"They say that the suffering you endure when you are younger is a way for you to pay your dues early and make room for better things in the future. Keep at it until you are calloused and bruised. Although you may be hurt and bleeding now, a better day will come. Hard work will never betray you."
Kang Gary of Leessang, Dec 2011

Monday, December 29, 2008

It's all about the money


Kalau dah nama manusia tu, mmg manusia la kan.

Tak kira la baik camne pun, kalau dah ber-DNA manusia, memang tetap ada perangai manusia. Tapi kan, makhluk spesis manusia ni, under certain circumstances/condition, boleh bertukar peel binatangz haramzz dengan automatik. Especially bila tiba bab DUIT. Very the hanjeng I tell u..

Ni satu perangai yang aku rasa memang termaktub dlm strain DNA semua manusia pun. Manusia ni kalau cite bab duit je, masing2 ngan tiba2 akan berperangai ala2. Tak kira la baik camne pun budi pekerti tu (baik ker...), dah kenal bape lama pun, siap tidur-sebantal-makan-sepinggan kaedahnya.. Aku rasa kalau tiba bab duit ni, ngn automatiknya semua tu tak diambil kira. Yang di kira hanya duit tu je lah. Dah tak ingat la segala kebaikan, budi pekerti, persahabatan, segala jenis kejujuran, kaseh sayang, kesetiaan, hidup-mati-bersama, you-jump-I-jump segala tu semua hilang dgn the very tiba2.. Semua benda pun nak ungkit, nak berkira. Semua yang konon2 dah halal donia akhirat tu ttba jadi tak halal donia akhirat. Masa tu la orang yang kau cakap kawan bff tu semua jadi musuh ketat 7 keturunan. Membencikan sgt2!!

Aku nak maki byk2 spesis manusia ni pun xleh, sbb aku ni pun manusia jgk. So kira sama dengan je la kan.. Tapi sebab orang dah buat perangai binatang ngan aku, maka aku rasa harussss aku aktifkan the "binatangz-DNA" in me jugak. So perenggan seterusnya ditujukan kepada sesiapa yang terasa (nasib kau la!) dan sesiapa yang terasa nak jadi keypochi (a.k.a tukang cucuk) dengan menyebarkan entry ni kepada orang lain yang uols rasa akan terasa. Ada aku kesah?

So korang nak berkira ngan aku, nak mengungkit ngan aku kan?
Meh sini aku nak berkira and ungkit segala benda tok nenek pulak..

Korang sebelum nak berkira sgt2 ngn aku, TOLONG ingat balik semua benda jadah yang aku penah buat ngn korang, utk korang. In fact, aku penah buat lebih dari itu just for uols yang xsedar diri ittew. Ni kalau nak kira, dah kes hutang budi taw. BIG TIME. Tapi ada aku cerita ngan korang selama ni? Ada aku heboh2 kat org? Xde kan.. Mesti uols cakap Kak Adi tu propah je, saje je nak besar2kan cerita.. Ni akak nak bagitau, akak ada bukti plus saksi okkay!! Tapi ngan perangai uols yang buta kayu lagi buduss ittew, kompem2 la uols xpaham pun kalau akak cerita semua tu kat uols. Lagipun akak xnak la mengungkit, nanti xpasal2 akak jadi sedarjat pulak ngn uols yang suka berkira dan mengungkit.

Dan untuk maklumat kepala otak uols yang xberapa bijak tu, segala benda yang akak berkira ngn uols tu BUKAN utk kepentingan peribadi akak okkay.. Tu semua utk uols jugak. Dan benda2 tu semua mmg dah jadi sebahagian tanggungjawab uols utk menanggungnya. So nak taknak uols kena la tanggung. Tak reti2 lagik?!! Uols kan berakhlak mulia katanya..*muntah*

Untuk pengetahuan uols, akak ni walaupun perangai buruk (sedar diri okkay!!) tapi hati akak xdela buruk sgt.. Since akak tgh cuba utk menambah-baik diri sendiwi maka dengan itu ingin dinyatakan disini, akak tetap halalkan semua utk uols. Donia akhirat lagi.. (walaupun xberapa ikhlas sbb hatiku tlah terguris.. *nanges* Matilah drama queen!!).

Akak ni kesian taw ngan uols, sbb uols igt yang uols tu baik akhlak sgt tapi hakikatnya hanya akak dan Tuhan je yang tau. Akak harap uols bawak2 la sedar diri sket. Lagipun if akak nak berkira semua benda tok nenek ngan uols, nnt xterbayar pulak.. Especially bab hutang budi tu. Takkan la uols nak bergadai body pulak kan?? Akak xselera okkay!!

Tapi if uols decided nak teruskan jgk perangai haram jadah uols tu, akak xleh nak ckp apa la. Teruskan lah usaha uols menegakkan benang yang basah ittew, akak malas nak join.. Akak hanya boleh berdoa kepada Tuhan utk tunjukkan kebenaran kepada semua. Cuma akak harap jgnlah diguris lagi hatiku yang tlah berdarah ini, kerana nanti matilah uols semua kalau akak menghamokss. Masa tu mmg tiada maaf bagimu!!

Uols terasa ke ngan ke-hanjeng-an molot akak ni?? Sory la uols, semangat kejujuran dlm DNA akak ni membara sgt2. Akak just being honest je. Akak kan Sexytary Kayu Lastik Club, maka harussslah akak melastik uols secukup rasa. Kalau uols terasa, tu bukan masalah akak. Naseb uols la kan. Lagipun kan akak dah cakap, akak ni mmg bukan baik perangai sgt. So patut sgt la org perangai buruk macam akak ni maki uols bila uols menghanjeng ngan akak.

Sekian sahaja makian sopan dari akak utk harini. Skang ni akak nak gi amik wudhu' dan buat solat taubat. Banyak sgt pulak rasanya buat dosa arini.. Okay lah. Daaaa uolss!!!

Akhir kata dari akak: Pegi mampos laa uols semua!! *oppsss..*


Friday, December 26, 2008

Sessi bercakap dengan jin



Mereka:

Mana updates wei!!!

Aku:
Bukan saja xnak update blog la, tapi malas xberkesempatan. Aku kan dah tamat pengajian (chewah berbahasa gittew!!), maka harus lah aku berpindah kuar dari umah sewa aku tu. So skang ni aku tengah berpura2 betul2 sibuk mengemas dan membersih segala benda kat umah tu la kaedahnya..

Mereka :
Takkan la kemas umah dari awal bulan xabes2??

Aku:
Meh sini try kemas umah aku yang mcm umah hantu tu!! Tolong xnak, komplen je lebih!!

Mereka:
Ehehehe...

Aku:
Nak kemas n besihkan peti sejuk je dah 1 whole day taw. Dahla budak2 ni xkemas lagi barang2 dorg, susah aku nak buat keje..

Mereka:
Yelah tapi xkan la lama sgt mengemas nya.. Housemate kau yang lain kan ada..

Aku:
Housemate aku? Kemas?? Lupakan je la...

Mereka:
Adi, Adi... Kau ni pun satu..

Aku:
Laaa, aku pulak...


* * * * * * *

*Note: Perbualan berikutnya tidak dapat dipublish disini kerana mengandungi unsur2 provokasi, makian dan carutan yang melampau. Harap maklum.
Sekian.



Friday, December 19, 2008

My today


Aku xtau pukul berapa aku tertidur semalam but it was veeeeery late.

Harini, pukul 6 a.m aku dah terjaga. Lepas subuh aku try sambung tido balik, tapi xleh. I kept tossing and turning, sampai naik sakit badan aku bergolek2. Disebabkan aku xmakan dari semalam dan aku rasa aku cam lapar sket, so aku pun bangun la gi buat breakfast. Aku masak nasi goreng. YESSS masak.. nasi goreng. Aku masak. Sendiri. Home made. By me. Adi.

I ate my breakfast sambil layan tengok katun. Sangat lah membosankan katun2 harini.. oh wait. Katun arini sama je cam katun semalam. Tapi semalam xdela bosan pulak. Hmmm...

So I decided to go lepak golek2 dalam bilik sambil baca komik. Golek punya golek sedar2 dah pukul 3++. Aku tertidur rupanya.. Aku bangun basuh muka, made myself a drink and start surfing the net sambil menggodek laptop aku yang tunggu masa nak kena campak ke dinding nih.

Dan harini baru aku perasan yang internet can turned out to be boring yang amat....

So I spent my whole evening membersihkan dan mengemas segala bekas2 plastik dan pinggan mangkuk kat the whole rak pinggan tu. SEMUA sekali.

This is not the first time I spent my day staying in, cleaning this and that. Apperently, I did that everytime I'm feeling down/serabut/tension etc. I'll start cleaning everything, dari membuang habuk sampai la membasuh tandas.

And I've been doing this for the past few weeks. Me, cleaning. Cleaning sloooooooooowly. And today, cooking as well. ME. Adi. Cooking..

Yup, something is bothering me. Veeeeeery much. I'm sooooooo disturbed rite now!

Tuesday, December 16, 2008

I was adopted?!!


I was having lunch with a fren today. We borak2 non stop as usual and then we started to talk about anak angkat.. And guess what? Aku la subject of the topicnya. Yup, not only my siblings je yang been teasing me for being different, kawan aku yang sorg ni pun sama gak. Dan ramai lagi..

Tapi being me, aku tak kesah pun. I even join memperkotak - katikkan diri sendiri. It started out as a joke, tapi lepas tu karutan kami berkembang menjadi sebuah cerita telenovela yang hebat. Kitaorg siap made up all the dialogs and the storylines of how I was being adopted and how I found out that I was adopted. Imaginasi tak hengat!!!

Then he asked me; "Apa perasaan u kalau betul u ni anak angkat?"
I told him that I don't really care. He was quite surprise. He said "Takkan u tak kisah langsung?"

I mean, given my circumstances, I don't see why I should be upset or sad or angry if ever my family told me that I'm adopted. I mean, it's not like my "foster" family don't love me. They really took a good care of me. And sometimes, my "foster" parents spoiled more than my other "foster" siblings. Even my "foster" siblings pun spoiled me, including the younger ones (yelah sebab aku adopted kot hehe). And I couldn't ask for any better "foster" grandparents.. Tapi lain la kalau my "foster" family ni dera aku ke, buli aku ke.. bleh la aku larikkkk!!

Tapi kan, kalau la aku nak sedih pun, maybe aku akan bersedih dgn kenyataan yang adik beradik aku skang ni are not my biological siblings. I'll be like "Alaaa dorg bukan my real siblings ke... *nanges*" Haha..

Dan seperti biasa, dia akan jawab "Freak!!" sambil gelakkan aku cam nak mati...

Monday, December 8, 2008

Kenapa


Ni adalah antara soklan2 "KENAPA" yang orang selalu dok tanya kat aku;

*****

Q:
Kenapa kau sorg je yg lain (kurus) dlm your siblings?
A:
Sbb Adi anak angkat, so genetik mmg xsama (ni jawapan kurang sopan adik beradik ku yang lain tiap2 kali orang tanya soklan nih. Cisss sungguh...)

.

Q:
Kenapa bagi nama kereta ni (my car kancil) "Awan Guling"?
A:
Behtu klo bagi nama Awan Kumulonimbus kang bisa mengundang ribut petir lak haha..
Actually aku dpt nama tu dari manga @ komik jepun, Dragon Balls (kes terpengaruh komik *grin*). Watak utama manga ni, Son Goku has a ride called Kinton Cloud, atau dlm komik bahasa melayunya dipanggil Awan Guling (which sampai skg aku xpaham kenapa..). Aku harap kereta ku itu akan sentiasa berkelakuan baik & laju just like the Awan Guling of Son Goku tu, selain ia hanya boleh dinaiki oleh org yang berhati suci murni sahaja muehehehe.. :P

.

Q:
Kenapa orang panggil kau "Adi"?
A:
Sbb dorg xnak panggil aku Mrs. Timberlake (@ wife Encik Justin), Justina (nama pompuan utk Justin), mahupun Jessica Biel (konon aku adalah awek Justin ittew). Matilah perasan!!
.

Q:
Kenapa kau lambat sambung belajar?
A:
Saje. Malas. (nak jawab pun malas.. *sengeh*)

.

Q:
Kenapa kau xde boifren/x kawen lagi?
A:
Sbb aku lesbian *senyap*...
Jawapan yang dijamin berkesan utk menutup muluts2 keypoh. Tapi dilarang sama sekali memberi jawapan begini kepada parents & ahli keluarga. Kang tak pasal2 ada pulak yang kena halau kang!!



Thursday, December 4, 2008

Tagged!!



Kak Bella tagged saya berkurun yang lalu tapi baru laa ni saya post entry nih.. Sorry la Kak Bella, lambat buat. Kenapa lambat? Sbb lately saya kerasukan hantu procrastination, tu yang semua keje tertangguh tu (ditambah lagi ngn sifat semulajadi malas yang amat.. Mengaku je la Adi!!!)

.

So here are the instructions;
Link to your tagger and post these rules on your blog: Share 7 facts about yourself on your blog, some random some weird. Tag 7 people at the end of your post. Leave your names as well as links on their blogs let them know that they're tagged by leaving a comment on their blog.
.

Dan berikut adalah isi kandungannya!!

  • Shoes - Simply ciptaan teragung dunia!! Salah satu topic berangan febret aku ialah "If I could have all the shoes in this world.." Nasib baik karangan zaman aku skola dulu xde bagi pilihan tajuk camni, kalau tak haruslah karangan akak paling meletopssss!! And if i ever jadi designer kasut, akak nak buat signature tapak kasut rainbow kaler siap ngn glitter2. Kompem makan hati laa Encik Louboutin kuikuikui...
  • Korek - Semenjak dua menjak bertukar status miskin tegar nih, benda yang aku dok korek ialah Tabung Tanpa Sesalan ku ittew la ngehehe.. Walaupun saiznya kecik tapi duit yang disumbat ke dalam tabung itu exclusively puluhan ringgit sahaja okkay!! Syilling2 xde taw.. err kecuali syilling 50sen hehe.. Tapi memang xmenyesal lah simpan duit dlm tabung tu muahahaha!!


Exhibit 1: Tabung yang telah menjadi mangsa korek..

  • Fruits - Yang pastinya semua jenis buah yang aku suke makan xkan termasuk dlm mana2 bakul hantaran kawen. Tapi kan, aku yang nak kawen kot.. so suke ati aku la kan nak hantaran buah ape pun. So utk bakal suami ku nanti, make sure u sediakan satu bakul hantaran buahan seperti berikut: nenas, pisang berangan, mangga, manggis, duku dan durian D24. Sekian terima kasih.
  • Colors - Kaler white seputih salju.. (salju tu kaler putih ke??). Selalunya anything in white will caught my first attention.. termasuklah para lengchai yang putih melepak yum2!! (aiyohh very the gatal!!). Ada seketika dahulu aku punyalah obsess ngn kaler putih ni sampaikan almost all of my shirts berwarna putih. Masa tu ada yg mencadangkan supaya aku enroll ke mana2 kindergarten class utk belajar mengenal warna2 lain yang ada di donia nih.. Tapi ada makhluk ni cakap putih tu bukan sejenis kaler, boleh??
  • Licences - Scuba diving license!!! That's definitely the license I've always wanted. Tapi sblom tu Cik Adi, TOLONG gi blaja swimming dulu plissss!!!
  • Perfume - Owh aku bukanla org yang pakai perfume on regular basis. Jarang2 sgt. Sbb pada aku perfume tu bukan la penting sgt. Yang wajibul-ghunnah utk aku ialah deodorant - maka barulah anda boleh tampil berani dan berkeyakinan tanpa bau badan. Gittew.. Lagipun I prefer my clothing yang smell nice. So instead I bought all the wangi2 softner utk mengharumkan semua pakaian saya.. Yup, SEMUA. Termasuklah pakaian yang "tersembunyi" ngehehe..
  • Hobby - Hobi saya ialah makan junk food. Boleh? Aku rasa aku xde specific hobby la, but i do love reading (walaupun yang aku baca mostly comics ngehehe..). Selain itu saya juga amat gemar bermalas-malasan dan berangan tinggi diawangan...


NEXT VICTIMS!!!
1. Puan Isabelle

2. Kayu Lastik (tapi aku rasa dia malas nak buat ni..)

3. Missy Orange

4. Nasrina
5. Kakak

6. Anda yang membaca

7. Anda yang rasa nak buat!! ♥



p/s: Kepada "
anda2" yang tersenarai dalam list next victims ni, plisssss inform me once u did and posted the entry eyh. Akak excited nak baca okkay!!! *grin*


Tuesday, December 2, 2008

Repost: Cinta Mati ku....


I just have to edit this entry..

Last time when I posted this entry, I wrote that I couldn't embed the video here bcoz the person who posted this video on youtube had disable the embedding thingey. And since I wanted to share this video with everybody, I made a link to the video. But unfortunately, the very next day, the link didn't work out and it seemed like the video is no longer available.

So I had to find another similar video so that everybody can watch it. The embedding is available for this one, but I really don't want to spoil the surprise so I made a link instead.



♥ click here ♥



My dear beloved jantung hatiku Justin Timberlake,
xkira apa pun berlaku, no matter what u wear, despite the leotard and kitten heels.. I tetap terima u seadaanya. I tetap akan terus menyimpan angan utk berkahwen ngn u kerna kamu lah chenta mati ku..

Oh Justin..........*drool*



note to self: hentikan la berangan tu Adi oiii!!!

nRelate All Blog Sections