"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Saturday, August 29, 2009

For this coming Merdeka


Seperti yang most of you telah sedia maklum, saya adalah sangat marah, tension dan tertekan lately.


Maka hari ini, saya telah membuat keputusan untuk melakukan tindakan yang agak drastik walaupun it scares me a bit (a bit?? A lot kottt..) dan saya agak ragu-ragu about it, dengan harapan ia akan me-merdeka-kan saya dari amarah yang membelenggu jiwa ku ini.


Wish me luck.

Tuesday, August 25, 2009

Tuesday, August 18, 2009

Aku nak pegi Australia. Confirm.

Minggu lepas dan minggu ini adalah antara minggu yang paling membencikan.

Kerja berlambak boss campak kat muka aku, semua aku nak kena hadap. LETIH LA WOIII!!

(Boss, sila tambah gaji saya accordingly ngan workload yang cam hampeh ittew. Sekian)

.


.


.


Tapi kalau pasal workload ni aku xkisah sangat pun. Sebab pada aku, kerja aku sekarang ni walaupun such a pain in the ass (@ macam sial) but then still, I manage to learn the best out of it. Knowledge and experience tu yang paling priceless kan. So apa sangat la kalau setakat nak kena mengadap keje setimbunan Gunung Everest tu..


Cuma paling aku tak tahan bila dealing with the people. Aku benci manusia!! (Boleh??). Aku benci dengan perangai2 manusia - degil, berlagak, suka nak tunjuk pandai, tak sedar diri bodoh piang, cakap nak hebat, janji nak manis, tapi buat keje macam lakhanat. Menyusahkan orang. Konon sangat terror dan skilfull dalam melaksanakan tugas, tapi tak sedar makin menambahkan beban dan masalah. In the end, kat orang yang kau dok bodoh2kan ni jugak yang kau mintak tolong. Si bangang ni jugak yang menyetelkan kerja plus masalah yang kau create tu kan. Still, tak sedar diri jugak tu. Sungguh hanjeng manusia macam ni.


Sebab tu aku tak putus2 berdoa pada Tuhan, moga2 bini mendiang Steve Irwin itu akan ambil aku keje kat Australia Zoo when I come for visit in future. Aku sanggup jadi tukang bersih bahan kumuh haiwan2 kat sana, dari mengadap perangai2 manusia kat sini.


Jaga buaya lagi bagossss!!!



Monday, August 10, 2009

Lagi pasal cinta...


Haih, I guess my last 2 entries are controversial.



Aku dah post entry ni untuk mengexplain entry yang ni, tapi nampaknya masih ramai yang tak clear lagi ngan the whole idea of the entry. Pulak tu siap ada yang came up ngan spekulasi baru, mengatakan aku sedang keciwa derita dek putus chenta...


Kenapa mesti CINTA??? WHYYY??!!!!
See. Sooooo stereotype.


Memang, aku ada cakap entry tu bukan untuk kecundang dalam percintaan semata2, tapi ia tidak lah bermaksud aku terlibat dalam percintaan yang kecundang. Sibuk laaa si minah ni interview aku, siapakah those Hes tu, semata2 nak tau kisah percintaan ku yang kecundang ittew, boleh?? Ada ke aku cakap yang aku ni tengah frust melayan rasa cinta yang gagal? Takde kan... So jgn la pandai2 speku yang aku ni tgh frust pasal cinta. Lagipun to be honest, takde sape pun yg berminat ngan aku ni. Pompuan yang tak macam pompuan, pemalas yaa ampun, comot lagi kalut serba serbi, terlalu sayangkan Awan Gulingnya melebihi dari segala2, dan recently lebih mengutamakan kerja. Kau nak? Aku pun xnak ngan diri sendiri kot...


Tapi kan, itu tak bermakna entry ku ittew tak berkaitan langsung dengan chentaaaa.... *ngee~*
(Haha matilaaahh aku kena carut dok mengkonpiuskan org ekekeke~)

Wednesday, August 5, 2009

Disclaimer.


Wokeh, time for some explanation.


Nampaknya my last entry was a bit controversial. Few of my frens even texted me, asking what happen, who's the jerk, what has he done to me.. Siap ada yang call jugak. And after much explanation pun masih ada yang tak berpuas hati. Gosh, gile la korang ni tau tak? Gile keypochi!!


Dan yang aku rasa paling cam gile ialah bila semua orang beranggapan entry tu ditujukan kepada seorang "HE". Dan most people think that ia berkaitan dengan this thing called "LOVE". *duhh..*


Sejujurnya, memang ia ditujukan kepada beberapa orang "HE" (beberapa orang okkay!! matilahhh sgt loser wakaka~). Tetapi ia juga ditujukan kepada beberapa orang "SHE". Dan ia bukan lah bertemakan percintaan (chenta kerr??) yang kecundang semata2. Ia juga mewakili kekecewaan sebagai seorang sahabat. Wah!! Tatabahasa gittew..


So please la hentikan speku2 uols yang sooo streotype ittew. Tak semestinya tiap kali orang bercakap pasal hati dan perasaan, ia berkenaan cinta. Tak semestinya bila seorang wanita (auuu.. wanita kah??) meluahkan perasaan, ianya ditujukan kepada seorang lelaki.


Aku tau kadang2 apa yang kita faham tak sama ngan pemahaman org lain. Dan aku sedar entry ku itu agak puitis, dramatis lagi sadis (ptuiihh!) tapi dengan ini, sekali lagi ingin saya jelaskan kepada semua, entry ku ittew adalah bertemakan general. Maknanya ia memang ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup. Siapakah mereka itu?? Sesiapa yang terasa maka dia lah orangnya. Sendiri faham la k, masing2 dah besar. Dah tua bangka pun. Patutnya masing2 tahu bezakan mana yang betul, mana yang salah. Tak perlu lah aku nak kena bagitau satu2. Kang cakap banyak, orang kata kita memekak pulak. Lagipun aku tau, aku pun bukan la betul sangat.


Ampun laaaa banyak2 dari hujung rambut ke hujung kaki ye uolsss!!




Monday, August 3, 2009

Si Bodoh


Sekarang aku tau. Telah jelas dan nyata aku memang tiada dihatimu.

Tapi xpelah, sebab aku memang ikhlas dengan perasaan aku ni, aku tetap akan lakukan segala yang termampu even if it kills me. I'll still treat you the same, sepenuh hati dan xkan ada kekurangan sikit pun (err tapi kalau ada terrrrlepas tu nasib la yek ehehehe~).

Bodoh? Memang pun. Xperlu orang bagitau, aku sendiri sedar perbuatan ni bodoh tapi kadang2 benda bodoh ni laa yang akan membantu kita jadi pandai kelak. Perbuatan bodoh ni la yang buat aku jadi lebih sabar dan kuat. Biar la orang bodoh2 kan aku, yang penting aku xbodoh2 kan orang. Pada aku xpenting how others treat us, what matter is how we treat others. Sebab that is what matters to Allah. Allah tahu apa yang kita buat kan?

So xkira la betapa jiwa akak ini telah dilukai (gitteww...), yang penting Tuhan ada untuk merawat luka ku ittew.... *sob sob*

Drama air mata lagi kannnnn!!!


nRelate All Blog Sections