"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Wednesday, November 10, 2010

Updates note.

1. I'm in one of those bitching mood lately. Thats why I've been keeping distance from everybody. Kang tak pasal2 ada yang kena sembur free.

2. Semua benda yang dibuat adalah rasa serba tak kena dan tak best. Nak baring tido pun rasa tak best. Nak makan apatah lagi. And I dont even bother to feed my cat. Haha xpasal2 je kan. But she herself not been eating much lately. She didnt finish her food. Kamu pun moody jugak ke Ngongok?

3. I just figured out that malas itu indah. Mungkin sebab itu aku makin malas sejak akhir2 ni. Atau mungkin aku simply dah fed-up I just dont care anymore. I'll take the later, sounds more acceptable. Heh.

4. I'm sick. Sick as in tak sihat and also sick of everybody and everything. I've been having mild gastric for a week now and now my throat and my nose both are soo dry, sore & pedih. Nak bernafas pun kadang2 adalah tak selesa. Plus I'm bloating like a pig, my breast is swelling, my joints are aching tapi tak period jugak lagi. Its not easy being a women, please note that all gentlemen.

5. Mungkin sebab tu kot aku dok moody tak memasal. Yup, just blame the menstrual cycle. Duh..

6. I'm kinda looking forward to the end of this year. Cant wait to start a new year fresh. Walaupun I dont get exactly what I expected & wanted, I hope that everything will turn out good. I'm doing this for myself, my family & my loved ones so it better be good!

7. I had a rather crazy weekend. Well that's what you get for being a part of a crazy family. Its gonna be a hell of a bumpy ride but I still gonna love them all unconditionally.

8. Just had a phone conversation with my sister. As predicted, a hell bumpy ride is waiting and its gonna be a longgggggg ride *sigh*. Ahh screw it!! Its my family and whats life without one of those crazy rides kan? :)

9. Oh ya. Ada sesiapa tau or kenal any great bomoh? Sumpah aku rasa cam nak bomohkan orang nih...

Thursday, November 4, 2010

Teman Hidup

Oh hello there. Hi, I'm Ngongok the Fabulous Cat. Ok tipu saya tak fabulous pun. Kakak cakap saya bongok sebab tu dia panggil saya Ngongok.

Ni gambar first saya berdua dengan kakak. Masa ni kakak baru balik sebab tu muka cam mabuk. Rasanya dia betul2 mabuk kot sebab masuk rumah je dia terus jerit "Ngongok!!" kuat2 pastu gelak2 cam gila sebab saya tergolek jatuh kerusi terkejut kena sergah.

Saya suka golek2. Even tengah tidur pun saya suka golek2. Pastu mesti kakak jerit kat saya "Ongok stop it!! Jgn chomel sgt, akak pijak kamu kang!"

Ada rasa cam nak pijak ke?? Tak kan tak kan


Haa kan dah penyet kena pijak

Heh tak la I sleep like that all the time, especially when I sleep on the carpet.

Lena melampau.


I like to hangout by the window. Like literally.


This is my current favourite golek2 spot.


  
  Lepak dalam ni pun best. Kasut sgt besar lagi selesa woh!


 
 Spot tido favourite paling heaven. Bantal kepala empuk!!

Saya menyamar karpet. 

Kakak akan bising2 if saya baring camni sebab dia cakap dia tak perasan saya pastu dah nak terpijak. Bukan dia slalu cakap nak pijak saya ke so whats the big deal kan if terpijak pun *jeling*

 Menyamar tupai

Okeh dah dah thats it fow now. Saya dah ngantuk *big yawn*. Off to sleep.

Tuesday, November 2, 2010

The night after a long rainy day

Malam yang dingin nan indah, nak tido tapi xngantuk pulak. Omaigod bosannyaa...


Oh hello there....


Wait wait lemme fix the hoodie first..


Facebook pose!! *Kacha*


That little black thing used to be big. Its shrinking??


Its (belated) Halloween & I'm a Teletubbies!! Minus the freakin' ariel thingey!!


Hey I'm Kenny!! (and nobody gets to kill THIS Kenny ngertik!!)


That's it, I'm gonna be Alia for Halloween!! Hey hey Don Miller... *flirty sultry voice*


Ok I'm done giving y'all nightmares. Have a nice sleep everybodiessss.. :)


p/s: I sooo want to watch Red!

Saturday, October 30, 2010

I love you..

[click picture to enlarge]

Dont worry, I didnt reply that. Gile ke hapa tetiba nak reply benda mean macam tu. Lagipun its not like he was being mean or aggressive and all. 

We've been cyber fren since Myspace, then Friendster sehinggalah ke Facebook. Takdelah kawan beriya pun, juat some occasional hellos, like setahun sekali. Oh wait we did chat on YM quite frequently this one time. Just that one particular time. Pastu dah takde dah. Then he added me on FB, komen gambar sikit2, tu je lah. And that was long time ago.  Aku pun tak ingat no fon apa yang aku bagi kat dia. So adalah mengejutkan bila pagi2 masuk kerja check email tiba2 ada message camni pulak. Sungguh tak mengujakan. 

Sumpah aku tak tau how to react to things like this. Selalu bila tiba2 dapat sessi luahan perasaan camni, I'd just laugh it off buat cam konon2 they were joking then terus tukar topic. Tapi that trick didnt work that well especially when it came to lelaki jenis tak paham bahasa. Paling teruk ada this one time nih, this guy told me he loves me STRAIGHT AWAY JUST LIKE THAT, lengkap dengan ayat tidur-tak-lena-mandi-tak-basah semua. Bila aku dah tergelak2 cam sewel siap tukar topic semua, this guy grabbed BOTH my hands, stared me in the eyes and said "Adi, I'm serious." Omaigod gila okay. Sumpah terus terkeras sekejap haha. Pastu aku lempang muka dia sambil jerit "Pervert!!" to his face then ran away. Haha memang tak la kann. I just walked away quickly like-kalau-masuk-lumba-jalan-kaki-terus-menang-tempat-pertama sambil dia terjerit2 memanggil namaku dengan penuh perasaan. Nasib baik dia tak kejar kalau tak confirm jadi drama sebabak Sembilu Kasih.

The after-rejection part ialah saat paling akward and membencikan. Some will move on, tanpa berlengah terus meluah perasaan pada target seterusnya. Ini obviously kategori golongan lakhanat, so mmg nasib baik tak terima "cinta" dorg. Mostly will stay and being persist. Merayu2, melutut, paksa2 paling tak boleh blah those yang I-dah-takde-semangat-nak-hidup-kalau-takde-cinta-u. Kalau camtu, sila pergi mati cepat. Takde sapa nak lelaki yang tak kuat semangat dan tak menghargai life macam kau. Ceh cakap macam bagus padahal kau tu pun sama je, siap menangis2 dalam class sampai lecturer soh balik je nangis kat umah. Tapi tu kena cerai after good long 8 years, of course kena frust at least 4 tahun then baru boleh cari cinta lain. Ni bercinta pun belum, nak frust beriya kejadahnya? Tak releven okeh. 

Apa aku nak reply kat mamat ni ek?

Tuesday, October 26, 2010

Hotness

Last 2weeks were like the hottest week ever. Literally. Super panas aku rasa macam nak menyorok duduk dalam peti sejuk.

Check out the temperature. These were taken on Thursday. Mind you people that all pictures were taken with my car parked under the shade.



35 degree Celcius at 5:00pm!!! That is just sooo wrong people. The temperature should be dropping already as the sun started to set down but it only started to decrease at almost 7pm.

Pastu come night di kala insan lain sedang tidur lena saya adalah menikmati sessi in-house-sauna. Panas weh!! It was like the sun took the light away for the night but left the heat behind. It's global warming. Yet all the people tak sedar2 lagi pasal ni and keep blaming the nature itself!! Hilang akal ke hapa orang2 nih??

As I told before, the sun here baked me. So bila balik KL lepak bersama teman ayat mukadimah feveret ialah "Wahhh Adi hitamnya kau!!". Pftt. Where is your manners?! Sebagai true Malaysian ayat mukadimah wajib ialah "Apa khabar? Dah makan?". Tak tau ke??

Pastu siap compare2 my uneven skin tone. Lengan belang2 lah, badan putih kepala hitam la, muka hitam tiba2 tang dada cerahlah.. bodoh dada sesiapa pun memang lagi cerah dari muka la bangang. Paling takleh blah ada yang buat statement "kaki kau pun lagi cerah hahaha". Macam lahanat. They all agreed that the back of my hands are fairer than my face. Tak puas hati balik rumah terus check buat perbandingan.

Betul ke tgn aku lagi putih??


Ok fine. Memang tgn lagi putih. Whatever.

Owh anyway, to those who been wondering, I'm currently at Lumut/Manjung. Its a nice place actually but sesapa yang pernah datang ke sini mesti faham how hot the weather is. Dan betapa hotnya hati dengan perangai most locals. Yang tak hot cuma orang2nya sahaja. Bummer. Lagpun nok, mak memang tak taste dengan abg2 navy tu semua. Never!! *jeling sambil kibas rambut*

Thursday, October 21, 2010

A chat with an Aussie

Tiba-tiba teringat pasal benda ni. Aku tak ingat when did this happen exactly but it happened sometimes last month.

So I was hanging out with a bunch of friends. Then few hours later Mr.K joined us. Sedikit info on Mr.K: He's my age, he drives an Audi, he lives in a 2storey semi-D somewhere in Hartamas, he makes like min of 5k a month. Aku tak sure and tak peduli pun dia ni kerja apa, tapi menurut sumber2 bermulut laha, Mr.K adalah belaan seorang Dato'. Iyeee DATO'. VVIP lagi okkay.. Kau ada??

Back to the story. Mr.K ni is kawan to our friend, Z. He just got back from Australia and he bought something for Z, so kira dia join kitaorg ni just to pass the barang to Z la. Fine, tak kisah la nak join pun. Bukan kah menambah kenalan dan mengeratkan silaturrahim itu adalah amalan mulia?

So he was talking to Z, and we were being menyibuk asking about his trip to Australia and all. Mr.K pun dengan ramahnya bercerita lah. Dia pegi sini pegi sana, tengok sini tengok sana, shopping sini shopping sana.. So weols ni pun dengar la sambil went all "owhhh" "aahhh" "wahhh" dengan kagumnya. Pastuuuu hujung2 dia boleh cakap "Eh apesal uols cam beriya sangat nih? Laaa tak penah visit Aussie ke?? Kesian uolsss" Macam babi tak??!!

Kitaorang dah mula rasa macam wadehel-mamat-ni tapi ktorg layankan je jugak. Dan Mr.K ni pun sambung la cerita with "I dah byk kali pergi" "I dah tau semua tempat,dah hafal semua jalan" "Its like my second home" kinda statements. Masa ni aku dah rasa macam nak cekik2 je si babi nih. But mengenangkan si Z ni aku just keep quite and listen je la.

Thennnnnn he made this statement "Ada sekali ni, this one guy from India tot that I'm an Aussie tau.." which I politely replied to "Iye?? Haah mesti la kan,you pun look like typical Aussie natives, what they call it err haa Aboriginal!! Sikit2 macam Samoan pun ada. Eh tapi tu dah dekat New Zealand. Ala lebih kurang la tu kan, ala2 Australian jugak la kot. Eh ke lain ek? Tah la I bukan pernah pegi oversea pun so manala tau benda2 camni kan hahaha.." Ketika itu terdiam sudah Mr.K dengan penuh penyesalan dan carutan dihati.

Mr.K, tak kisah la if you nak brag your head off dgn your life ke hapa ke, tapi agak2 la sikit. Tengok2 la tempat and crowd. Kalau setakat dengan weols geng Cik Bedah picisan ni maka simpan sahaja lagak2 mu itu. Lain la kalau dengan those socialites-bimbo-frens of yours tu ke, Datin Y ke, boleh la you nak cerita pasal your so called second-home tu, all your Channel and Prada ke, berapa banyak account credit card platinum kau tu ke, sambil lepak2 kat 5star coffee house. Ni setakat lepak kat mamak, simpan je la cerita eh-I-tak-perasan-I-dah-ada-this-Prada-bag-pastu-dah-terbeli-lagi-satu-pastu-tak-pakai2-terperuk-dalam-almari-last2-rosak-haha-lawakla-I-ni. Macam bangsat tau tak.

So pengajaran kisah kali ini ialah bila bercakap tu fikir2 la sikit ye. Jangan rasa semua orang tu lower than you and soo stupid that they'll buy anything you said. You'll get no respect. Dan juga jangan la sesekali buat Adi rasa annoyed. Kelak binasa telinga mendengar sindiran dan makian.

Feeling Aussie la sangat kannnn.. Matilah kau!

Wednesday, October 20, 2010

Simple update

I'm still in the stuck mode. Tengah syok2 menaip entry dah halfway then tiba2 I went blank. Sumpah tak seronok perasaan tiba-tiba-blank nih. 

Aku juga adalah sedang upset, frustrated, annoyed and uncomfortable. Pendek kata semua perasaan yang kurang enak lah, sampai perut aku pun jadi rasa tak selesa. Tak pasal2 end up dapat mild gastric.

Oh ya. Kepada peminat tegar Siti Nurhaliza terutamanya, I'm giving away a Simply Siti lip gloss. For free. But there's a catch.. *evil chuckles*. Haha. So kepada sesiapa yang berminat watch out for my coming entry of it okeh :)

Dah tu je bye.


Tuesday, October 12, 2010

PROMOTION: FASHION REHAB


Saya ke pejabat



 
Saya bersantai


Night out!


Saya mengandung.Wahh tiba2 kannn..


Ok ok semua memang bukan aku. Lengan kami je yang sama besar. Body parts yang lain2 badanku adalah lebih menonjol dan mantap. Hehe. Tak kelakar la woiii!! (T__T)
Gambar semua adalah tajaan FASHION REHAB (FR).
I bought a slim fit cardigan from FR last month. Super awesome!! Plus semua orang adalah super jealous watching me donning it. Nak buat camne orang cantik pakai baju cantik memang la jadi super cantik muehehe. Ok fine saya tarik balik kata2 tu. Tapi the cardigan memang awesome!

Cardigan pujaan hati. 
Ni pun bukan Adi. Dont get all too excited now.

FR also sell awesome belts & owner FR juga adalah super friendly. Beliau siap advice lagi which belt goes with which outfit, what colour goes with your skin etc. Last time buat sales selamba je bagi discount 40%!! Murah yang amat compared to most online clothing shop.


 
 Belts!!

The downside is FR is still not available at blogsphere yet so you guys have to check out all  Fashion Rehab's clothing on FB. Tapiiiiiiii ada berita baikkk!!!

Fashion Rehab is opening its showroom at City Plaza, Alor Setar Kedah very soon. Sempena the opening dan sebagai seorang manusia yang berhati mulia, tuan tanah FR telah bermurah hati menawarkan 10% discount untuk para pembeli online yang jauh dimata tapi dekat dihati. All you have to do is go to Fashion Rehab page at FB, click "Like" then place your order. Easy peasy cheeseeyyy~

Huh? 10% discount sikit sangat?? Ok kalau nak more discount you can opt for Whole Styled-Up Ensemble promo.  This one is applicable for customers with purchase of 2 or more items. Just PM the onwer for nego and further mark down!! Gila pemurah Encik FR nih weh!! Suka suka suka!!

Owh FR just updated some new stock so hurry up and go visit FR page people!!!

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Its Sunday and I'm here at this stupid place filled with stupid residents. Stupidness melampau. Paling menyampah when they're driving. Macam lahanat okkk. This place is nearby the sea so the weather is quite crazy and hot. So bila memandu dalam cuaca panas dengan jalan raya yang penuh dengan driver bangsat, just imagine how much your patience being challenged. Yang paling tak boleh blah when the outsiders yang datang bermastautin kat sini pun drive exactly like locals. Sangat menyakitkan hati weh!!

KL memang panas, standard la big cities punya panas. Actually its hot everywhere pun currently. But here the panas memang satu macam. Like wayyyyy too hot I feel like melting whenever I'm out. And the sun here really bakes you that you could actually turn hangus. I know, sounds exaggerating but thats the truth. KL did bake me but didnt burn me. So adalah super annoying when everytime I went back to KL or kampung everybody went "OMG kau kering hitam legam!! Kesian...."

So today I'm staying inside, all alone here away from my family, frens and life. Takde apa nak buat selain mengadap tv watching Datuk Sheikh Muzaffar's perkahwinan kayangan preparation and all. Pethatic wehh aku ni!!

Anyway to pasangan angkasawan negara Datuk Sheikh Muzaffar & Doktor Halina, you guys make a beautiful couple. Semoga berkekalan & bahagia ke akhirnya, sentiasa dilimpahi keberkatan & kerahmatan. Have a happy life!

Thursday, October 7, 2010

Stuck

I have soooo many things to story mory but I just dont have the time and the ketenangan at the moment to post a proper entry. Type sikit then I went blank. Type sikit then went blank again. Padahal dalam kepala mencurah2 benda nak dikeluarkan but tah kenapa it got stuck. That sucks.

Saat ni banyak benda nak kena settlekan, benda nak kena fikir, decision nak kena buat. Haih sungguh tak seronok jadi dewasa dan bekerjaya ni. Too many responsibilities, important matters, issues and works to handle in one single life. Tu belum campur ngan other lifes evolving around us. Semua benda pun nak kena fikir. Paling tak best bila kena buat decision. Nak kena fikir betul2 so tak tersilap buat pilihan or else akan meninggalkan kesan seumur hidup. Even aku yang yang jenis tak kisah ni pun still kena fikir betul2 since every decision I have to make is involving others and THAT, matters to me. Pastu fikir punya fikir punya fikir penyudahnya stuck again. That reaaaally sucks. Haih.... Eeh, see stuck rhyme with suck lah. Sebab tu kot it sucks when things got stuck. Haha. Geddit? Stuck, suck. No? Ok dah diam.

I wish I was a little baby. I can sleep, eat and cry all the time and people still think I'm cute. Jadi kucing pun best jugak. Meoowww~

Dah dah nak sambung buat kerja.

Thursday, September 30, 2010

Ruangan Kembang Setaman [STICKY POST]

Please scroll down for latest entry. Thank you.
---------------



Hi. My name is Takedo. I know it sounds Japanese-ish, but I'm definitely not Japanese. My owner thought that the black point of my face looked like a ninja, thus the Japanese-ish name. I'm a male Burmese. Not that I'm from Burma or anything, it's what those people named my breed. I don't even understand why.

Anyway, I just hit puberty so my testosterone is skyrocketing at the moment. I'm in desperate need of a female companionship. Any of you sexy foxy female feline out there, feel free to contact me. We can hangout, get together and if we were lucky enough, we can produce bundles of adorable cute kittens. My owner would love that.

So any inquiries you can email my friend Adi at aweksakuragi at yahoo dot com.

Wednesday, September 29, 2010

Quick updates

  • Kesibukan melanda on-off. Minggu ni busy lagi. Yeah whatever Adi, kau memang memanjang sibuk kata Nana sambil rolling her eyes. Nana sayang, saya harus bekerja demi sesuap nasi. Kau lain lah, ada org suap nasi on silver platter using silver spoon sambil kau duduk terkangkang. Saya kena berusaha sendiri faham.. Weh weekend ni belanja aku tau!! ^__^.
  • Kan I've been experiencing sakit pinggang since after cuti raya aritu, so I went for traditional massage sessions last weekend. Still rasa a bit stiff, but the pain was gone. PASTUUUU pagi tadi bangun tido pinggang ku kesakitan balik. Waddehel... Stress kah aku?? Cara tradisional gagal, maka selepas ni akan proceed dengan cara modern. Doktor, saya saket!!! :'(
  • Weekend ni (2nd Oct) kakak buat open house, so sesiapa yang berkenaan dan dijemput tu sila la datang. Para blogger dan pembaca blog hebat saya ni *cough* juga dijemput hadir, especially those yang tinggal sekitar Hulu Klang. Email me for the details k. Shidah, kehadiran kau adalah wajib. Harap maklum.
  • I got the invitation to Vaseline party at Luna Bar this weekend. Hoyeeh hoyeehh!!! Tapiiiiiiii masalahnya kakak is having open house on the same date, aku dah tak sempat nak cari dress, my current physical condition  adalah sangat kasihan almaklumlah kerja buruh kasar, plus I emailed my RSVP tapi cam xde respond jek... Takpelah, bukan takdirku untuk attend party tu. Mungkin aku ditakdirkan untuk attend "party" lain di tempat yang sama miahahahaha~
  • Nafsu makan kembali menghilang. Sia2 usaha menambah 2kg lemak during raya holiday. Hadoihh..
  • Cakap pasal lemak and weight, I think those are the least anybody should be worried about. Fat and weight do differentiate skinny people and fat people, but that does not necessarily differentiate between being healthy and sick. What need to be watched out ialah the sugar and cholesterol. Kurus macam aku tak tentu lagi paras gula dan kolesterol adalah ditahap selamat. Dahla aku ni suka makan junk food. So people, watch more what you eat and worry less on your weight okeh. Be healthy and care for yourself and the environment *nak jugak.....*

Wednesday, September 22, 2010

Hasutan syaitan semata

I went shopping last Monday. Gila bosan bersendirian dirumah sampai rasa macam takde mood lansung untuk menjalani hidup. Dahla jiwa tengah kacau. Demi mengelak hasutan syaiton-nirrojim dikala jiwa tengah vunerable ni maka lepas maghrib pergi Giant then gi basuh kereta sambil makan malam.

Niat asal pegi Giant nak beli drinks je, but end up with this:


Tak boleh dipercayai betul. Sebelum keluar rumah niat dalam hati bukan main lagi nak beli air SAHAJA. Sampai sana tangan capai sana sini. Semua benda pun nampak macam sedap, macam perlu mesti kena beli. Last2 habis berpuluh2 hengget jugak. Last2 kalah jugak dengan hasutan syaitan.



Pastu tak pasal2 beli ni jugak
Abaikan perkataan Anti Penuaan tu thank you..... (*__*")

Product review akan dibuat bila teringat lepas sebulan nanti okeh :)

Sampai rumah bila unpack semua barang then ternampak resit pembelian, mula lah rasa menyesal sebab membeli ikut nafsu. Hadoihh memang rasa nak sepak muka sendiri kuat2. Tapi perasaan tu tak lama bila memandang ini:
Kecintaan abadi!!


Limpahan kenikmatan yummehhh!!
(Yes Jiha, I stalker Aqeef yang paling gigih muahahaha~)


Terlalu teruja menikmati Chupa Chups kegemaran sampai terkembang2 hidung.

Monday, September 20, 2010

Sakit hati dan sakit pinggang. Mana lagi sakit?

Banyak benda nak cerita kat sini, tapi emosi dan kehidupan sedang sedikit terganggu so mood untuk menulis memang takde. Plus blog aku macam sewel ke hapa tah xleh nak upload pictures or video. Whenever I click the insert picture button, the add image window popped out tapi went still. Macam tengah loading or something tapi tak habis2 loading. Amatlahhhh menyakitkan hati dan menghilangkan mood untuk post entry. 

Aku memang tengah sedia emo dan sekarang aku bertambah emo disebabkan ke-emo-an orang lain. Sakit jiwa nak buat kerja macam ni. It's really hard to get anything done. Semua ni buat aku makin xde mood and takde semangat nak buat anything at all. Hello, kau tu dah TUA tahu. Please la weh, jangan la buat perangai budak2. Pandai cakap suruh orang come to you and be frank, yang kau tu tak puas hati takde pulak nak cakap straight to my face. Kau pun tau how easy it is to talk to me straight away. Kau pun tahu kalau aku salah or proven bersalah, mesti aku mengaku and fix it straight away. Dan aku tak simpan dalam hati. I am THAT straight. And you know that. So whats up with all the sulking and silence and perangai kepala angin nih? Takkan menopous kot? You are not making anything any easier dear.

Since kau tak cakap apa2 kat aku so I'll keep on acting normal dan ignore any of your tantrums and doings. So sila sakit hati sendiri. Mak takde masa nak layan kepala angin kau tu nok. Mak ada banyak benda nak fikir nak buat keputusan. Kritikal nih.. So if any of decision I made in future buat kau terasa ke hapa, nasib kau la. Suka hati kau la nak fikir apa, nak cakap apa. Selagi kau tak cakap or luahkan apa2 kat aku, then aku akan terus anggap yang takde apa2 berlaku. Segala amukan kau dikemudian hari akan dianggap sekadar an annoyance from an annoying someone. 

Aku sedang mengalami sakit pinggang. Dah 4hari. I dont know what happened to my waist exactly  that cause the pain but I did notice yang it started with this pain at my spine. It left like sakit sebab lebam whenever I touched it. Aku tak tahu where or how I get it. Probably from one those bumping-to-things accident I had all the time. Suicidal kan aku? 

Anyways, last Saturday I was going upstairs when suddenly pinggang aku went like really sakit and I couldnt stand up. Aku dah terduduk kat tangga masa tu. Nasib baik tak jatuh tergolek. Since I couldnt move, I was all alone and my pinggang rasa betul2 sakit, so I just sat there waiting for the pain to go away for a good 15minutes. 15-freaking-minutes!! Masa tu aku dah meleleh2 airmata, dok fikir camne aku nak tolong diri sendiri nih. Aku taknak mati tangga macam ni, nanti roh tak aman terus jadi suster ngesot. I didnt have my handphone with me. Plus aku tak tau nak call siapa yang boleh tolong aku on the spot. Mintak tolong kat abang polis la kott? 

Buttttt aku tak sure dorang tu is reliable or not sebab pernah sekali dulu kat blok rumah kakak aku duduk tu ada bunyi chaos orang bergaduh tengah malam. Ada sorang lelaki ni mengamuk2 menjerit siap baling2 barang. Like baling helmet and tong gas okkkk. Kakak aku cakap dorang bergaduh adik beradik. I just couldnt stand it bila dengar suara perempuan menjerit like really horrifiying. I mean, anything could happen tak kiralah siapa pun mangsanya. So I called up 999, explaining what happen and asking for police to come and check. So this 999 lady connected me to a police station and I was talking to an officer. He asked me what happened, whats the current situation. Masa tu aku dah rasa like weh takkan kau nak suruh kau pergi tengok? Bukan sepatutnya kau suruh aku dok diam dalam rumah jangan keluar, kunci pintu, just listen and report if ada apa2 jadi lagi ke?? 

So he said they'll send someone to check. Aku pun ok lah, tunggu la if ada polis datang ketuk pintu rumah aku ke, nak bercakap dengan saksi ditempat kejadian haha. Fine, tak kelakar. But nothing happen. 10minutes later, the officer called me and asked if dorang still bergaduh. Aku pun cakap lah dah takde bunyi lagi so maybe it stopped already. He said ok, takde apa kot then hung up. Wadefak weh!! I didnt tell them that it was a family-fight, I just told them there were people fighting real bad and I heard a woman screaming. That could mean a violance is happening but they dont even bother to show up!! Just because aku cakap it stopped doesnt mean nothing bad happened. Manalah tau dah senyap  tu sebab dah ada orang kena kelar leher ke, kepala dah pecah ke, tak fikir ke? Nak tunggu ada orang lapor kematian ngeri baru kau nak datang tengok ke? And people wonder why the criminal rate is increasing.

So pasni kalau apa2 jadi kat aku lagi, I'm thinking of calling Indon general worker aku tu. Lebih reliable. Tak pun aku call bapa babies aku. Lebih romanticable. Ngehehe~

Friday, September 17, 2010

Thank you note.

Thank you PNZ Two Enterprise for producing it, thank you Kedai Mesra Petronas for selling it. Setelah sekian lama mengidam, gula kapas idaman kalbu sejak bulan puasa akhirnya berada di pangkuan. 

Yummehhh Manda Gula Kapas

Stoned weh nak abiskan menatang nih!!

psttt: Apesal kena namakan gula kapas nih Manda? Cam tak releven ngan product jek...

Wednesday, September 15, 2010

Laporan Sambutan Syawal 2010


Raya tahun ni berlalu tanpa sebarang persiapan. Aku takde baju baru pun. Nak beli awal2 tak sempat. Plan asal nak tunggu balik kampung then bershopping sakan di Jakel tapi tak sempat jugak. [Info: Jakel berasal dari Jalan Aji, Segamat, Johor, bukan kat KL nun. Family aku je dah empat keturunan termasuk anak sedara aku bershopping kain dan karpet kat situ. Harap maklum.]

Pasangan2 yang dah berkahwin pulak pulang ke kampung mertua masing2 tahun ni. So rumah parents adalah tak berapa meriah. Sessi bergambar sakan memang takde. By waktu solat Jumaat aku dah sambung membuta to around 3pm. Bangun pun sebab mak aku memekak kejut sedara mara datang. Then around 4 lebih barulah kitaorg ramai2 keluar beraya. Tu pun aku melawat satu rumah sahaja then balik terus sebab parents aku dah malas nak join yang lain2 sambung beraya. Raya pertama yang tak efisyen.


Tapiiiiii rumah tetap ceria dengan kehadiran 2 anak penyu.
Dua anak penyu berkeliaran dengan gembira di ruang tamu yang lapang. At the background is bapak penyu yang tewas.


Adik & Kakak. Comel dan bising.
Tapi both tak berapa sihat so they were more bising than comel. Haih.



I had a near miss accident on 2nd day raya.


I almost chopped of my middle finger while chopping a sugarcane stalk. Tapi lucky enough the butcher knife just slightly slit off a small bit of my middle finger skin and nail. Pengajarannya ialah lain berhati2 bila menggunakan pisau pemotong daging. Sebab somehow ia akan cenderung untuk memotong daging walau apa yang cuba dipotong pun. Dan juga jangan excited menggelabah sangat bila menggendalikan pisau ok.

Itu sahaja cerita untuk sambutan raya tahun ini. Hari2 dalam bulan Syawal berikutnya akan dipenuhi dengan sessi mengganti puasa. Sekian.

Wednesday, September 8, 2010

Mix of the randoms



Mangsa domestic violence. Excuse the unkept nails and the dry skin. Kondisi normal untuk wanita berkerjaya buruh kasar macam saya.

Burn kena iron. Yang bodohnya, aku tak guna pun iron tu dan kedudukan iron dan aku pada waktu kejadian adalah sangat tak strategik lagi tak masuk akal untuk memungkinkan sebarang contact that can cause any burn AT ALL. Dahla kena pagi2 buta. Imsak pun belum lagi. The burn didn't turn bleb, but the muscle swollen a bit. Tak pasal2 tapak tangan gebu sebelah. Bayangkanlah betapa sakit dan uncomfortablenya aku bekerja sepanjang hari. Well actually takdela sakit sangat pun, cuma kerja dan manusia sekeliling yang causing the most pain. Pain in the heart and pain in the butt. CURSE YOU ALL JAHANAM BANGSAT!!




Uban ke-2 I discovered this week. Haih saya dah tua rupanya~ *sigh* Takpe yang penting saya tetap tampil kelihatan muda remaja dimata umum. Lagipun usia hanya sekadar nombor. Obviously in denial.. *rolling eyes*  Shaddap yewww!! Eh apesal ada jumpa uban time tengah bekerja nih? Curi tulang ke??


Bercakap pasal rambut, bila lah rambut aku ni nak kembali panjang mengurai? Dah tak sabar nak tunggu nih. Based on the rate of current growth, ada potensi untuk aku hilang sabar lalu cut it short. Dahlah tengah jiwa kacau, memang tendancy untuk pergi potong rambut adalah tinggi walaupun takut. Asal takut? Baca kat sini. Jangan malas. Wah tiba2 serius kannnn. Omaigooood she's old and sewel! I blame the workload & lifestyle. Stresssssssing!!


Oh I hate having period. The PMS, the pain, the "extra padding", the swollen body parts.. rimas rimas rimas!!


This poor lappie needs cleaning up and formatting. And the poor owner needs a VAIO. And a Motorola Milestone. And losta money.



p/s: Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya semua. Aku maafkan korang. Dah dah bak sini duit raya.

Tuesday, September 7, 2010

Are you moist enough?

YOU. Your skin. Not that choc moist cake. Shit teringin pulak nak makan kek ni.

Anyway, if you feel like you are lacking of skin moisture due to the excessive heat caused by the ever increasing global warming that nobody cares about, then Vaseline has the solution for you.

Vaseline is currently celebrating amazing skin thus they are unveiling their new Intensive Body Care Lotion range catering to different skin needs. Yes ayat super gempak sebab copy dari source tehehe~

Gambar terpaksa mintak kat Encik Google.

There are 4 variants available at stores nationwide;
  • Total Moisture (mustard) - 10x more moisturization, sesuai untuk kulit normal tapi tetap berusaha nak kekalkan kelembapan kulit supaya kekal cantik of not bertambah cantik.
  • Healthy White (pink) - helps match your body's dark skin areas to light areas, sesuai untuk MJ wannabe kulit gelap tapi berusaha untuk dapatkan kulit yang lebih cerah berseri. (Note: MJ definitely tak pakai ni untuk putih)
  • Intensive Rescue (white) - hypoallergenic and unscented for very dry skin, sesuai untuk mereka yang berkulit biawak terlalu kering dan memerlukan extra care and moisture.
  • Aloe Cool & Fresh (green) - hydrates and refreshes skin, untuk kelembapan kulit dan kesegaran berpanjangan.
Not only they moisture and hydrate your skin, these lotions also complete with skin essentials nutrients such as Vitamin A, E and minerals. 

So hurry up and grab any of these variants. If rasa semua pun cam best dan wangi rasa macam nak makan plus your different parts of body in need of different variants, then beli je semua. Tak rugi berbelanja untuk kecantikan dan kemulusan kulit. Plus dijual dengan harga mampu milik so adalah value for money. Wah wah now I can quit my current job dan pergi jadi promoter Vaseline.


Wajah gembira promoter Vaseline berjaya sedang bercuti di Redang. Cantik tak?? 

Memang tak cantik. Sebab masa tu Vaseline belum launch Intensive Body Care lotions so kulit tak dilindungi sepenuhnya. Damn.


Anyway, Vaseline is giving out invites to Celebration of Amazing Skin by Vaseline poolside party exclusively for Nuffnangers on 2nd October 2010 at Luna Bar. They are giving away prizes worth of RM 10,000 (thats 10K people!!) in form of cashes and tonnes of Vaseline products. Party yang harus dihadiri. There'll also be prizes for games and lucky draws during the party. And on top of that, female blogger with The Most Vibrant Skin will win a Coach handbag worth RM 2,000!! Sekarang dah jadi party yang wajib dihadiri.

Disebabkan only 75 best written blog posts to win a pair of invites to the poolside party, maka jika anda betul2 berminat, click here to take part. Here! Click here!! But then kalau tak minat nak pergi tapi anda join contest dan menang invites, sila serahkan pada saya. I waaannntttt!!! Muahahahahaha!! *gelak tamak*

Friday, September 3, 2010

This is why I sometimes hate surprises.

[Pesanan penaja: Click images for larger view. Jangan malas. Thank you]
* * * * *

Thanks to Nuzul Quran & Mardeka, we ended August with rather long weekend. Setelah puas bermalas2an over the weekend, I checked my emails for the importants and whatnot.

To my surprise, I got this very important email;


Over ok, nak ber-email2 bagai.Aku call pun susah nak jawab, apetah lagi nak ber-email2. Memang tak laa..

Dan berikut adalah isi kandungan email;


 Tajuk dah menarik, malangnya kandungan takde attachment geran tanah atau geran kereta, apatah lagi nombor siri simpanan peti besi kat bank. Kecewa disitu.

Then I noticed something;

Mak aku ada FB weh!! Waddehel....Cepat increasekan security setting FB!!!

Motif nak menggelabah privatekan account bagai??
*cricket*

nRelate All Blog Sections