Boss,
Saya faham kalau ini adalah hukuman untuk saya, tapi takkan sampai begini teruk hukuman ini? Saya benar2 rasa ia langsung xsetimpal dengan kesalahan saya. Hukuman ini terlalu berat dan kejam. Saya merayu, janganlah hukum saya dengan meng-hire mamat yang xleh blah ni jadi opismate saya. 

Saya tak berniat nak memandang fizikal, tapi dah fizikal dia terbentang depan mata, xkan saya tak pandang pulak kan? Sikit2 mesti terjeling jugak. Warna rambut yang tak matching ngan kulit tu, belt yang tah tahun bila punya tah tu, kemeja yang no comment tu.. especially bila saya nak keluar masuk opis, pastinya saya akan terpandang kasut faux-skin crocodile nya ittew. Ini adalah pandangan paling menyakitkan bagi seorang environmentalist seperti saya. Sakit jiwa okkay.. 

Mungkin dia rasa dia nak tampil metro persis Fazli Zainal tapi dia kenalah ingat, dia sekadar bekerja di bangunan shoplot 3 tingkat, di kejiranan kedai bak-kut-teh, bengkel2 kereta dan klinik pakar kanak2. Okay lah, mungkin dia sedikit terpengaruh dengan club house kat belakang opis kita ni, but then again, sape la yang nak pandang club house dicelahan shoplot dan taman perumahan dengan khidmat gym yang asyik xde tu? Sangat tak perlu okkay..


Encik Boss, 
Saya bukan lah mengharapkan Fahrin Ahmad, Jehan Miskin, Farid Kamil, hatta Fizo sekalipun untuk jadi opismate saya. Cukuplah sekadar seorang yang sedap mata saya ni nak pandang... paling keji pun xdela sakit mata dan jiwa saya nih. Saya bukan  mintak naik gaji, I simply ask for an eye candy. Rasanya tak keterlaluan kan permintaan saya ni?

Walaubagaimanapun, terima kasih kerana sekurang2nya staff baru yang perempuan tu sweet dan cute. Terubat jugak lah mata dan jiwa saya ni.. (errr Hanim kekasehku, U tetap dihati I..)


Sebagai bukti yang saya ni komited, saya nak sambung kerja sekarang. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk tidak bergerak dari meja saya ini supaya saya tidak terpandang mamat tu. So saya harap encik jangan panggil saya masuk mengadap k. Bukan apa, nanti kalau saya lalu sebelah dia, kang start laa saya jeling2 sambil komen2 dalam hati. Tak baikk punyaaa...

Friday, April 23, 2010

Kembali ke pangkal jalan

I'm going balik kampung in few hours. (Going balik kampung? Apekah struktur ayat begitu?? Sila tegur.. -___-"). It's been a while since my last trip, since CNY aritu (dimana waktu itulah wajahku telah dinoda~ *sob sob*). Esok my jiran merangkap my childhood friend is having kenduri cukur jambul for her first baby. Since our family is very close dah mengaku sedara bagai, it is more than appropriate la for me to attend the ceremony. 

I'm a bit excited actually to meet her & her baby sebab aku selalu rasa agak kelakar ok for si Lina ni to even have a boyfriend, let alone getting married, being a wife, a mother and all. Agak tak tercapai dek akalku. Sebab Lina ni adalah super sweet & innocent, a bit kelam kabut but she's very friendly & warm. Paling kelakar bila borak dengan dia, sometimes she'll just went off babbling tahapa2 tah then I'll went like Huh?? then tetiba dia gelak2 sebab dia sendiri pun tak faham apa yang dia cakap. Wayyy crazy daripada aku ngehehe~

Tapi aku juga adalah nervous sebab the majlis will be attended by most of kawan2 sekolah rendah. Dah lama sangat tak jumpa dorg. Rasanya dorg mesti dah tak kenal aku, dan aku dapat bayangkan how awkward it'll be to start a conversation. 

Dan pastinya para makcik yang akan lebih excited once they saw me berkepit with my mom, as they'll be wondering "Bila masa lahh si Semah ni ada anak lagi sorang?" Dan yang paling menyayat hati bila ada yang straight forward bertanya "Semah, ni menantu awak eh?" Rasa sungguh di-anak-tirikan. Syahdu okkay..


Pengajaran dari kisah seorang Adi:
Rajin2 la balik kampung. Awak tu dahla tak membesar kat situ, balik kampung pun tak beramah dengan orang. Sampai orang kampung sendiri pun tak tahu awak tu anak siapa. Kau pun tak kenal orang kampung. Sungguh tak beradap... *tsk tsk*

Plus, tolong jaga sikit reputasi Puan Asmah sebagai gangster kampung tu k. Opssss..

TIC TAC TOE

Sekarang aku adalah addicted dengan ini:

Miss Tic Tac Head

Seriously addicted. Kelmarin aku beli satu then tuang semua masuk dalam mulut. Kemam dengan gembiranya. Then bila dah habis dalam mulut tu tiba2 menyesal sebab makan dengan tamak. Benda ni dahla agak mahal, RM 2++ each.

I remembered masa kecik2 dulu mak aku paling xkasi ktorg makan Tic Tac ni. Jajan lain xpe, makan la kau banyak mana pun. Tapi Tic Tac ni adalah salah satu jajan larangan, selain dari Super Ring. Arwah nenek aku cakap kalau makan Super Ring tu nanti jadi bodoh. Masa tu I was like - apekah embah aku ni..( Note: Embah = Nenek/atuk dlm bahasa jawa). Tapi obviously Super Ring tu memang tak elok, dengan pewarna yang maha banyak so aku memang dah tak makan benda tu. Yang Tic Tac tu aku xsure pulak kenapa mak aku tak kasi makan. Aritu aku tanya dia, she simply answered "Huh? Ye ke? Tah lah, dah tak ingat.." Boleh?? Siap kerut2 muka bagai okkay.. Drama!


In the spirit of celebrating Earth Day semalam, harini dengan selamba aku melanggar etika berpakaian ke pejabat dengan menyarung jeans & this favorite tee of mine.

Love Our Planet.
That "Our Planet" is innocently referring to Earth okkay..


Ni bukan gambar kat opis. Not even my recent photo. Notice that tembam pipi and the clear skin? Definitely not my recent look.




Sigh. I miss that room...

Tuesday, April 20, 2010

Full moon

Sedih ok, bila benda yang paling kita nak, itulah yang kita takkan dapat.
Paling sedih bila kita tau yang we've tried our best and gave everything untuk dapatkannya tapi takdir menentukan itu bukan rezeki kita.
Sedih sedih sedih. 
Kau boleh rasa hati macam dah hancur kat dalam tu. And kau rasa cam nausea, loya nak muntah just thinking about it because all the uneasy feelings tu curling up tightly inside your stomach. Rasa nak meletop pun ada. Super sedih (and pathetic..)


Ok ok cukup cerita sedih untuk hari ini. This mendung and wet weather is making me all sad and gloomy.. (padahal kau tengah meroyan datang bulan. Duhh~)


Mentally, aku memang sokmo tak stabil so lets ignore that part. Physically pulak, jerawat makin meriah buat gathering party kat muka aku, especially on the west side of my face (read: pipi kanan. hehe :p). Pastu dada aku pun start naik bintik2 merah 2 - 3 hari ni. And aku rasa kat belakang badan aku pun sama. That is wayyyy scary than going crazy. (Dasar bimbo. Ptuihh.) I still can't find the time (and money.. hukhuk) untuk pergi jumpa skin specialist/ consultant. So I'm planning to give it another few days, monitoring activities geng2 jerawat ni then hopefully next week I'll be able to visit the doctor.

In the mean time, sementara mak aku ada kat KL berpoya2 nih, I'll ask her to kiss my face  sebanyak mungkin sebagai ubat kepada muka dan jiwa ku ini. Pasti berkesan! Heh~ :P


Banyak pulak aku post entry arini kan? Biasalah, nama pun tengah meroyan. Plus boss tak masuk opis arini and aku sorang2 kat belakang ni all lonely and bored, maka memang takde makna laaa aku nak focus gila2 buat keje kann.. Tak sedar esok ada meeting, nak kena prepare 2 progress report bagai. Rasain la keje sampai malam arinih Adi..

This is like, ....

Bulan ni I've been behaving like a crazy person. For a very obvious reason: I am going crazy.


Just imagine - you started crying without any reason, like kau tengah drive sambil happily singing along to the radio then tetiba kau nangis gile teresak2 kau sendiri pun tak tau kenapa. After few seconds the crazy sobbing ended, just like that. Pastu kau pun happily sambung balik melalak2 menyanyi sambil dimaki oleh pemandu kat belakang kau gara2 kau purposely bawak slow siput kat lane laju sebab saje nak dengki kete belakang tu yang  dari tadi asyik beaming and honking semua kereta muahahaha.. Hoii, kalau nak laju sila naik airplane.

Plus you started forgetting things, macam temporary memory lost or something. Like you're in the middle of doing something dengan khusyuknya then for no reason or watsoever tetiba you went like eh aku tengah buat apa ni ek and it took you like whole 5 minutes to remember what you were doing.


Bila someone yang korang kenal tetiba berperangai camtu, of course korang akan risau. Betul? Apatah pulak bila kau sedar benda tu jadi kat diri kau sendiri. Like, scary gile okkay..


Ok, I'm using the word "like" once too many time. Tetiba rasa cam gile bimbo.. Bimbo yang gile? Oh tidak uolss...


Pftt. Like, wateverrrr~

Monday, April 19, 2010

Adi, aku benci kau!!

Kenapa everytime Cik Spontaneous tergerak nak buat sesuatu, Cik Hesitation Melampau akan sibuk menghalang? Pastu Cik Sesalan Tak Sudah pulak  datang menyemak, tak reti nak berambus.


Tak pasal2 I missed a big, nice, warm X & O today.


Buduh Adi!! ~X(

Saturday, April 17, 2010

Syurga Itu

Imagine this:


You're almost 30. You are more than qualified for a decent job but you decided to go jobless because you just can't connect with your current job no matter how hard you tried and you don't really know what you wanted to do for living.You live with your parents and you don't know what to do with your life. You've been thinking about things you might wanna do in near future but still, you don't have any real plan because you don't feel like having any, beside the fact that you hate planning and making decision and you just don't care anyway.

On top of that, your parents (especially the mother) being all supportive about it.



Heaven ain't it? *big dreamy grin*

Thursday, April 15, 2010

FIRST


Happy 1st Anniversary.



I love you. I truly deeply honestly do.

Monday, April 12, 2010

Ini Harimau


*gambar encik Google yang carikan

Tahu. Itu harimau. Ye orang bodoh pun tau. Tapi apa kita nak classified-kan orang yang tak tau harimau tu apa, rupa macam mana? Lagi teruk gamaknya dari orang bodoh..


Korang nak ke keturunan korang dilabel camtu just because mereka tak tahu hapekejadah harimau tu sebab harimau dah pupus, along with so many endangered animals.


Aku sumpah tak nak.


So marilah bersama2 selamatkan harimau ni yek, supaya generasi depan tahu dan kenal harimau.

Dan tak jadi lebih teruk dari si bodoh.. (^____^")







Friday, April 9, 2010

Discovery

I discovered this just now.






Ok nampak sangat aku takde keje..

Thursday, April 8, 2010

Luahan perasaan

Kalau korang la kan, what would you do if someone came up to you and babbling his head off about your life; what you should do with it, what you should not do with it, how you should live it, how you should not live it, yadda yadda yadda... and he doesnt even know your real name.

That's right. Buat bodo sudahh..

.

.

.


Boring packing bag last minute, penat gile trekking 8 jam, bunyi bising monyet dan orang-tiru-bunyi-monyet menjerit2, rasa bak hero menyelamatkan gadis2 yang diserang pacat, bengkek gile nak pasang khemah tapi besi tak cukup, berborak all night sampai tak tidur dok bercerita tahape2 tah, bengkek lagi kena kemas khemah sorg2 padahal tido ramai2, rasa malas gila nak basuh baju dan kasut yg berlumpur Subahanallah, rasa nak tidur sepanjang minggu untuk qada' 2 malam tak tidur sebab syok layan berborak..




Aku dah puas rasa semua tu. Sebab tu sekarang aku rasa rindu nak rasa balik semua perasaan tu.




I really miss being in the woods.

Monday, April 5, 2010

Rapunzel, Rapunzel, Let Down Your Hair~

I watched Alice In Wonderland recently. The movie was ok la, takde la gempak sangat but definitely not disappointing. Johnny Depp is brilliant as usual. Tapi skang ni dia asyik berlakon watak imaginative, with fictional character and costumes. Terfikir pulak, bila la dia nak kembali berlakon sebagai manusia normal...


Alice pulak nampak biasa je dimataku. Cuma watching her made me think.. bila laaaa rambut aku nak kembali panjang nihh.... *sigh*


Mia Wasikowska as Alice

 Mia as herself


*gambar dirembat dari Google


So aktiviti terbaru aku sekarang ialah browsing the net, admiring all the celebs' long stretching locks....

(Tetiba rasa cam psycho gila~)

Thursday, April 1, 2010

Perempuan kepochi? U think?

Adi!!!!

Cissssss camne laa mamat ni bleh sesat ke sini nih... Hey... (with all owh-I'm-so-happy-to-see-u face. Ok lakonan semata)

*Hugs*

Wey mana u pegi? Lepas degree terus hilang. It's like nobody ever heard of u anymore. Where have u been ah? Eh u look different lah..

Hiding la, obviously.. Mana ada pergi mana pun. [I'm] Around. Sibuk keje sket..

Wahh dedikasi.. Sibuk sangat kerja? Hmm u nampak comot sikit kot..

Yup. Memang [sibuk] [and comot.]. Pftt~

Apa yang sibuk sangat tu? U keje apa ek? Ni sampai serabai je I tengok nih. Bz sgt ke sampai xsempat nak grooming babe? U dah xmacam dulu la. Dulu u bla bla bla.. Ok2 I was better. Drop it already will u!

Banyak [benda] nak kena buat. I'm not in my field kan so banyak la benda nak kena belajar. Plus nak buat keje lagi. So it takes double [the effort]..

Ok ok. Sounds important. Mesti gaji banyak nih.... (sambil grinning cam nak mintak penyepak) How much they pay u? Eh lepak jom! I kan student je, mana ada duit. So u belanja eyh! Haha! Bodoh tak kelakar ok!! Bla bla bla..

.

.

.

Esoknya.

Front page Kosmo!

Lelaki ditemui mati dengan mulut terkoyak hingga telinga, dipercayai angkara amukan seorang perempuan.

Ok itu hanya berlaku dalam imaginasi aku sahaja. But still, it's a real pleasure if it could come true.

Mulut cam longkang!

nRelate All Blog Sections